Monday, July 23, 2012

Ramadhan Kareem. Jumaat dan Sabtu yang sama

assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah, Thummalhamdulillah. 3 Ramadhan 1433H. semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk semua. insya-ALLAH :)

Ramadhan ke-4 berpuasa  tanpa arwah ayahanda tercinta. begitu pantas masa berlalu. rupanya sudah 4 kali Ramadhan menu berbuka bukan 'cendol'.
pagi Jumaat yang hening baru-baru ni,  sehari sebelum Mr.R berkunjung, berkunjung salah seorang jiran ke rumah. borak-borak dengan Ma, dan saya sebagai pendengar yang tidak terlantik. rancak berborak keluarlah soalan.

" bape tahun dan Cikgu Omar takde?"

bermulalah sesi mengimbas kembali kenangan kenangan lama ( baca=flash back).

rupa-rupanya sedar tak sedar Ramadhan tahun ni sama macam 3 tahun lepas. terawih pertama juga jatuh pada Jumaat malam dan hari pertama berpuasa hari Sabtu.
1 Ramadhan 1429H (terawih pertama) yakni hari Jumaat. begitu juga 1 Ramadhan 1433H (terawih pertama.

Alhamdulillah, puasa pertama kami tahun meriah juga. kakak-kakak dan abang- abang pulang berbuka puasa kat rumah :)

muhasabah Ramadhan. bagaimana latihan kita untuk menjadi hamba?semoga berlumba-lumba untuk membuat kebaikan. macam kata ustaz semasa daurah tempoh hari
"bulan puasa ni ibarat 'mesin basuh saiz besar'. bulan yang mana dosa-dosa kita akan diampunkan."
Subhanallah!

imagine mesin basuh kat rumah yang menghapuskan segala kekotoran pada pakaian :)
macam mana pula 'mesin basuh yang tak boleh nak imagine sebesar mana' yang boleh menghapuskan dosa-dosa kita.
Allahu Akbar!

puasa dan taqwa. macamana puasa kita boleh meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH.
jaga mata, telinga, mulut dan seluruh anggota kita dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kemurkaan ALLAH

semoga kita semua memperoleh 'ijazah ketaqwaan' daripada madrasah Ramadhan kali ni.
Ameen ya Rabb ;)

Thursday, July 19, 2012

kembali lagi

salam 'alaik

semalam saya ‘kembali’ ke tempat yang menyimpan seribu kenangan bersama ‘si dia’ yang hampir tiga tahun meninggalkan kami semua. puasa tahun ini kalau dipanjangkan umur, insya-ALLAH, adalah puasa ke-empat kami berpuasa tanpa ‘si dia’ di sisi. 

semalam saya mengikut sahabat untuk menzirahi datuknya di Hospital Raja Perempuan Zainab 2. hospital yang banyak meninggalkan kenangan. sampai bila pun tak akan lupa.

melalui jalan yang sama, melihat café yang sama, surau yang masih tidak berubah bentuk. melalui kaki 5 tempat saya dan kakak melihat orang lalu lalang. Allah, fikiran saya melayang jauh mengingatkan peristiwa hampir tiga tahun yang lepas. menaiki lif ke tingkat 3, masuk ke wad lelaki. melangkah ke bilik kecil yang menempatkan 6 orang pesakit. 

dibilik itulah arwah dipndahkan selepas keluar dari HDW, kemudian dipindahkan berdekatan dengan kaunter untuk memudahkan pemantauan nurse.

sedikit pun tak berubah dengan Wad Panglima yang hanya di tingkat 5. kedudukan katil yang sama. terpandang satu ruang yang menempatkan arwah dahulu. ya, diruang itu lah setiap hari kami pergi. mendongak ke atas, melihat Wad Teratai yang diluarnya terdapat anjung. anjung yang menjadi saksi air mata ini keluar setiap kali mata ini tidak sanggup untuk melihat. begitu juga di kaki lima tingkat bawah. 

mendengar jeritan seorang pak cik membuat saya terpana seketika. benarlah, seorang doktor atau nurse itu mesti kuat dari segi mental dan fizikalnya. mana mungkin tidak kuat, mereka golongan yang paling banyak berhadapan dengan kematian. Allah, bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dianugerahkan.

 seakan-akan baru sahaja kami berulang-alik ke hospital.
 seakan-akan baru sahaja Ramadhan 2009 berlalu.puasa yang meninggalkan kenagan yang tidak dapat dilupakan.

untukmu duhai ayah,
semoga sentiasa tenang di sana,
doaku untukmu tidak pernah kulupa,
semoga kita bertemu di syurga sana :)
 Insya-ALLAH :)

what use of cry?
i cry bucket but it wont make you come back 
today i believe that to feel close to you, i have to be close to Allah
if He hear me, then i believe you are there, hearing me too
because you are always in my 'doa'
rest in peace dear father
Alfatihah.
love you, always.  

(Credit to dearest you ^^)

nota: selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat islam di seluruh dunia. semoga Ramadhan kali ini memberi kenikmatan dan kerahmatan yang tidak terhingga untuk bersama-sama memperbaiki diri. 

Alhamdulillah, tahun ini masih diberi kelebihan untuk berpuasa di rumah :)

#mari berlatih menjadi hamba# :)

Monday, July 16, 2012

menunggu Mr.R

salam 'alaik

menunggu sesuatu menyebabkan kita rasa begitu lama. apatah lagi menunggu orang yang tersayang. apatah lagi menunggu si dia, wahai “putera agama” yang masih tidak diketahui di mana keberadaannya :P

Mr.R dah lama bagitau nak datang sekian-sekian. sebagai peringatan untuk saya supaya lebih bersedia untuk bertemu dengannya. bersedia mental dan fizikal .supaya saya lebih tenang dan gembira semasa keberadaannya. 

semoga ALLAH sampaikan hajat saya untuk bertemu Mr.R tahun ini . Andai kata ini kali terakhir untuk saya bertemu Mr.R. 

mengikut sabda nabi SAW Mr. R ni sangat istimewa. kedatangannya sentiasa dinanti-nantikan oleh semua orang termasuklah saya. pada permulaan kedatangannya dipenuhi rahmat, di pertengahan, dipenuhi dengan keampunan dan pengakhirannya dijauhkan daripda api neraka.

Subahannalah! istimewanya Mr. R ni. sampai syaitan pun tak akan ganggu kita semua masa kedatangan Mr. R ni. :)

dear you Mr.R....
I'll always waiting for your coming.
may ALLAH gives me a chance to see you
again for this year.
may ALLAH gives me strength and patience 
to spend with you
Ramahan Kareem

Allahumma ballighna Ramadhan :)

counting days to 'see' you :)
mari 'menambahkan latihan' untuk menjadi hamba :)

nota : hati yang terikat hanya kerana ALLAH, pasti akan dipertemukan dalam naungan kasih sayang-NYA berserta maghfirah dari-NYA :')
jazakumullah akhawat Kelantan. terima kasih YA ALLAH kerana mempertemukan kami semua...

bertemu tak jemu berpisah tidak gelisah

Monday, July 9, 2012

kutip kesabaran untuk diri ^^

salam 'alaik

sehingga hari ini sudah mendapat 2 jemputan ke majlis perkahwinan. dan yang ke-3 bakal muncul . semuanya lepas raya. insya-ALLAH kalau berkesempatan kita pergi. ambik berkat sikit :)

hari ni masih merayau-rayau di klinik dan lobi hospital. mencari "mangsa" untuk menjawab questionnaire saya. ternyata begitu sukar sekali. kalau ada air mata mengalir, itu tidak pelik :(

dan hari ini juga saya terpandang nurse sedang menolak katil seorang pak cik ke arah ward. baru admit mungkin. maka terjadi lah sesi "ingat-mengingati Wad Panglima". 7/7/2012,2 hari lepas bermula kesedihan saya. hari terakhir saya berjumpa dengan arwah ayah saya. balik lepas tu, beliau dah pun sakir tenat sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir di malam pertama terawikh Ramadhan 2009 :(

tak bersebab saya sebak tengok pak cik tadi. biasa 2 3 hari ni pergi hospital saya tengok dari jauh je. tapi tadi lalu sebelah. itu jugaklah yang saya ingat masa bersama-sama dengan ma dan kakak mengiringi nurse tolak katil arwah ayah dari HDW ke Wad Panglima. sampai mati pun saya tak akan lupa Wad Panglima :(

lepas tu je terus balik, tak jadi nak distribute questionnaire.

bila fikir pasal respondent yang perlu saya cari beratus-ratus, terus jadi serabut. nak ke tak nak ke memang kena cari. yang paling nak marah kalau orang tu taknak jawab. tapi saya tahu hak menjawab itu hak individu. tiada siapa yang boleh memaksa.

kalau pakcik makcik yang faham, senang je mereka jawab.
"takpe nak tanya gapo pun, pakcik jawab. anak pakcik pun gini la jugak masa belajar"
saya: tapi ada hak tokse jawab pakcik.
pakcik: dia tak paham la tu.

Alhamdulillah ada yang senang didekati malah siap bercerita lagi :)

rabbi yassir wala tu'assir
semoga ALLAH memudahkan kerja saya

bersemangat untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolong dengan ALLAH.
JANGAN LEMAH!

"setiap kesusahan disusuli dengan kemudahan" :)

hanan dan toksu dia..^^

doakan saya :)

Tuesday, July 3, 2012

LI minggu 3

salam 'alaik

rasa macam dah lama tak meng'update'. hehehe ^^

Alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke-3 saya practical ni USM. bukan practical pun sebenarnya. macam students je. buat research. baca journals. huhu :(

rasa macam jealous  pulak dengan orang lain.T___T

minggu ni saya dah start distribute questionnaire. mencari respondent yang berumur 40 tahun ke atas is very hard. kebanyakan mereka macam malas nak jawab sendiri. sudahnya saya yang bertanya dan saya yang menanda. tak kisah pun janji mereka ada cooperation.

dan akhirnya sampai jugak saya ke Klinik di HUSM, malah sampai ke taman tepi wad bersalin lagi. hehehe. teringat masa tunggu maisarah masa mula-mula lahir dulu.  ^^

nak approach orang ni rasa macam-macam. takut kena marah je. tapi beranikan diri. kalau jumpa yang peramah memang after jawab survey tu borak-borak dulu. panjang pulak jadi ceritanya. 

sampai ada yang mengatakan saya ni bakal doktor. memang tergelak besar, tapi dalam hati la. hehehe. bakal suami saya doktor. hahaha :P
dan sorang makcik tu kata, sebenarnya saya dah tahu jawapan untuk semua soalan tu, just saja nak tanya je. :)

jujurnya saya bukan berminat untuk segala jenis medical journals or whatever. apa sahaja berkait dengan medical ni saya allergic sikit, campur dengan malas nak membaca.
maka betul lah kata cerdik pandai, "medic is not my cup of tea" . hahaha.

kajian berkenaan colorectal cancer atau dikenali sebagai kanser kolon/ usus ni, saya memang faham(sikit-sikit), tu pun sebab nak buat research. nak kata faham macam budak medic memang bohong besar la. langsung tak. lainlah kalau tanya saya pasal maths. Insya-ALLAH boleh jawab :)

bila tengoj students masters kat sini buat research, saya fikir balik nak ke aku amik masters. macam rumit je.
masters di USMKK ni memang kena amik medical data di unit rekod. data patient yang tebal tu awak kena baca la satu-satu dan analyze.
owh, confirm lain kali USMKK bukan pilihan. :)

doakan saya untuk dapatkan respondent seramai 200 orang. 200 orang je kan? :)

nota 1 : tahniah untuk anak sepupu saya. barakallah. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. lepas ni turn siapa pulak. :)

nota 2: tak lama lagi dah nak puasa. preparation macam mana? saya sendiri rasa macam lack of  preparation. iman tengah turun. huhu :(

"dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. tolaklah kejahatan dengan cara yang baik sehinggakan orang yang bermusuhan dengan kamu dia akan seperti teman yang setia "
 [Fussilat :34]

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH