Wednesday, January 5, 2011

First day in Parenting Class

salam a'laik....


Semalam ade parenting class. The first parenting class in my life. Hehehe. Buat persediaan nak kawin, tapi tak tau bila. Hahaha. Eh, tak la. Actually, parenting class is one of the co-curricular subjects that I should take for this semester. I’ve done with Leadership Management for last semester and continue with Family Management (parenting). It is 2 hours class per week with 0.5 contact hour.

Semalam adalah first class for this semester. Permulaan kelas, apa yang patut anda buat. Introduce yourselves, of course. But, it’s not a big deal for me. Hehehe. Mereka semua adalah classmates saya masa dari tahun satu lagi kecuali 5 Mars that lost in our class. Hahaha. It’s including our instructor, Brother Faisal.

Perkenalkan diri sorang demi sorang. Bangunlah saudara ini untuk perkenalkan diri. Tiba2, dia tersasul “anak 6 orang” instead of nak sebut sibling ada 6 orang. Baru je tadi dia bilang masih single. Tup-tup anak dah 6. Hahaha. Sakan kami gelakkan saudara ………… semalam. Pity for him. Blushing habis. Nasib tak bilang wife ade 6. Ngee!

That’s the parenting class. FAMILY. Yes, all about family. Sampaikan syarat tenaga pengajar family management ni kena yang berkahwin. Diulang, berkahwin. We discussed how family is established. There should be man and woman right? There is no family established by one man or one woman only. They meet each other and fall in love and then get married. Hehehe. Menarik tu!

Ini yang saya belajar semester lepas. Marriage is the legal union of a man and woman as husband and wife. Marital is promoted and viewed as moral safeguard of the individual as well as a social necessity. Daripada perkahwinan maka terhasil lah family,kan? Maka apa itu family? Two or more people who share goals and values, have long-term commitments to one another, and reside usually in the same dwelling place. Families are established and the family is the fundamental unit of our society.

Kenapa kalau kita nak memilih bakal suami atau isteri kena beri keutamaan dari sudut agama? kerana agama adalah kriteria pertama dalam "ethics of spouse selection."

The Prophet (s.a.w) once said: “marriage is my tradition who so ever keeps away there from is not from amongst me.”

Soalan yang ditanya semalam, lelaki yang macam mana awak nak. Perempuan yang macam mana awak nak. Jawablah sorang jejaka ini. “nak yang pakai tudung”. Wah, mantapnya jawapan. Hahaha.Bagus2.

bercakap juga mengenai kewangan. Kewangan sebelum kahwin vs kewangan lepas kahwin. Banyak bezanya. Wah, gaya cakap macam dah ada experience. Hahaha. Bukan, majority kakak2 dan abang2 saya sudah berumah tangga. So, tau lah sikit2. Hehehe. Macam mana ada yang kawin masa belajar. Mesti banyak yang nak kena settle. Hebatnya mereka.

Introduction untuk first parenting class. Hehehe. Menarik gak. Banyak gelak je semalam. Huhuhu. Brother Faisal kata, elok jugak awak amik parenting class, at least ada la pengalaman sikit pasal family management habis belajar nanti. Eheh. Bagus jugak UIA ni kan? Hahaha. Puji university sendiri. Kalau tak sapa lagi nak puji kan? Hehehe.

sekadar perkongsian dengan anda semua.


wallahua'lam...


wassalam

Masih kuingat (11) : he's gone for good

assalamua'laikum wbt



I have a father

in my life

I used to have his love

for 20 years

after that, he was gone for good

I have a father

but God loves him more

but, I still have a father

yes!

because I always have my father

in my mind

in my heart

in every single day

it was pretty sure he was gone

but

I have his photos

I can see them for every seconds

even though

it makes me tears

his photos

those moments

are really showed that

I used to have a father in my life

I love him. Of course

for the rest of my life

it's not possible to bring my father

back to life

because

it's already stated in the Quran

that

every soul shall have a taste of death


I lost my father

I lost all the time with him

I lost the days with him

but I'll remember that days

I'll keep that moments in my mind

it is because of the simple words

"I miss him"

very much.

AL-FATIHAH!





Tuesday, January 4, 2011

sahabat selamanya

salam a'laik.....


lagu ni saya tujukan khas buat sahabat2 saya di sekolah dulu (walaupun anda semua dah mungkin tak ingat saya), dan teristimewa buat my classmates especially yang kita dok study sama2, bergelak ketawa sama2, keluar bagai sama2.....

soundtrack "Upin Ipin" ni...hehehe...dengar pagi tadi otw kan g kelas...terus haku carik lirik lagu ni...hahaha.....payah tu tak tengok saya macam ni....*wink*



Lirik Lagu Padi – Sahabat Selamanya
(Soundtrack Upin dan Ipin)


Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…


i wish you all the best...may your life be blessed...insya-ALLAH....




wassalam.....

Sunday, January 2, 2011

selamat kembali ke sekolah....

salam a'laik.....


esok bakal bermula sesi persekolahan bagi tahun 2011...dah ready ke adik2 kat luar sana....ececece....hehehe....betul la..mesti nak semua baru....pengalaman dah ade kan....dulu kalau buka sekolah nak baju baru,kasut baru...yang lain tak kisah sangat....hehehe.....eh,tapi sekarang pun nak jugak baju baru......ngee!

esok,tiga daripada anak buah saya nak masuk darjah satu....seronok bangat mereka....hehehe...
mereka bakal bertanding sesama mereka...all the best sayang-sayangku, Aisyah,Hakim dan Ismail....awak semua dah masuk darjah satu...seronok2....

yang baru nak melangkah ke tingkatan satu besoknya,anda dah cukup besar!hahaha....dah masuk sekolah menengah....yeay!jangan nakal2 ye....Rafiq,Zarif dan Zafran....yang dah lepas biarkan berlalu, tingkatkan usaha untuk akan datang....PMR ada lagi,SPM ada lagi..boleh punya...caiyok!..

yang nak masuk tingkatan empat pun ada esok.....Iman dan Farah...you did well in your PMR last year.....usaha yang terbaik untuk SPM plak....jangan jadikan form 4 sebagai "honeymoon year"..hehehe....

Along Hafiz, anda dah merdeka....yes!!!hahaha.....tapi kenal g PLKN plak....tak merdeka jugak la...hehehe....

yang nak amik exam penting tahun ni, belajar rajin2 ye....UPSR, PMR dan SPM....buat macam Sukila dulu2..hehehe...kata2 semangat!i know, you can do it...work hard people!

okeh,habis yang sudah bersekolah....hehehe..ramai kan....cukup..cukup...ramai....hahaha.....tapi best!
buat Abang Amir, anda dah nak sekolah esok kan...i'll ask your ibu about it...hehehe....jangan tidur lewat ye Mir,nanti awak tak bangun esok......Amir kan dah besar,dah boleh sekolah...hehehe....nanti mesti lagi "encem"....ibu dan ayah upah beli kereta korek...hahaha....

yang kecik2 lagi, selamat duduk dengan nanny masing2 esok ye...ibubapa anda sudah mula bersekolah semula besok (kakak2 dan abang yang jadik cikgu)....Imani, Wahidah, Naim,Maisarah...mama kamu dah sekolah esok....



yang pastinya all the best to all of you...you are freely from holiday...welcome back to school..your teachers miss you a lot...hahaha...ye ke????



wassalam....

Saturday, January 1, 2011

Nilai sebuah persahabatan


Air mata mengalir di pipi selepas membaca surat peninggalan sahabat tersayang. Kenangan 8 tahun dahulu menerjah di ruang fikiran. Perkenalan mereka bermula pada hari pertama pendaftaran di sekolah dahulu.

****************

Hari pertama pendaftaran pelajar baru Sekolah Menengah Agama Taman Saujana.

“Perhatian kepada semua pelajar-pelajar tingkatan satu, anda dikehendaki berkumpul di Dewan Sri Gemilang pada jam 9 malam ini.” pengumuman pertama bagi minggu suaikenal.

Suasana di Musolla Rabiatul Adawiyah masih lagi sunyi. Kebanyakan pelajar masih menikmati hidangan makan malam di Dewan Makan Srikandi.

“Boleh saya duduk sebelah ni?” Husna memulakan perbualan.

“Boleh. Silalah. Saya Aisyah. Anti?” senyuman dilempar sambil tangan dihulur untuk bersalam.

“Saya Husna Nadirah. Boleh panggil Husna. Oh ya,Aisyah bilik mana?”

“B2-1. Husna?”

“B1-2. Owh dekat saja. Nanti bolehla balik sama-sama. “

“Insya-Allah. Kalau satu kelas lagi bagus.”

“Mudah-mudahan”. Husna menjawab pendek.

Sementara menunggu azan Maghrib, kitab Allah dibuka dan dibacakan perlahan-lahan. Pelajar-pelajar lain sudah mula memenuhi ruang musolla untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Itulah rutin pelajar-pelajar di sekolah tersebut yang terdiri daripada semua golongan –golongan muslimah. Selain daripada cemerlang dari segi akademik, ia juga meniktikberatkan soal hafazan al-Quran.

Minggu suaikenal antara pelajar-pelajar baru tingkatan satu berlalu dengan jayanya. Mereka semua sudah diagihkan kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran. Ditakdirkan, Husna dan Aisyah bukan berada dalam satu kelas yang sama kerana mereka mengambil subjek Bahasa Asing yang berbeza. Namun, itu semua tidak menghalang mereka untuk terus bersahabat.

Hari minggu dihabiskan dengan menelaah pelajaran bersama-sama disamping melancarkan bacaan Al-Quran untuk dibacakan di hadapan ustaz atau ustazah kelak.

Persahabatan mereka bukan sahaja di sekolah, malah lebih mengenali ahli keluarga masing-masing dengan lebih dekat.

“Aisyah free tak petang ni?” Husna bertanya sewaktu mereka menikmati sarapan pagi di Dewan Makan Srikandi.

“Insya-Allah free. Kenapa Husna?”

“Petang ni Ummi dan Abi datang. Mereka ajak Aisyah sama. Boleh kan?”

“Oh, boleh. Kebetulan Ummi dan Ayah Aisyah tak datang minggu ni.”

‘Ok, nanti Husna panggil Aisyah.”

*************

Sudah tiga tahun persahabatan mereka. Tahun ini mereka bakal menduduki peperiksaan PMR. Tahun ini juga merupakan tahun kedua Husna dan Aisyah berada dalam satu kelas yang sama semenjak dari tingkatan dua lagi.

“Husna boleh jawab tak soalan Sains nombor 4?” Aisyah bertanya sewaktu mereka mengulangkaji peljaran bersama-sama.

“Yang ni Aisyah boleh rujuk buku page 345. Sir Ahmad pun dah explain hari tu. Cuba dulu kalau tak faham Husna explain nanti.”

“Husna, Aisyah risau lah dengan Sains ni. Rasa macam banyak tak cover lagi. Husna dah score Sains, tak perlulah nak risau.” Aisyah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Aisyah, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Semua tu Allah dah tetapkan. Kan Allah dan kata, Dia tak akan bebankan hamba-NYA dengan sesuatu yang kita tak mampu. Husna yakin Aisyah boleh. Kita dah berusaha hanya Allah yang menentukan. Work hard and then turn to him.”

“Masya-Allah apa yang Aisyah fikir ni. Syukran Husna kerana menyedarkan ana. Insya-allah, ana akan cuba bersungguh-sungguh.”


PMR berakhir semalam. Berakhirlah sudah buat sementara waktu jerih perih mereka mengulangkaji pelajaran. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 sebelum menunggu cuti persekolahan.


********************

Hari pengumuman keputusan PMR.

“Husna dapat berapa?”Aisyah bertanya semasa mereka terserempak semasa keputusan peperiksaan diumumkan.

“Alhamdulillah, ana dapat penuh. Aisyah?”

“Alhamdulillah, sama macam anti. Jazakillah Husna.”

“Afwan. Jazakillah aidhon Aisyah.” mereka berpelukan erat.

***************

Tahun peperiksaan penting muncul lagi dalam hidup mereka. Tingkatan 4 yang dikatakan “honeymoon year” tidak mudah sama sekali. Subjek semakin bertambah. Belajar semakin mencabar sebagai bekalan mereka untuk peperiksaan tahun ini. Tahun terakhir persekolahan, mereka masih lagi dalam satu kelas yang sama, iaitu 5 Hajar.

Suasana hening semasa prep malam. Masing-masing sibuk menelaah pelajaran dan berbincang antara satu sama lain. Hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk menempuh peperiksaan penting buat mereka sebelum melangkah keluar dari alam persekolahan untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Sehebat mana pun manusia, perancangan Allah adalah segala-galanya. Sebulan sebelum peperiksaaan SPM berlangsung, Aisyah kehilangan ayah buat selama-lamanya. Kesedihan yang sama turut di rasa oleh sahabat tersayang. Kata-kata semangat dari Husna membangkitkan semangat Aisyah untuk terus belajar dalam masa yang singkat itu.

“Ana sedih. Tak tau macam mana hidup kami nanti.” suara Aisyah memecah kesunyian.

“Aisyah, semua orang akan merasai mati. Yang beza lambat atau cepat sahaja. Semua tu Allah dah tetapkan masa kita dalam rahim ibu lagi. Tiada siapa yang boleh menghalang ketetapan Allah.”

“Aisyah takut Aisyah tak kuat.”

“Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup, doakan kesejahteraan si mati di sana. Husna harap Aisyah tabah dan sabar. Sentiasa istighfar, ingat Allah. Exam dah dekat.”

“Insya-Allah Husna. Aisyah akan cuba. Terima kasih kerana memberi sokongan untuk ana.”

“Kita kan bersahabat.Kesedihan Aisyah kesedihan Husna jugak.”tulus Husna meluahkan.

*****************

Walaupun sudah menamatkan persekolahan,berlainan tempat pengajian, persahabatan mereka tetap akrab. Husna mendapat tawaran ke luar Negara dalam bidang perubatan manakala nasib Aisyah hanyalah di universiti tempatan. Dia mendapat tawaran ke matrikulasi UIA yang juga dalam bidang perubatan.

Sudah seminggu Husna di Ireland. Kesedihan dan kerinduan pada keluarga masih dirasai, terutamanya rindu untuk bertemu sahabat sejatinya,Aisyah. Pada hari dia berlepas ke Ireland, mereka tidak sempat bersua muka buat kali terakhir. Namun, itu tidak bererti mereka melupakan satu sama lain.


Husna : buzz

E­_cah : buzz

Salam Husna…apa kabar? Sihat?

Husna : Alhamdulillah,sht.

Aisyah? Rindu nak jmp ..huhu…

E_cah : alhamduillah sihat jugak…

Aisyah pun sama….sori la husna,aisyah dah sampai KLIA masa tu,tp cri husna tak jumpa…

Sori sgt2…

Husna :eh,xpe la…

Sepatutnya husna ckp sori kat aisyah..org dtg susah2 tapi tak sempat jumpa…

E_cah :xpe la…mungkin Allah nak pertemukan kita suatu hari nanti…

Husna cane kat sana..

Stdy ok?

Husna : Alhamdulillah,setakat ni ok lagi..huhu..

Tapi dah makin sush la…

Aisyah?

E_cah : sama la…belajar,xda yg sng..sume susah…huhu..

Banyak kena ingt…

Bila husna balik..xsbr nak jumpe neh…

Hehehe….

Husna : betul22…huhu..

Wah,baru je kat sini…dah tny sal balik..heheh…

Insya-allah raya tahun dpn husna balik…

E_cah : wah, ni yg xsbr neh…

Hehehe…

Ok la,husna take care ye…

Sori kalau ade slh silap…

Uhibbukifillah….

Husna :aisyah gak..

All the best…

Uhibbukilfillah aidhon…

E_cah is logged out

*****************

Setahun kemudian


Setahun di Negara orang mengajar Husna untuk lebih sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran. Kesibukan belajar sedikit membataskan mereka untuk berhubung antara satu sama lain. Tambahan pula, Aisyah tidak lagi membalas kiriman-kiriman e-mail dari Husna. Husna tahu Aisyah berkecil hati dengannya. Seringkali dia sengaja tidak membalas e-mail daripada Aisyah. Keghairahan bertemu rakan-rakan baru di sana menyebabkan Husna sedikit demi sedikit melupakan sahabat sejatinya di Malaysia. Benarlah maksud kata pepatah, manusia mudah melupakan yang lama bila dah dapat sesuatu yang baru.

Kepulangan Husna disambut dengan gembira oleh keluarga tersayang. Rindu untuk bertemu keluarga, terutama ibunya akhirnya terubat jua. Buat pertama kali dalam hidupnya berjauhan dengan keluarga dalam jangka masa yang lama.

Keinginan untuk bertemu sahabat tercinta tidak dapat ditahan lagi. Kedatangan Husna ke rumah Aisyah disambut dengan deraian air mata oleh ibu Aisyah.

“Assalamu’alaikum mak cik. Mak cik sihat? Husna memulakan perbualan seraya menyalami ibu Aisyah.

“Alhamdulillah,mak cik sihat.”

“Aisyah mana mak cik? Dah lama Husna tak contact dia. Last sekali contact 2 minggu lepas Husna pergi sana. Rindunya nak jumpa dia. Husna rasa bersalah sangat-sangat dekat Aisyah.”

“Husna, Aisyah dah sebulan meninggalkan kita. Mak cik mintak maaf sebab tak bagitahu Husna. Mak cik tak nak Husna sedih, nanti ganggu Husna nak belajar.”

“Innalillah. Tapi kenapa?”bagaikan halilintar ketika Husna mendengar penjelasan Puan Asiah.

“Sebulan sebelum pergi, penyakit Aisyah makin kritikal. Semasa pemeriksaan, doctor memang telah sahkan umurnya tak panjang, melainkan suatu keajaiban yang berlaku. Dan Aisyah juga yang mintak mak cik rahsiakan daripada Husna. Dia sendiri yang cakap dia tak nak Husna sedih kalau apa-apa terjadi kat dia. Dah dekat setengah tahun dia menghidap barah tulang.“ tersekat-sekat suara Puan Asiah memberi penjelasan.

“Ya Allah, Husna ada bagi e-mail kat Aisyah tapi tak pernah berbalas, Y!m yang sentiasa offline. Husna nak sangat jumpa dia mak cik. Masa nak pergi dulu pun tak sempat jumpa dengan Aisyah.”Husna meluahkan isi hatinya.

“Sudah la Husna, kami semua dah redha dengan pemergian Aisyah. Allah lebih sayangkan dia. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Dan ni, peninggalan daripada Aisyah. Dia wasiatkan suruh bagi dekat Husna.” sebuah kotak kecil beserta sampul surat dihulurkan.

Assalamua’laikum wbt….

Buat sahabatku tersayang, Husna. Diharapkan Husna sentiasa sihat dengan rahmat iman dan Islam dari Allah. Semasa Husna membaca surat ini, Aisyah mungkin sudah jauh dari Husna. Aisyah dah cuba untuk bagitau Husna masa tu, tapi sampai ke sudah Husna tidak membalas e-mail Aisyah. Bukan niat Aisyah untuk merahsiakan segala-galanya dari Husna, tetapi Aisyah tak sanggup untuk melihat Husna bersedih. Aisyah tak sanggup nak tengok Husna bersedih sepertimana Husna bersedih semasa kehilangan arwah ayah Aisyah dulu. Biarlah Husna mengetahui ketiadaan Aisyah dengan hati tenang.

Husna, Aisyah rindu. Ye, rindu untuk berjumpa Husna. selepas kali terakhir kita chatting dulu, Aisyah dapat rasakan kita dah semakin jauh. Dah lupa satu sama lain. tapi Aisyah tak pernah salahkan Husna. Husna sememangnya bahagia kat sana. Siang malam Aisyah berdoa supaya dapat bertemu Husna sebelum mata ini tertutup rapat.siang malam Aisyah berdoa supaya dapat memelukmu dan menatap wajahmu,sahabatku.

Hanya Husna sahabat Aisyah di dunia dan akhirat. Aisyah tak pernah lupa semasa pertama kali kita kenal sehiggalah saat-saat terakhir kita jumpa. Husna dah banyak bantu Aisyah terutama dalam pelajaran. Hanya Allah yang dapat membalasnya, sahabatku.

Semoga Husna tabah meneruskan perjuangan dalam menggapai cita-cita sebagai seorang doctor kelak, cita-cita yang tak sempat untuk Aisyah kecapi. Aisyah yakin Husna mampu bergelar seorang doctor yang bukan sahaja petah berbahas mengenai bahasa kesihatannya bahkan juga fasih menyampaikan ayat-ayat Allah kepada mereka di luar sana.

Jangan sedih sahabatku. Kesedihan Husna kesedihan Aisyah juga. Kegembiraan Husna juga menjadi kegembiraan Aisyah. Maafkan segala salah silap Aisyah sepanjang kita bersahabat. Terima kasih Husna kerana sudi menjadi sahabat Aisyah semasa senang mahupun susah.

Dah lama Aisyah nak bagi keychain ni dekat Husna. Aisyah bawak masa nak jumpa Husna sebelum fly dulu, tapi Allah tak benarkan kita untuk berjumpa. Terimalah kenangan ini daripada Aisyah. Uhibbuki fillah,ya ukhti.

Salam rindu

Aisyah

Kotak kecil dibuka perlahan-lahan. Kelihatan keychain yang tertulis namanya yang dihiasi dengan sinaran-sinaran emas bersama gambar mereka berdua. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Rindu untuk memeluk sahabat kian terasa. Bagaikan baru semalam mereka bergelak ketawa bersama. Bagaikan baru sahaja mereka mengenali antara satu sama lain. Semua itu masih segar dalam ingatan.

****************

“Terima kasih juga Aisyah. Kaulah sahabat Husna yang tiada tandingannya. Kau di sisi ini diwaktu senang dan susah. Husna juga rindu untuk bertemumu, rindu untuk memelukmu. Semoga Aisyah tenang di sana. Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah sahabatku!”

Daun kering gugur menyembah bumi bagaikan menghantar Husna melangkah keluar dari tanah perkuburan. Suasana nyaman di pagi hari itu menambahkan lagi kesedihan di hati Husna terhadap sahabat sejatinya yang sudah mengadap penciptanya. Kaki seakan-akan longlai tatkala meninggalkan pusara yang masih baru itu.

“ada masa Husna datang menziarahimu lagi, sahabatku. Assalamua'laikum.”

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH