Thursday, September 15, 2011

bersyukurlah dengan apa yang ada

assalamu'alaikum wbt



Alhamdulillah, Alhamdulillah, all praises to Allah, all praises to Allah.


Manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada. Kadang-kadang manusia ni tak tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang dia dapat. Kadang-kadang juga manusia itu malu apabila hidupnya tidak pernah sesempurna orang lain. Kadang-kadang juga manusia itu bermegah dengan kehidupan mewahnya. Tetapi pernahkah kita fikir, siapakah yang menganugerahkan kita apa yang kita rasa selama ini.

Penciptaan manusia itu adalah unik. Daripada setitis air mani, Allah jadikan sesuatu yang melekat, kemudian menjadi segumpal daging, daripada segumpal daging, Allah jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu dibungkus dengan daging. Kemudian, Allah menjadikan makhluk yang berbentuk lain, seperti yang terkandung dalam surah Al-Mukminuun ayat 12-14.

Tetapi kenapa yang lemah terus berasa lemah dan yang kuat terus bermegah dengan kekuatan yang ada. Dan lumrah manusia juga mengingati Allah hanya apabila ditimpa musibah atau kecelakaan, apabila waktu senang mereka dengan sekelip mata melupai Allah. Astagfirullah. Na’uzbillah.

Maka benarlah kata cerdik pandai, kalau kita berkasut maka pandanglah mereka yang berselipar, kalau kita berselipar maka pandanglah mereka yang berkaki ayam. Perbandingan melebihi batasan atau kemampuan kita menimbulkan satu persaan negative dalam diri kita. Maka timbullah perasaan hasad dengki hanya bersebab kelebihan orang lain lagi hebat berbanding kita, dan kalau boleh tak nak benda baik terjadi dekat seseorang itu. Bermegahlah seseorang itu dengan kelebihan mereka yang lebih berbanding orang lain.

Cuba kita jadi open minded yang mana perbandingan itu bukan hanya dari segi kelebihan bahkan dari segi kekurangan. Seperti yang disebut tadi, kita berkasut pandanglah orang berselipar dan seterusnya pandang mereka yang berkaki ayam. Jika dibandingkan kita lah yang lebih untung daripada mereka yang berselipar dan berkaki ayam kerana kita berkasut.

Bandinglah dengan seseorang yang kurang daripada kita, secara automatic kita rasa “beruntungnya aku. At least aku ada ini ada itu daripada mereka yang takde langsung.” Dalam sekelip mata sahaja kita jadi bersyukur dengan apa yang kita ada. Subhanallah. Allah masih memberi kelebihan untuk kita berbanding golongan yang tiada.


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152 “maka ingatlah kepada ku, aku akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada ku dan jangan kamu ingkar terhadapku.”

Yakinlah Allah tidak akan membebankan kita apa yang kita tidak mampu. Sesuatu yang Allah kurniakan kepada kita dibawah kemampuan kita. Sesusah mana pun akan ada jalan keluarnya. Allah itu maha yakin bahawasanya kita mampu melalui setiap apa yang telah direncanakan. Kekurangan kita menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Kekurangan kita mampu menjadikan kita salah seorang golongan yang sabar dan redha dengan ketentuan ilahi.

Ingat, innallah ma’ssobirin. Allah sentiasa disamping orang bersabar.

Allah juga berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 139 “ dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.”


“ dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bahagian yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian kurnianya. Sungguh, Allah maha mengetahui segala-galanya. (surah An-Nisa’ :32)



semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah. jangan pernah bersedih dengan apa yang kita ada. jangan mudah membuat perbandingan, tetapi berbandinglah dalam hal ibadah. yakinlah sesuatu dalam diri kita adalah yang terbaik untuk diri sendiri.


wallahua'lam


Monday, September 12, 2011

hari pertama di sekulah ^^

salam 'alaik




hari pertama di sekolah. kedengaran begitu cumel kan. hehehe.

12th September 2011, my first day of new semester after having double triple great holidays at home. and today, Alhamdulillah i'm officially a third year student of bachelor of mathematical science in IIUM Kuantan Campus. today, I'm here again officially in IIUM and also in CTS building. ^^

jumpa kawan2. Subhanallah seronoknya, tak tau nak cakap macam mana. we haven't spent our precious time together since the last day of last semester. huhuhu. 5 months. a very long time.

sesi pembukaan cerita bermula kembali. gelak ketawa kedengaran semula. semestinya diri ini gelak sakan dengan teman2. sebab tu saya digelar orang yang kuat ketawa. lucu sebab ape yang tu tak tau nak bagitau macam mana. hehehe.

rindu nak naik bus kuning pak cik bas bawak. hehehe. pak cik yang sama, sampai nampak macam orang lain. lama sangat cuti kan. hehehe. siap boleh tanya orang baru ke tu.
nak kunci bilik pun sampai lupa kena putar dua kali. lamanya cuti. hohoho.^^


kedatangan kali ni membawa kelainan buat semua. bangunan banyak dah siap. antaranya gambar di bawah ini. hehehe.


IIUM KUANTAN CAMPUS. cantik kan. hehehe ^^


alhamdulillah, hari ni berjalan dengan lancar. jadual pun takde yang clash. cuma sem ni ada kelas hari sabtu. jumaat pun. huhuhu. credit hour pun sama dengan semester sebelumnya.

cuma, semester ni saya sudah berada di tahun tiga. I'm year 3 today. hehehe. dah besar rupanya. ^^ adik2 dua batch lagi kat bawah. tapi macam tak nak mengaku je year 3. nak year 1 balik. hehehe.

semoga semester ni dapat buat yang terbaik. lupakan yang lain. hehehe. usaha tangga kejayaan. "Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya."

jika saya tidak berusaha, masakan saya dapat hasilnya.
usaha orang lain tidak akan menjadi milik sendiri.
usaha saya untuk diri sendiri bukan untuk orang lain.
sesiapa yang berusaha dia yang mendapat ganjarannya.
orang yang leka selalunya rugi. na'uzubilah.

ingat DUIT sentiasa. pegang prinsip DUIT selalu. jangan dibazirkan DUIT itu. insya-Allah ada ganjarannya. (^_*)

D- doa
U- usaha
I- ikhtiar
T- tawakkal

all the best untuk sahabat2 CTS 091, Tak lupa juga untuk senior2 dan junior2 CTS. untuk adik2 1st year, selamat datang dan selamat belajar di CTS building. anda akan seronok, tak rugi sikit pun. hehehe. ^^







------ catatan seorang pelajar 3rd year------^^

Thursday, September 8, 2011

"perjalanan"diteruskan kembali

salam 'alaik



Cuti sudah menghampiri kesudahannya.Sebegini lama cutinya rasa macam baru semalam je.Huhuhu. Dan insya-Allah minggu depan dah start semester baru. Semester yang banyak lagi cabaran yang menunggu berbanding semester sebelumnya . Diri ini masih belum bersedia untuk menghadapi permulaan itu. T____T

Mahasiswa/i baru dah start this week. Mungkin mereka ni baru habis ta’aruf programme. Seronokkan masa ta’aruf? Hehehe.Pakai baju batik, white sarong, bawak beg sekolah, pergi sana, pergi sini, briefing itu, briefing ini. Eheh, comel la. ^^


next week bakal mengadap benda2 ini kembali in different version. hehehe.


minggu depan start blaja lagi, takutnya. lama dah tak guna otak untuk berfikir: p.

pelajaran makin taugh. huhuhu. mampukah saya? insya-Allah, he always be my side.


dear myself , put a lot of efforts as much as you can in your coming new semester.




~ perjalananku masih jauh ~



Perjalananku masih jauh,

Untuk Mendamba kasihnya ilahi,

Sebagai seorang hamba yang bersyukur,

Untuk Mencari secebis ilmu,

Sebagai bekalan di hari esok,

Untuk Mengejar sebuah cita-cita,

Sebagai pelengkap sebuah harapan.



Perjalanan ku masih jauh,

Demi menunaikan hasrat ayahbonda,

Demi melaksanakan harapan keluarga,

Yang telah banyak berkorban,

Yang tidak pernah lupa untuk memberi sokongan,

Yang tidak pernah lupa untuk mengirimkan doa,

Yang senantiasa melontarkan kata semangat,

Pengorbanan yang tak mungkin kulupakan.



Ya Allah,

Jika jalan ini yang terbaik untukku,

Aku redha dengan apa yang talah Engkau rencanakan,

Hanya Engkau yang maha mengetahui,

Apa yang tidak aku ketahui,

Hanya Engkau yang mengetahui,

Apa yang terbaik di sisi hamba-hamba-MU,

Hanya engkau perancang yang terbaik,

Untuk setiap hamba-hambaMU.



Ya Allah,

Tabahkanlah hatiku,

Tenangkanlah fikiranku ,

Lapangkanlah dadaku,

Untuk terus berusaha,

BerusahaMencari sebuah kejayaan,

Bukan sahaja kejayaan di dunia,

Malah menacari sebuah kejayaan di akhirat jua,

Jangan kau jadikan aku orang yang mudah berputus asa,

Tanpa sedikitpun usaha dan pengorbanan,

Jangan kau jadikan aku insan yang mudah mengaku kalah,

Kalah tanpa sempat berjuang ,

Untuk mencapai kemenangan yang hakiki,

redhai dan berkatilah setiap yang aku kerjakan.







good luck and all the best . may Allah bless ^_^




p/s: doakan kejayaan saya. semoga dapat mengharungi semester baru dengan berjayanya. hehehe.focus, jangan dok fikir benda lain.ngee!
hapuskan segala skandel yang ada..hahaha...

Monday, September 5, 2011

ceritera berangkai

salam 'alaik



Pemberitahun: n3 ini sedikit panjang daripada kebiasaan disebabkan pengumpulan n3 yang terdahulu . Kepada sesiapa yang berminat sila teruskan pembacaan. Have a nice reading.

tapi saya tahu awak tunggu n3 ni kan. hehehe. ^_&



Botol susu

Alhamdulillah, dua hari sebelum lebaran menjelma, rumah saya dipenuhi dengan abang2 dan kakak yang pulang untuk berbuka puasa kat rumah dan juga yang turn mereka beraya di Kelantan. Cakap pasal gembira, of course I’m very happy. We haven’t spent our time together since June.

Kepulangan anak2 kecil memberi ruang untuk bibir menguntumkan senyuman. Hehehe. Keletah mereka mampu membuatkan saya gelak besar. Bila tiba masa lapar, semestinya mereka meminta susu. Hehehe. Dan kebetulan pada malam tu, tiga orang botol susunya sama kaler, jenis dan saiz. Mereka ialah Maisarah, Harith dan Wahidah aka Kak Cik.

Bila Maisarah Nampak botol kuning, dia pun ambik even botol tu yang H0arith atau Kak Cik. Begitu juga bila Harith tak sabar nak menyusu terus dia ambil botol kuning sepupunya itu. Sama kaler. Sampai saya pun “ eh, mana satu ni.” Hehehe. Nasib baik rasa susu sama he semuanya. Eh, ye ke? ngee!



nampak tak botol susu kuning itu. hee!


Dan satu lagi, bila sorang minta susu, maka yang lain pun mulalah merengek pada ibu masing2 minta susu jugak. Cumel la awak2 semua ni. Malam tu jugak, Harith tengah minum susu, maka Ridhwan pun meminta umminya buat susu, begitu juga Maisarah dan Kak Cik. Eh, tak lupa juga Aziz yang minta susu, tapi abah dia lupa bwak balik botol. Dan botol spare Maisarah jadi mangsa. Hehehe. Maka semuanya “gotong royong” minum susu, manakala abang2 dan kakak2 mereka sedang enak menonton tv.



Shaun the sheep make us laugh

Salah satu makanan ruji yang mak saya buat masa raya adalah tapai pulut. Have you ever heard? Dua malam before raya, kami semua dok bungkus tapai pulut sambil menonton. Menonton apa ye? Bukan movie raya yang sudah menghiasi kaca tv tetapi menonton “ Shaun the sheep”. Hehehe.

Shaun the sheep adalah cerita kartun tanpa suara di Disney channel. Macam pingu la. Kartun bergerak tapi tanpa suara. Shaun is the smallest sheep that has a brilliant mind. Hehehe. He has a lot of ideas compared to the other sheep and also the dog, as sheep’s guard. Tapi kadang2 idea Shaun ni mengarut, dan itu yang melucukan. Hahaha.

To be honest, the cartoon is very cute and funny. I’m suggesting you guys to watch Shaun the sheep instead of ultra-man yang ntah hape2 tu. Hahaha. Confirm anda semua gelak sakan. Sampai abang saya yang dah beranak pinak tu gelak sakan malam tu. Shaun, I like you so much. I love your style very much. Hahaha. Jom kita kawan.

Yes, I’ll miss Shaun the sheep, the cutest sheep that I’ve ever seen. ^^



Ini cerita Kak Cik

Balik je rumah Tok Ma, mama Kak Cik kata baju kurung kak cik tukang jahit lupa nak jahit. Tapi Kak Cik rilek je. Buat tak tau je dia. Hehehe. Yang penting t-shirt dan jeans ade. ^^

Maka Tokma dia pun memulakan proses untuk memotong baju dan jahit sbelum mereka balik ke rumah tok satu lagi. To be informed Kak Cik ni seorang pemalu, dengar suara dia bila dia tengah cakap ngan sepupu2 dia je, bila saya mencelah je terus dia senyap. Huhuhu. Payah nak dengar dia bersuara. Sebab tu bila dia tengah cakap, saya dengar je. Hehehe.

Nak suruh dia datang nak ukur baju punyalah susah, sampai nangis2 lagi. Apalah Kak Cik ni. Bukan sakit pon. Hehehe. Dan mak su nya jadi mangsa untuk jahit baju kecilnya. Tapi dapatlah upah daripada ayah Kak Cik aka abang saya. Hehehe.

“nak berapa upah ni?”

“nak wi (bagi) ke? tak payah la. Tapi bukan sekali ngan duit raya dih? Kalu sekali tokse, nak esok.” hehehe

“dok. Duit raya esok.”

“bereh.”

“ayah, Sukila nak rm…..” tiba2 si kecil ni mencelah. Dan ayah dia pun bagi. Hahaha. Bagus kakak ni.^^



1 Syawal 1432H

Alhamdulillah, 1 Syawal menjelma lagi dan kita diberi peluang untuk meraikan hari kemenangan ini bersempena jihad kita melawan hawa nafsu sepanjang sebulan Ramadan. Semoga hari kemenangan ini memberi seribu makna kepada kita semua, dan semoga Ramadan yang telah berlalu memberi inspirasi kepada kita untuk meneruskan amalan2 di bulan Ramadan untuk 11 bulan berikutnya.

Alhamdulillah, rumah saya masih meriah dengan kepulangan abang2 dan kakak2 walaupun tak semuanya balik raya kat rumah. Tahun ni merupakan tahun ke-3 saya beraya tanpa arwah ayahanda tercinta. Our theme for this year is yellow, to be specified Bright yellow. For those who are celebrating raya in Kelantan must wear yellow. Hehehe.

For the menu, we had special nasi dagang and pulut panggang. And not too forget we had special homemade chocolate cake baked by me. Hehehe. Ade orang tu nak rasa, so kena balik dulu la. :P

To be informed, I still got my part. Hehehe. Duit raya^^.

Tanpa melengahkan masa saya siarkan gambar untuk tatapan semua^^


My homemade choc cake.^_^











wira2 kami^_^


daddies on that day^^














see





2 Syawal 1432H

Seperti tahun2 yang lepas, destinasi kami pada raya ke-2 adalah ke Pasir Puteh dan sterusnya ke Jerteh, mengunjungi ibu saudara yakni salah satu adik arwah ayah. Takde yang menarik untuk dikongsikan. Hehehe. Hanya bersilaturahim. Dan duit raya untuk anak2 kecil.






Malam tu abang yang sulung baru sampai. Dan kami adakan family meeting, bincangkan pasal family kami. Mengenai urusan2 arwah ayah jika ada yang belum selesai. Semestinya nama saya juga termasuk sebagai salah satu adik yang masih belajar dari segi masalh kewangan dan pelajaran.

Ouch, rasa nak menangis je. Pesanan abang yang sulung “jangan lupa, kila masih belajar, tanya2 kabar dia.”



3 Syawal 1432H

Berkunjung ke Machang, rumah kakak dan abang. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah baru kakak. Besar jugak. Hehehe. Pergi dulu masa tengah buat, so tak Nampak the real one. Pekena special mee kari di rumah mak ngah (kakak), ibu saudara kegemaran anak2 kecil. Hari tu jugak anak sedare jatuh motor, terkoyak kulit kepala. Nasib baik tak teruk setakat kena jahit je.

Dan juga pekena yong tau fu special dari kakak ipar.best la boleh kakak ipar pandai masak. Hehehe. Baru je semalam beliau buat roti john, semua orang puas hati. ^^








depan rumah baru^^

raya ke-3


imani^^










Dari Machang terus ke Kota Bharu.bersilaturahim ke rumah sepupu2.

Gambar kat KB takde, dalam kamera abang. Punyalah Tanya sebab nak transfer. Tapi tuan punya lupa letak kat mana. Ish2. Macam2 la. Hohoho.

Cerita pasal jalan jem, tak payah cerita la. Memang teruk. Sapu kat roti pun tak jalan. Hahaha. Ramai jugak rupanya rakyat Kelantan di perantaun, dan tak lupa ramai jugak yang kahwin nagn orang Kelantan ye. Ngee!



4 Syawal 1432H

Duduk kat rumah berehat je. Hari2 jalan penat tu. Anak2 sedare kat rumah pun dok sibuk nak mandi sungai. So, berkonvoi la diaorang ke sungai nak main air. Yang jadi masalahnya, payah nak balik. Sampai anak saudara yang kat JB tu merengek-rengek dengan mama dan abahnya suruh postpone balik. Tak puas lagi duduk rumah tokma , sambil tu sepupu2 ramai lagi. Lagi la seronoks.

Saya laaaagi suka kalau mereka semua balik lagi lambat. Hehehe.



----- end of n3------



dan hari ni, rumah kembali kosong. sunyi teramat sangat. rindu pulak suasana hari tu. huhu.

itu sahaja laporan Syawal untuk tahun ini. masih belum terlambatkan. hehehe.


p/s; cuti saya sudah hampir ke penghujung. bila fikir nak masuk sem baru next week, tiba2 rasa sesak. cuti lama sangat, otak dah berkarat, saya jadi takut. huhuhu. arahan bonda 4.0 next sem. tapi saya rasa surrender awal2 la. hehehe. DL boleh janji lagi. insya-allah.

semoga Allah mempermudah urusan. doakan saya ye sahabat2.

takut nak jumpa Dr. Samsun. hahaha. tapi bila fikir nak jumpa kawan2 terus tak sabar.^^

rindu mereka semua. (^_*)




wassalam

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH