Tuesday, August 10, 2010

Masih kuingat (7) : ~detik itu terimbas kembali~

salam a'laik....


Alhamdulillah,kita masih dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan untuk berpuasa pada Ramadhan kali ni….terima kasih YA ALLAH….esok ni kita start puasa ramadhan 1431H…..Insya-ALLAH....dan malam ni dah start solat terawikh....bulan yang kita tunggu-tunggu kedatangannya…akhirnya datang jua dalam keadaan kita yang bersiap sedia untuk bertemu dengannya….yang memberi keberkatan pada kita sebagai hamba ALLAH….Nikmatnya berpuasa…..lapar dan dahaga bukan alasan kita untuk bermalas-malasan untuk berpuasa….

Tahun ni tahun kedua kami menyambut Ramadhan tanpa arwah ayah…teringat kembali detik-detik pertama Ramadhan kami tahun lepas…Ramadhan pertama dengan kesedihan orang tersayang….keghairahan nak sambut Ramadhan macam dah takde…


********************


Detik itu kembali terimbas di fikiran.....detik yang mana saya kehilangan ayah buat selama-lamanya pada malam pertama terawikh tahun lepas....Masih lagi saya ingat malam pertama berterawikh yakni 21 ogos 2009, keadaan arwah ayah boleh dikatakan tenat sejak dari petangnya….kami semua dah ready untuk pulang walau apa jua yang terjadi….kesediaan Ma jua untuk memulakan Ramadhan dalam suasana di hospital…namun ALLAH yang menentukan segala-galanya….

Sejak petang hati tak tenang fikir pasal exam dan juga pasal mesej yang saya dapat dari kakak….walaupun kandungannya meminta supaya saya tidak risau dan focus untuk exam…..kalau tiada apa2 beliau minta saya tidak pulang….

Malam tu juga kami dapat mesej meminta untuk mempercepatkan balik ke rumah…termasuklah saya…ingat lagi malam tu kakak amik kat hostel….masa tu keadaan arwah ayah dah kritikal…tak sempat nak masukkan ke ICU….bersiap ala kadar,terus keluar dari mahallah dan menuju ke pondok jaga kat main entrance…

Sekejap je saya turun isi apa2 yang patut….balik semula ke kereta kakak cakap ayah dah takde…TEPAT 10.31 malam,arwah ayah sudah pergi meninggalkan kami....INNALILLAH…..rasa macam tak percaya…baru saja kami semua nak pulang berpuasa sama-sama esoknya…

Masa tu kat hospital ada Ma,Abg Ja,Abg Man dan Kak Ayu…kakak saya yang sorang lagi balik rumah dan kembali ke hospital malamnya dengan juadah sahur terkejut bila sampai hospital ayah dah takde….anak saudara arwah ayah iaitu pelawat setia masa arwah ayah kat hospital juga tidak sempat datang masa arwah dalam saatnya berhadapan dengan sakaratulmaut….dia tiba sejurus selepas arwah pergi buat selama-lamanya…..

Malam tu juga saya dan kakak sekeluarga pulang ke rumah…..rumah yang memberikan seribu satu kenangan buat kami semua…jenazah arwah sampai kat rumah lebih kurang pukul satu….masa tu dah ramai jiran-jiran yang menunggu kepulangan jenazah sejurus mengetahui berita ni…

Saya sampai rumah 6.45 pagi 1 RAMADHAN…..sampai je tak sanggup nak masuk rumah…tak sanggup nak jumpa Ma…tak sanggup nak tengok arwah ayah….tak sanggup rasanya nak jumpa semua orang yang semuanya menitiskan air mata tatkala saya menyalami mereka….yang paling tak sanggup mak saya….teresak-esak dia menangis sambil peluk anaknya…..tak pernah saya tengok beliau sesedih itu…

Tanggal 21 ogos 2009 bersamaan 1 ramadan 1430H pergilah ayahanda tercinta buat selama-lamanya…yang membuatkan kami seakan-akan tidak percaya akan pemergiannya…..jenazah arwah disempurnakan selepas solat zohor disamping anak-anak dan saudara-mara….

Puasa pertama saya tanpa arwah ayah…..setahun yang lalu....petang tu masa nak berbuka air mata masih lagi keluar…..teringat detik2 bersama..teringat masa arwah dikafankan sebentar tadi….teringat segala-galanya….seakan-akan Nampak arwah ayah duduk kat kerusi di ruang tamu….

Dua hari lepas tu saya kembali ke kolej….beratnya kaki nak melangkah pergi…dengan fikiran boleh ke aku ni…kuat ke aku…saya jadi tak kuat bila bersalam ngan mak….tahan punya tahan tapi mengalir juga air mata masa bersalam tu….begitu juga mereka2 yang mengiringi saya masa nak balik masa tu…


***********************


Setahun sudah peristiwa tu berlalu….Bermakna setahun sudah arwah ayah takde....tahun ni juga tahun kedua puasa tanpa arwah ayah jika dipanjangkan umur untuk puasa esok....tapi masih terasa lagi...rindu sangat2...rasa macam nak menangis...(tapi mata sudah berair...)...

semoga ALLAH kurniakan saya kekuatan dan ketabahan...INSYA-ALLAH....

rindunya nak berpuasa sama2.....sungguh...rindu yang teramat sangat......sangat2.....


MASIHKU INGAT,
Kenangan kita berpuasa bersama,
Persoalan yang sering timbul di bibir mu,
“hari ni nak makan apa”,
MASIHKU INGAT,
Kita bersama-sama solat berjemaah,
Bersama-sama menikmati juadah kegemaran,
YA ALLAH,indahnya pada waktu itu,

MASIHKU INGAT,
Puasa terakhir kita bersama,
Ramadhan 1429H,
NAMUN,tiada lagi saat-saat yang indah begitu,
Ramadhan 1430H tanpamu disisi,
Begitu juga dengan Ramadhan 1431H,
Buat selama-lamanya….
Sesungguhnya aku merindui detik itu..



tabahkan hati ....tenangkan hati....doa banyak2....
~LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA...~

wassalam.....

4 comments:

syimah said...

kila..sebaknye bc post ni
tenang je nmpk kamu,tp di hati hny Allah yg tahu..
kuatkn semngt ye~!
bnyakkn doa tuk arwah,
tenang dia disana diiringi doa ank2yg soleh/solehah..

himawari said...

kila, sabar ek...berd bc sedih sgt..
doakan utk arwah ayah kila kat sane ek?
be strong girl..i know u can do it..

Unknown said...

la, kak ti ingat segala-galanya. Plan dengan a man, kita berbuka kat hospital. Tak pelah, semuanya dah berlalu. Semoga arwah we ditemapatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

hasnisyakila said...

to berd:
tq sudi ziarah blog ni...
doakan kila kuat jugak...


to kak shima:
doakan saya kuat...

to kak ti:
semoga arwah we tenang kat sane...
AL-FATIHAH!

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH