salam a'laik....
ALHAMDULILLAH,dapat juga merasai suasana raya tahun ni walaupun tak semua ada kat rumah...tapi meriahnya tu ada...persiapan pun ala kadar sahaja...hanya buat cukup syarat....
sekejap sahaja masa berlalu...sudah pergi BULAN TARBIYAH RAMADHAN meninggalkan kita.......semoga tahun depan dapat bertemu lagi bulan yang penuh keberkatan itu...Insya-ALLAH...
semalam tak semua ada kat rumah...ada yang balik ke rumah mertua masing2...ada yang balik raya kedua....selepas solat sunat,kami semua ke pusara ayahanda...Subahanallah,buat pertama kalinya bonda tercinta menziarahi pusara arwah ayah....jika sebelum ni kami ajak, beliau tak nak pergi...
namun,seperti yang saya sangkakan,menitis juga air mata Ma sewaktu pertama kalinya menziarahi pusara suami tercinta...kalau dulu bukan tak nak pergi,tapi masih belum bersedia untuk mengingat kembali detik2 bersama arwah.....
MASIHKU INGAT,
Sewaktu sambutan lebaran,
saban tahun kita bersama,
Bermaaf-maafan antara satu sama lain,
MASIHKU INGAT,
Duit raya yang dinanti-nantikan oleh kami,
Tak pernah lupa tanganmu untuk memberi,
MASIHKU INGAT,
Ciuman terakhirku buatmu di pagi raya 1430 H,
Lebaran terakhir kita bersama,
Yang menjadi ingatan sepanjang masa…
Tumpah juga air mataku mengenangkan waktu itu…
MASIHKU INGAT,
Suasana lebaran 2009…
Bagaikan satu kehilangan besar buatku…
Teresak2 ku menahan tangis di pusaramu….
Rindunya untuk terus bersamamu wahai ayah.
LEBARAN 1431H,ingatan kami buatmu tetap teguh....
mengalir jua air mata rindu tatkala tiba di pusaramu..
mengalir jua air mata rindu tatkala tiba di pusaramu..
okey lah,saya tak nak sedih2...cukuplah semalam air mata ni tumpah sampai tak terkeluar suara di hadapan pusara arwah ayah....siapa yang tak sedih....may ALLAH bless him...I always love you,father...
saksikan "pertunjukan" gambar..istimewa buat semua...especially buat Kak Long,yang siap pesan suruh upload gambar....
see this picture?did you notice something????????hahaha....
bersama "datuk bandar" Bangi...hehehe..~
bersama "datuk bandar" Bangi...hehehe..~
ok....ada tetamu kat bawah....hehehe...gambar2 lain akan diuploadkan kemudian....kalau diikutkan banyak lagi...tambah2 internet dah slow ni..huhuhu....
"cerita lebaran" is to be continued.....Insya-ALLAH....
"cerita lebaran" is to be continued.....Insya-ALLAH....
~SALAM LEBARAN buat semua....maaf zahir dan batin....~
wassalam....
wassalam....
1 comment:
selamat hari raya
Post a Comment