Thursday, October 21, 2010

~Perwira Fisabilillah~

salam a'laik.....




********************

Suasana di sekitar tempat beriadah...Kelihatan 5 sekawan sedang berborak-borak sambil merasai nikmat petang yang tenang.


"Fuh,giler sweet Zack Efron berlakon semalam. cair aku." suara pertama memulakan perbualan.

"Eh, aku lagi suka Patrick Dempsey. Tambah-tambah dalam Made of Honor. Fulamak,memang hensem habis la."

"Kau dah dengar lagu terbaru Daughtry?Aku tengok kat you tube semalam. Best gak. Mamat tu pun ensem gak."

"Aku suka Jack Hughman. Hehehe. Smart."

"Alah, Aku baru je habis baca buku Salahuddin Al-Ayubi. Korang dah baca?"

"Err, sapa tu? Tak pernah dengar pun."

"Tu la korang. Pelakon Hollywood korang kenal. Siap hafal nama lagi. Mesti korang pon tahu latar belakang diaorang kan?
Tak kan la Salahuddin Al Ayubi pon tak tau. Beliau lagi femes dari nama yang korang dok sebut tu."

"Aku rasa macam pernah dengar. Tapi ingat-ingat lupa la. Kau cerita la. Sapa dia tu."

"Ish-ish, korang ni. Meh aku cerita."

"Salahuddin Al-Ayyubi ni seorang pahlawan dan raja yang gagah berani. Beliau terkenal dengan kewarakan dan keberanian yang luar biasa sehingga berjaya mengalahkan tentera Salib yang memang terkenal dengan kezaliman dan keperkasaannya."

" Beliau dilahirkan pada tahun 1138M. Ayahnya keturunan Kurdistan. Salahuddin telah berjinak-jinak dengan peperangan apabila telah meningkat dewasa. Beliau sempat berperang di Mesir bersama dengan Shirkuh, bapa saudaranya di bawah panji Kerajaan Fatimiyyah."

"Salahuddin ni anak orang kurdis.Beliau dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorang pun yang menyangka sebelum beliau menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini."

Semua menunjukkan minat untuk mendengar. Cerita disambung lagi.

" Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda akan menjadi orang hebat pada masa depan.Tapi akhlak Salahuddin ni mulia."

"Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika beliau menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, beliau diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan."

"Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Macam mana pertukaran hidup salahuddin tu?" Satu suara mencelah.


"Ketika Salahuddin menguasai Mesir, beliau tiba-tiba berubah dan yakin bahawa Allah telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika tidak bersungguh-sungguh. sebaik-baik sahaja beliau menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya."

"Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Beliau bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana,mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Beliau menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam."

"Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan beliau memenangkan perjuangan Islam. Sebab tu la beliau menyerahkan dirinya untuk jalan jihad."

"Jap,korang tahu tak macam mana semangat jihad Salahuddin ni?Mesti korang admire dia lepas ni.Hehehe."

"Wah,macam best je.Cepatlah cite. Aku dah tak sabar nak dengar ni."

"Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad."

"Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad beliau akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini beliau lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila beliau telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya."

"Dalam medan peperangan salahuddin ni macam seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam."

"Ketika beliau mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu."

"Wah,kentalnya jiwa Salahuddin Al Ayubi".

"Perang ape msa tu?"

"Perang Salib di Hittin.Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan."

"Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah SAW naik ke langit."


"Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu."

"Err, boleh tak kau buat kronologi perang masa tu."


"oooo...Ok2...

"Pada tahun 1187 berlakulah Perang Salib di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi dengan tentera Kristian yang diketuai oleh King Richard (Raja England) setelah beberapa tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak Kristian. Mereka bukan sahaja mengancam negara-negara Islam, malah telah merampas beberapa wilayah umat Islam di Baitul Muqaddis dan dijadikan negeri-negeri Kristian."

"Dalam peperangan tersebut, tentera Islam telah berjaya merampas Baitul Muqaddis dan 10,000 tentara Salib terkorban. Di sini Salahuddin Al-Ayyubi telah menunjukkan ketinggian budi dengan tidak membalas perbuatan tentera Salib yang zalim semasa menawan Baitul Muqaddis dan negeri-negeri yang dilalui. Beliau telah memberi perlindungan kepada semua tawanan perang, perempuan, orang tua dan anak-anak tentera Salib dan memberi mereka tempoh 40 hari untuk meninggalkan Baitul Muqaddis."

"Akhirnya seluruh tanah Palestin dapat ditawan semula. Walau bagaimanapun, orang-orang Kristian dibenarkan mengunjungi Baitul Muqaddis melalui satu perjanjian damai yang ditandatangani pada 1192."

"Wah, tingginya semangat juang Salahuddin. Kau rasa ada lagi tak golongan yang macam tu sekarang. Dengan takde senjata canggih dia boleh tawan baitul maqdis."

"Itu la. Kalaulah takde Salahuddin pada masa tu, tak mungkin Baitul Maqdis yang jadi kiblat umat Islam tu dapat di tawan."

"Gagah lagi,warak lagi. Complete..hehhe.."

"Ye la. Dia tak pernah tinggal solat berjemaah. Kalau kita, boleh bilang solat berjemaah.Tambah dengan solat malam dan bermunajat lagi."

"Oh ya, kalau korang nak tahu Salahuddin wafat Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya."

"Dalam buku ni pun ada sebut pasal tingkah laku beliau. Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Beliau sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Beliau tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah."

"Wah, bagusnya. Tak ade yang cacat pun."

"Korang tahu, Salahuddin sakit semasa mengepung Acre. Tapi yang hebatnya dalam sakit2, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan.Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin."

"Kalau lah kita, sakit sikit dah tak boleh buat itu ini. Inikan pulak nak g berperang."

"Betul la, aku dah jadi kagum dengan pahlawan Salahuddin Al-Ayubi. Kalau dia masih ada sekarang ,mesti rakyat2 di Palestin sana aman."

"Haa,kan aku dah cakap. Korang baca la buku ni. Best. Tak rugi aku beli. Kisah Salahuddin ni memang beri pengajaran lah. Nanti boleh la pinjam,aku dah habis baca. daripada korang dok hafal nama2 pelakon tu, baik korang baca kisah2 pahlawan terdahulu."

"Tapi takpe, aku paham. Aku pun minat gak kat semua tu. Heheheh. Aku suka Patrick Dempsey, Charless Shouggnessy, suka Linkirn Park. Hehehe."

"Tapi aku suka la. Nanti aku pinjam eh. Kau ade buku ape lagi? Boleh aku baca sambil dok dengar lagu Daughtry. Hehehe."

"Ade lagi. Buku kisah Khulafa Ar-Rashidin. Nanti pegi la bilik aku. Boleh pilih yang mana suka. Hehehe."

"Thanks tau cerita kat kitaorang. Kalau tak sampai bila aku tak tau kesudahan kisah pahlawan Salahuddin ni. Memang best!"

"Tapi aku rasa macam ada lagu kan pasal Salahuddin?"

"A'ah. kumpulan Mestica nnyanyi. Meh aku nyanyika untuk korang. Hahaha."

"Boleh." Serentak mereka menjawab.

"Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Pernah kembara bagai pelarian
Akhri bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan
Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran

Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk
Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung

Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis
Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah"

"Wah,lirik dia dalamnye maksud."

"Betul-betul. Nanti boleh la kau hafal selain dari lagu Daughtry tu. Hehehe."

"Eh, jom la balik. Nak dekat pukul 7 dah ni. Cerita pahlawan Salahuddin dah dengar. Aku nak dengar cerita Patrick Dempsey la plak. Hahaha. Ngee."

"Memang la kau ni. nanti ah aku cerita lain. Hehehe. Jom, gerak!"


Matahari sudah melabuhkan tirainya. Malam sudah bersedia untuk berkhidmat. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar uniknya ciptaanmu.



***********************


wassalam....



No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH