Thursday, January 20, 2011

home sweet home

Assalamua'laikum wbt.....



Home is the place where you live. Home is the place where you come from. Sebut pasal rumah ni, tak ada sapa yang tak rasa rindu dekat rumah dia. Lama tak balik sikit dah rindu. Sampai dok terbilang-bilang berapa hari lagi nak balik. Berd, selamat berpulang nanti, hehe!

5 tahun saya di asrama. Pertama kali berjauhan dari rumah walaupun dekat. Perkara yang paling best ialah masa nak balik rumah. Kalau boleh hari tu dah tak nak belajar dah. Nak terus balik. Tapi bila dah nak balik asrama semula dah rasa lain. Rasa macam tak nak balik asrama je. Sekolah dulu balik sebulan sekali, melainkan kalau ada apa dalam minggu ke-3 pun boleh balik. Nak sangat balik ke rumah, saya sanggup outing semata-mata nak balik rumah. Itu masa form 1 and 2. Dapat makan tengah hari kat rumah pun jadi la. Hehehe.

Itu dulu. Sekarang pun, kalau lama tak balik mula lah rasa nak balik. Itu baru kat Kuantan. Tersangat-sangatlah dekatnya. Huhuhu. Mereka2 di oversea sana, tersangat-sangatlah survive. Tapi kalau saya di tempat mereka pun akan begitu juga. Dah tak ada cara lain. Setahun sekali balik, itu sudah normal. Walau anak tokey petronas sekalipun, belum tentu dia dapat balik sebulan sekali kalau dok oversea. Kan? Dapat balik setahun sekali pun sudah cukup. Kos nya bukan macam makan KFC. Huhuhu.

Kalau belajar, ada cuti boleh balik. Itu sudah pasti. Bila dah kerja nanti susah sikit. Kalau dah kahwin lagi lah susah. Ada 2 tempat yang nak kena balik. Kakak2 dan abang2 saya yang dah kahwin, kalau boleh, nak balik rumah masing2 (rumah Ma) lebih lama. Tapi apa kan daya, kenalah juga balik rumah mertua masing2. Walaupun mereka sudah berkeluarga, tapi kalau bab balik rumah kadang2 ni boleh menumpahkan air mata. Kalau tak raya kat rumah lagi lah. Menangis cakap dalam telefon. Saya sendiri, kalau baru2 balik dari rumah, homesick terus. Itu bukan barang main-main tu. Hehehe.

Lihat, hebatkan kuasa rumah kita. Tempat kita bermain, tempat kita buat itu ini, dari kecik hingga lah pertama kali berpisah dengan keluarga. Bertambah rindu kalau lama tak balik. Saya kira, bukan lah banyak sangat perubahan di rumah walau lama kita tak balik. Tapi, tak tau nak express macam mana, bila sebut rumah, jadi tak sabar nak balik.

Betul, dekat rumah ada orang-orang yang kita sayang. Rindu nak balik tu sebenarnya rindu insan-insan tersebut. Walaupun ada yang sudah pergi, tetapi nostalgia itu tetap ada. Rasa nak balik itu pasti muncul. Kerana itu adalah rumah kita. Kerana itu adalah tempat kita. Kerana itu adalah home sweet home!

We’ll always want to go home, back to the place where we are belong, where is the love is always been enough for us. Because it’s our home, our sweet home, our sweet place that we’ve ever had. Yes, of course, its our home sweet home. "Less salt". Hahaha!

Saya pun tak sabar nak balik. OUCH! Walaupun rumah haku rasa macam dekat je. Hahaha. Tapi agak la jauh. Naik bus dalam 5 6 jam. Lama la tu. Eheh! Sabar eh. Tak lama dah.



p/s :- Minggu depan "shiken". Mid term exam, for the first three papers. The rest will go on after the break. Jadi, silalah membawa pulang buku2 anda untuk "distudykan". Hahaha. Sila jangan berpulang dengan tangan yang begitu kosong. Hehehe. Mid term tu, penting amat!

Okey, do pray for me.

None of success caused without effort! Go go "Saudari Effort". saya sentiasa ada belakang awak. Hehehe. Bajet cumel la tu. Sudah la! Ana Sudah mau pergi. Selamat membaca untuk "entaorang". " gara-gara lepas g talk Ustaz Ridha!"



wassalam.......


3 comments:

D.S.R said...

betul, walaupun kat mane2 kite duk, rumah lah yg paling kite rindu =)



btw kila, dya tukar url blog, do re follow k ~ tq ^^

hasnisyakila said...

betul2.....

bakpo tukar blog....

D.S.R said...

saje je kila...hehe nak mula yg baru =)

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH