Tuesday, February 15, 2011

Dia kekasih ALLAH

salam a'laik


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,keluarga dan sahabat2 baginda. Alhamdulillah, hari ni 12 Rabiu'l awal 1432H, hari kita mengingati tarikh kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, pesuruh Allah.

Kelahiran Rasulullah SAW tanpa kehadiran seorang ayah, menjadi yatim semenjak lahir dan juga kehilangan ibu tercinta di usia yang masih muda. Ketabahan baginda dalam melayari kehidupan dan sehinggalah dilamar oleh Siti Khadijah r.a sebagai suami.

Bagaimana kedaaan baginda selepas menerima wahyu Allah yang pertama. Bagaimana Siti Khadijah menenagkan hati baginda tatkala baginda dalam keadaan takut sewaktu itu. Bagaimana malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada baginda. Bagaimana baginda menyampaikan utusan Allah kepada umat2 terdahulu.

Bagaimana saat2 sakaratulmaut Rasulullah SAW yang risau akan keadaan umat-umatnya. Sampaikan baginda mneyebut ummati, ummati semasa ajalnya bertamu. Tetapi adakah kita senantiasa mengingati kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Adakah kita mengikuti sunnah2 baginda.?

Semoga kita tidak lupa untuk berselawat ke atas baginda walaupun bukan semasa hari kelahiran baginda. Rasulullah SAW yang sentiasa menjadi role model kita untuk selama-lamanya. Akhlak baginda tak mampu untuk kita tewas. Terlalu sempurna sebagai seorang pesuruh Allah. Semoga juga kita tak pernah lupa sejarah hidup baginda. Semoga kita beroleh syafaat di sana nanti. INSYA-ALLAH.


Dia Kekasih Allah

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH