suka saya untuk berkongsi ini.
menarik kata-katanya.
hebat perekanya.
kreatif penciptanya.
you had such a great words.
well done. i like.
hehehe.
kita imbas kembali, 24/7 atau lagi detail 86400 saat dalam masa satu hari berapa banyak kita ingat Allah kalau nak dibanding dengan menonton tv, berapa banyak masa kita ingat Allah berbanding dengan masa kita melayari internet (aduih, kena atas kepala sendiri). berapa banyak masa kita ingat Allah berbanding dengan kerja kita yang lain.
ingat Allah masa susah je ke, masa senang rujuk sapa?
ingat Allah masa sedih ja ke, masa gumbira kat mana?
ingat Allah masa kena musibah je ke, masa senang lenang dok ingat sapa?
Astaghfirullah.
"dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang." betulkan?
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
berapa banyak kita sebut dalam satu hari?
FASTABIQUL KHOIRAT ~berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan.
sedikit tapi istiqamah.
Allah suka, dari kita tak buat langsung.
dari Muaz ra, ketika beliau berpisah dengan Rasulullah SAW, Muaz bertanya apakah amalan yang paling disukai Allah. Rasulullah SAW menjawab, basahi lidahmu dengan zikir.
sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal, iaitu orang2 yang mengingati Allah dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi dengan berkata "ya Allah, tidak engkau menciptakan ini dengan sia-sia. mahasuci Allah melindungi kami dari azab api neraka." (Surah Ali-Imran:190-191)
ya Allah, limpahkan rahmatmu ke atas kami.
jadikan kami hamba yang sentiasa mengingati-MU dalam apa jua keadaan kami.
jauhi kami dari sifat sombong dan takabbur.
jadikan kami sentiasa mensyukuri nimat yang Engkau kurniakan.
maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
wassalam.
2 comments:
i like infinity~*^^*
betul2...ALLAH dah bagi banyak nikmat kat kita..kita je yang asyik lupa kat DIA..huhu..
betul2...
kreatifnya kak long.
sedap aayt tu..
hehehe.
Post a Comment