Monday, June 6, 2011

Bus ke bas?

salam 'alaik


Belajar yang gaya “macam sebelah rumah” sahaja adalah sangat mudah dengan menaiki bas untuk pulang ke rumah. Ya, belajar di dalam Negara lebih mudah dengan menggunakan pengangkutan darat berbanding dengan pengangkutan udara yang seperti orang2 di seberang laut sana.

Eh, kenapa kurasakan ayat2 di atas sedikit skema? Eheh!

Okay, back to the normal language that I used to use. Hahaha. Saya dah rasa macam boring dah naik bus, sama lah yang korang rasa boring lah naik flight ni. Tapikan ada je orang yang baru rasa excited nak naik bus. Do I need to mention it? Hahaha.

Untuk menjadi seorang anak yang berdikari, yang mampu berdiri di ats kaki sendiri untuk pulang ke rumah, saya hanya menaiki bus. Hehehe. Tapi kalau dah beberapa kali kena tinggal dengan bus, tu namanya apa ye? Tu namanya buang duit dong. Tak pasai2 kena beli tiket baru. Huhuhu.


Tukang bawa bus yang peramah adalah yang terbaik. Diulang, yang terbaik!


“Pak Cik, saya nak turun depan.” kata seorang wanita secara tiba2.

“ Pak Cik memang bawa bus ke depan bukan ke belakang.” Jawab Pak Cik bus dengan ala2 selamba tanpa perasaan pada jam 6 pagi itu.

“hahahahahahahha.” Maka ketawalah 4 orang anak muda yang bajet hensem ala2 Hugh Jackman dan Patrick Dempsey itu dengan kuatnya yang lagaknya seperti sedang menonton Maharaja Lawak di astro Citra.

Merah padamlah muka wanita itu walaupun saya tak Nampak. Tak pernah lagi dengar orang buat lawak di kala waktu orang tengah mamai baru nak bangun solat subuh, eh, kenapa macam berbelit je ayat neh. Senangnya tak ada orang nak buat lawak waktu tu. Hahaha.

Maka ,4 orang anak muda tersebut msih lagi kebingungan ke arah laluan manakah bus ini akan pergi.

“kau g la tnya Pak Cik tu.”

“Pak Cik, lepas ni nak g mana?” Tanya pemuda tersebut yang lagaknya macam naik bus persiaran je. Tanya si tukang membawa bus ke manakah destinasi seterusnya. Dia ingat nak buat lawatan sambil belajar agaknya. Hahaha.

“Pak Cik nak bawa bus balik la lpas ni. Aih, sepatutnya Pak Cik Tanya awak nak turun kat mana. Ni penumpang pulak Tanya nak pegi mana.” Tenang pak cik bus jawab denan nada yang bagai tak ada nada itu. Mamai agaknya budak ni. Tak tau mana2. Hahaha.

“hahahahahaha.” Si baki ber3 tu mejadi tukang gelak terhormat hadiah untuk si jejaka yang bertanya itu. Kasihan!

"mu ni, tak tau mana2." huish, kasarnya bahasa kawan dia. padahal dia yang suruh. teruk taste punya kawan.huhuhu.

kemudian....

"belajar kat UIA gombak? emh, saya kerja kat tol gombak."

oh, maaflah, saya tak berminat pun nak tau. harap untuk dimaklumkan. hahaha.


Tapi bagaimana kalau si pemandu garang macam harimau. Yang ni memang benci sampai bila2.

Selangor bus is the “s&^%*(#” bus that I’ve ever tried. Nasib baik bukan belajar kat area KL. Kalau tak hari2 ni mulut ni tanpa berperisa berkata2. Astghfirullah, semoga allah jaga hatiku!


Cerita di atas adalah kisah benar yang memang terjadi. Hehehe. Tiada yang benar melainkan yang memang benar2 belaka.


satu lagi pemberitahuan. weekend lepas saya balik. cuti sekolah adalah waktu sesuai untuk orang kahwin. kan? mak saya dapat banyak jemputan kahwin. nanti beliau pulak ajak orang lain datang rumah. hehehe. bila orang kenduri, maka jammed teruk lah jalan. aiseh, seronok pulak tengok kenduri orang kahwin ni. hahahahaha. oit, pikir apa tu!

tanpa disangka, saya jumpa Ustaz Mat kt salah satu kenduri yang dihadiri. seronok kot, jumpa Ustaz sekolah dulu. maka, berborak-boraklah kami sebelum menjamu selera. Tq Ustaz, semoga jumpa lagi.(^_*)

jumpa kembali!

1 comment:

Nadzipah said...

ada beza ke bus dengan bas?
sama meh~
heheh

hahaha..gelak sorang2 baca n3 kali ni..

mcm nak sekeh je pak cik bas tu..buat lawak pulak dia...heheh

bila naik bas, paling tak suka bila kena dok seat dua orang. pulak tu orang sebelah lelaki..
tak tido sampai pagi la jawabnya..huhu

biasa la..musim cuti sekolah=musim kenduri kahwin..=)

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH