Thursday, April 12, 2012

cafe cinta ^^

salam 'alaik




apa khabar semua? Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk bernafas hari ni.
untuk ukhti, takziah atas pemergian Ummimu. semga terus tabah. walaupun tak kenal, dan hanya melalui blognya sahaja, saya yakin dia mampu untuk kuat. kan ukhti? :)

Selasa lepas ade Cafe Cinta bersama Dr Farhan hadi dan isteri tersayang. siapa ye? siapa lagi kalau bukan Ustazah Fatimah Syarha, di Banquet Hall, OCD, UIA Kuantan dengan tema "baju melayu meet baju kurung".

tapi yang ni saya amik daripada perkongsian sahabat pasal Cafe Cinta ni. saya pulak laju2 nak balik untuk ke usrah pulak lepas tu. dengar dalam 2 round je, round ke-3 tak sempat.T___T

tapi nak bagitaunya dengarnya suara ustazah, ALLAH, Subhanallah, meremang bulu roma. lembut. sangat lembut. patutlah Dr Farhan terpikat :)

"terima kasih tuan moderator yang unik kopiahnya, tapi cantik lagi kopiah cik abang sayang, kan abang kan?" ayat pertama ustazah.



1) Dr. Farhan, Apakah hukum bercinta sebelum berkahwin?

Kata Prof Syeikh Yusof Al-Qardawi - saya tidak memuji cinta sebelum berkahwin, kerana ia bahaya dan boleh mengundang syahwat..
...
Syeikh Muhd Sani - Perbuatan cinta sebelum berahwin tidak dibenarkan dalam Islam.

2) Ustazah... apakah kekuatan yg perlu ada kepada Muslimah utk menghalang cinta sebelum berkahwin @ mendinding diri dari godaan lelaki?

a) KEKUATAN FAHAM = faham tentang makna cinta sebenar dalam ISLAM. Rujuk kepada para ULAMA' tentang definisi cinta.. bukan rujuk filem, lagu2, drama korea..
Bertanya sesuatu kepada ajnabi (perkara yg sia2) hanyalah ALASAN utk memulakan hubungan.

Hadis : ALLAH lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu yang menyayangi anak kecilnya.

b) KEKUATAN IKHLAS = ikhlas niat kerana Allah s.w.t. dalam semua perkara yang dibuat..
Simple formula :Jika sesuatu perkara tidak dilakukan dengan ikhlas >> maka kita akan buat sesuatu kerja dengan X focus >> then, kita tak ada kekuatan utk mengingati perkara itu.

c) KEKUATAN MUJAHADAH
Mujahadah melawan nafsu, dengan membaca Al-Quran setiap hari, rajin bangun solat MALAM.

3) Dr. Farhan..... Apakah kesan bercinta sebelum kahwin?

Tak bercinta sebelum kahwin >> tiada maksiat hati, perbuatan >> dapat menjaga KEBERKATAN selepas perkahwinan.
Melahirkan perasaan Mawardah, Sakinah dan Kasih Sayang sesama pasangan.

4) Ustazah....... bagaimana seorang muslimah nak menilai calon pasangan yg terbaik utk dirinya?

Dalam Islam, perlu jaga batasan sebelum berkahwin. Dalam ISLAM juga ada konsep merisik. Jadi, tempoh merisik adalah tempoh yg terbaik utk mengenali pasangan. X PERLU COUPLE...
InsyaALLAH setiap orang akan dikurniakan pasangan yg SEKUFU dengannya. Jikadia seorang yg menjaga batas2 syariah sepanjang zaman bujangnya, maka akan dikurniakan juga pasangan yang sama2 menjaga Syariah. :)

5) Dr. Farhan ...... bilakah masa yang sesuai utk seseorng mencari pasangan@ perlukah dia hanya menunggu jodoh?

Jodoh @ pasangan perlu dicari, langkahnya.>>

a) Perlu siapkan diri menjadi seorang yang soleh/solehah..
b) bentuk jati diri menjadi Muslim yang terbaik.
c) masa utk bertindak = berbeza mengikut kondisi setiap orang..


"nak yang soleh, kena jadi solehah dulu" Dr Farhan Hadi.


audience tersangatlah ramai. memang. unexpected. maka benarlah analogi Ustaz Ridha, talk pasal cinta memang orang suka. perkataan "cinta" tu naikkan lagi orang nak pergi. walau perkatan "cint" sekalipun. hehehe.









nota 1: mid term dah habis. tapi tak pun, 1 lagi next week, postpone gara2 nak exam Advanced Analysis :(

nota 2: pertengahan semester dah berlalu. nak dekat final dah. sekejap je masa berlalu. nanti practical, lepas tu dah final year, lepas tu dotdot...hoyeeh!

nota 3: minggu ni berkampung di mega-mall sempena IIUM FEST ^^

nota 4 : Nur Amal Dhiya, bilakah tante mahu jump kamo? :(

4 comments:

Nadiah Sidek said...

talk tajuk cinta memang hangat. eheh..

hasnisyakila said...

kan akak kan?

mana2 uni memang gitu...hehehe
semangat nak tau
kalau nak compare dengan talk biasa
talk cinta lagi mendapat sambutan^^

Nadzipah said...

whoa~
apa-apa talk tentang cinta memang semua akan teruja...hee

ehem-ehem..'dotdot' itu apa ye? kiki

hasnisyakila said...

ehem-ehem-ehem....


ade la...hahaha^^

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH