salam 'alaik
bercerita mengenai little gegirl yang saya pun belum tengok wajah suci bersih ini, little gegirl dah bernama.
Wan Nur Dhia. pilihan ayahanda untuk si puteri bongsu ini.
terus saya mencelah *sibuk sungguh*. hahaha. tukar la jadi Wan Nur Dhiya.
maka diterima. suka la. ^^
berkata bundanya, nak letak Nur Amal, tetapi ditolak oleh ayah little gegirl. okeh, setakat hari tersebut (sebelum ke JPN) Wan Nur Dhiya is selected.
terus orang JPN kata sebab ayah takda wan, maka anak pun tak boleh letak wan. pelik jugak. Yusuf ada wan. rupa-rupanya untuk anak perempuan tak boleh. saya pun tidak pasti apakah sebab musababnya.
maka, wan tidak ada untuk Dhiya. jadi Dhiya boleh jadi geng Kakak dan Kak Mirah (sepupu Dhiya). hehehe.
jadi si ayah membuat keputusan, dengan mem"buang" Wan, dimasukkan kembali Amal pilihan si ibu tadi.
dan Nur Amal Dhiya, menjadi pilihan untuk si puteri ini.
terus jadi teringat ayat ni, As-shamsuddhiya' (matahari bersinar)
seindah namamu si puteri kecil, semoga dikau menjadi sinaran untuk diri sendiri, keluarga, dan yang penting menjadi sinaran untuk agama.
counting days to meet you little gegirl, walaupun tak pasti lagi bila nak pergi T___T
No comments:
Post a Comment