salam 'alaik
jam 6.30, mendapat panggilan daripada Ma, mengatakan guru mengajar mengaji saya kembali ke rahmatullah selepas asar tadi. Jam sebegitu jarang mendapat panggilan daripada Ma melainkan saya yang missed call.
Innalillahi wainna ilaihi raji'uun.
Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali.
Pertama kali tahu beliau sakit, saya berpeluang melawatnya di rumah untuk pertama kalinya. Tangan yang lesu saya salami dan pipi yang hampir cengkung saya cium. Nampak perubahan berbanding sebelum ni.
Raya kedua baru-baru ini, saya sekali lagi melawat beliau. Masa puasa langsung tak pergi. Agak terkilan. Alhamdulillah, nampak lebih sihat daripada sebelum ni.
"rasa sedih puasa baru ni, tak dapat buat apa-apa seperti puasa lepas".
Itu yang diberitahu. Sehinggakan beliau menangis di pagi hari, saat terdengar azan subuh di masjid. ALLAHU ALLAH. Saya speechless. Beliau orang hebat, yang saya kagumi.
Mungkin kalau kita berada di situasi sedemikian, akan ada perasaan begitu. Tatkala nikmat sihat ditarik DIA untuk diuji sejauh mana hamba-NYA itu redha.
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah!
“Dan Allah tidak akan menunda kematian seseorang apabila
waktu kematiannya telah datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu
kerjakan.”
[Surah Al-Munafiquun:11]
" Dan
bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila
datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan
tidak dapat pula mereka dahulukan."
[al-Araf:34]
Mari bersama-sama bermuhasabah diri. seandainya hidup kita tidak lama, apa bekalan yang kita ada untuk di"present"kan dihadapan Raja sekalian alam kelak.
Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment