Alhamdulillah, hari ni 25 Oktober, 9 Zulhijjah atau lebih
dikenali dengan hari Arafah yang mana hari Jemaah haji melakukan wukuf di Arafah.
Pada hari tersebut kita digalakkan untuk berpuasa sunat seperti mana sabda nabi
SAW
“ Puasa pada hari arafah aku mengharapkan supaya dihapuskan
dosa pada tahun sebelumnya dan selepasnya” [Riwayat Muslim]
Disunatkan untuk berpuasa bagi mereka yang tidak mengerjakan
haji. Bagi mereka yang sedang
berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa.
Rasulullah SAW juga bersabda
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH
selain daripada hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya
bertahlil, bertakbir dan bertahmid’
[Riwayat Ahmad]
Akhir kata, mari menambah amal sebagai bekalan untk dibawa
kelak. Mari mempertingkatkan semaian di dunia supaya tuaian kita di sana tidak
mengecewakan. Semoga ALLAH menerima segala amalan-amalan baik yang kita lakukan
di dunia ini.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH
dan carilah wasilah untuk mendekatkan diri kepada-NYA. Dan berjihadlah di
jalan-NYA agar kamu beruntung”[Al-Maidah;35]
pengorbanan Nabi Ibrahim dijadikan teladan,
kesanggupan Nabi Ismail bukan paksaan,
menerima perintah Allah dengan yakin,
menjadikan si buah hati sebagai korban.
nota 1: Selamat menyambut hari raya Aidiladha untuk seluruh umat Islam di mana sahaja berada. semoga pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menjadi pengajaran untuk kita selama-lamnya
nota 2 : Menonton Adam dan Hawa scene di Mekah membuatkan hati membuak-buak untuk menjejakkan kaki ke sana. ALLAH. Tengok cerita pun sudah tergambar ketenangan tempat suci itu, apatah lagi kalau diri sendiri yang melangkah ke sana.
Semoga ALLAH memberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana. my wish in my life !
No comments:
Post a Comment