Thursday, December 6, 2012

December; terakhir untuk 2012

Assalamu'laikum wbt




Sudah di bulan terakhir tahun 2012. Begitu juga saya, membilang detik terakhir lecture. Hanya ada 2 minggu lagi sebelum final examination bertamu. Begitu pantas masa berlalu. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis. Jumaat, Sabtu dan Ahad cuti. Terus bersambung lagi. Dan seterusnya. Insha-ALLAH :")

Namun, hari-hari terakhir di tahun terakhir ni ternyata sibuk memanjang. Walaupun ada masa untuk beron9, tapi kerjanya banyak. Minggu depan presentation proposal, quiz terakhir untuk Stochastic dan berusaa untuk menghabiskan topic. Doakan saya :")

December 2012, sudah 6 hari berlalu. menjangkau ke 2013. Bertambah lagi umur. Insha-ALLAH.



Semasa perkongsian usrah sebentar tadi, kami mengulas mengenai ikhlas. Apa definisi ikhlas yang sebenarnya. Susah nak define ikhlas. Tapi kalau yang biasa kita dengar, ikhlas adalah melakukan sesuatu hanya mengharapkan balasan daripada ALLAH. Bagaimana nak menggapai 'status' ikhlas dalam diri? Bersama kita perbaharui niat dan sering mengingatkan diri bahawasanya apa yang kita lakukan hanya kerana ALLAH. 

Saya masih ingat, tadi nak print borang task daripada lecturer mengenai promosi tabung masjid. Tangan bergerak tapi dalam hati merungut kenapa sir suruh buat itu ini. Dan sesungguhnya ALLAH memang membalas keburukan hamba-hamba-NYA.  Semua yang saya print tadi tak menjadi plus tersalah print. Terpaksa print lain. :(

Kalau ALLAH nak tunjuk sekejap je. Tak perlu tunggu. ALLAH "bayar cash!"
Astaghfirullah!

Nak masuk penghujung semester ni rasa macam-macam. Agak down sedikit. 'Syndrom' nak dekat final la katakan :P

Jadi banyak lagi yang kena diperbaiki untuk kehidupan ini. Bermujahadah untuk syurga yang 'sweet' itu. Siapa yang tak nak.


"Dan mereka yang bermujahadah demi Kami, pasti Kami bimbing mereka  ke arah Kami. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang membuat kebaikan"
[Al-Ankabut: 69]



Semoga diberi kekuatan untuk segala urusan. Jangan mengejar keperluan hidup tanpa tujuan hidup. Jangan mengejar tujuan hidup tanpa keperluan hidup. Seimbangkan antara keduanya :")



REBAH; bukan petanda kita lemah dan lelah. Tetapi ia adalah tangga-tangga usaha yang perlu didaki untuk sampai ke kumuncak :")
Jangan rebah ketika hampir ke garisan penamat!




“Berangkatlah dalam keadaan ringan ataupun berat!”
 Haaza Min Fadhli Rabbi :")








Nota 1: Malam ni opening ceremony IKOD di UIA. Bersama Mat Luthfi. Hmm, talking about him, saya bukanlah peminat tegar beliau. Tapi video beliau salalu jugak la tengok :")
So, tak pergi malam ni masih lagi okey. Jadi saya 'gegarkan' IKOD esok pagi. hehe :D

Nota 2: Tak sabar jumpa semua orang :")


 


No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH