Kaki melangkah dengan bersemangat. Salam diberi tangan dihulur. Lutut dirapatkan menandakan liqa' bakal bermula. Alhamdulillah :")
Alhamdulillah, ALLAH menggagahkan hati dan jasad untuk
berusrah pada hari ini. Semoga apa yang dilakukan ini mendapat redha ALLAH.
Al-quran dibuka dan dibaca berserta Tadabbur Al-Quran.
Pemahaman kita yang berbeza tetapi kita tetap melagukan
ayat-ayat cinta-NYA yang sama, menuju ke satu destinasi yang sama.Sirah Rasulullah dan sahabat-sahabat diimbas kembali.
Impian kita tetap sama. Ingin menjadi seperti mereka
serikandi-serikandi Islam terdahulu. Agar ada sedikit sifat mereka dalam diri.
Akhbar islami
Peka dan cakna isu semasa. Kita bukan keseorangan, kerana
kita ada saudara untuk dipedulikan.
Hadis
Mutabaah amal
Kita punyai impian untuk sampai ke tangga teratas yakni ustaziatul
alam. Kita punyai cita-cita untuk cemerlang di tangga pertama sebagai individu muslim. Keinginan dan
cita-cita itulah yang melengkapkan mutabaah amal kita. Dengan satu tujuan iaitu melangkah ke tangga seterusnya dengan bergaya dan berani :")
"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"
[Ar-Ra'd:11]
"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah"
[Mustafa Masyhur]
[Mustafa Masyhur]
Sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang datang akan pergi apabila tiba waktu. Setiap yang keseorangan akan berteman bila tiba ketikanya. Kerana sudah ALLAH perjelaskan jodoh pertemuan hanya di tangan DIA. Tiada siapa yang berhak untuk menafikan itu.
Akhawatku,
Walaupun hanya sebentar kita bersua,
Walaupun hanya seketika kita berjumpa,
Walaupun hanya sekejap kita bersama,
Memori itu,
Ukhuwah itu,
Kata-kata semangatmu itu,
Tetap teguh dihatiku,
Sebagai peneman di kala hati merindui,
Sebagai penegur di kala hati sedang sakit,
Sebagai penguat di kala jasad sedang lesu.
Akhawatku,
Jalan tarbiyah kita masih jauh untuk dipandu,
Jalan tarbiyah kita masih panjang dan berliku-liku,
Jalan tarbiyah kita masih banyak mehnah menunggu.
Akhawatku,
Semoga kita terus thabat di gerabak ini,
Semoga ALLAH teguhkan hati ini,
Semoga ALLAH perkuatkan diri ini,
Semoga ALLAH meredhai diri ini,
Semoga engkau dan aku tetap di sini,
Di gerabak tarbiyah ini,
Untuk menyusul menuju ke syurga abadi.
Ukhuwah Fillah Abadan Abada.
Jazakumullahu Khoiral Jaza'.
Mohon maaf atas kesalahan sepanjang kita liqa' bersama.
Semoga ALLAH pertemukan kita suatu hari nanti. Insha-ALLAH :")
P/S: Walimah antunna semua nanti jangan lupa jemput ya :")
"Aku pastikan kemaafan diucapkan diakhir pertemuan kerana mungkin itu adalah pertemuan terakhir bagiku"
No comments:
Post a Comment