Hari ke-dua kami di Medan, kami bergerak ke Danau Toba yang
mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Bandar medan. Nah, kali ini tourist
guide nya ialah Sahril yang dipilih oleh Pak Ibrahim untuk membawa kami.
Pertama kali jumpa si Sahril ni, saya bingung mahu panggil apa, sebabnya umur
dia baru 25 tahun. Hehehe.
Pertama kali dia mendengar saya memanggil bapak, terus dia
kata “bapak” dengan muka terkejut. Hahaha. Lepas tu terus je panggil mas Joko.
Hahaha. Panggil abang melampau sangat pulak. Dan Sahril ni jugak macam Pak
Ibrahim, suka melawak dan kami pula tak kisah malah layan lagi dia berborak.
Jadi dia pon okey je, tak rasa malu.
Memang Si Sahril ni auta je banyak. Pada mulanya tak mengaku
sudah beristeri, Baru semalam mengaku sudah berkahwin. Hihihi. Sudah menjadi
adat kut, pemandu tidak boleh makan dengan guest. Pelik kan. Tapi kami paksa
jugak dia makan dengan kami sebagai kepala keluarga. Hehehe. Dia pon happy je
saya tengok.
Kami singgah makan tengah hari sebelum ke Parapat. Sampai di
Parapat pun dah dekat pukul 3. Rehat-rehat dulu lepas melalui jalan yang
panjang dan berliku-liku. Indonesia tidak ada highway macam di Malaysia. Jadi
perjalanan ke satu tempat akan memakan masa. Jalannya hanya melalui jalan
kampong.
Orang Indonesia ni pelik sangat dan selamba kalau kita
tengok, padahal mereka sudah biasa. Semasa kami melalui jalan kelapa sawit,
tetiba ada satu lori berhenti di tengah-tengah jalan. Saya ingatkan lori ni rosak. Rupa-rupanya driver
dia dok minum air dan bersantai tepi pokok kelapa sawit. Selok suka. Hahaha.
Alangkah lucunya negeri ini. Kih2.
Yang paling kelakar masa traffic light. Masing-masing nak
bergerak. Jadi tak tau siapa berhenti siapa bergerak. Lepas tu mula lah hon
bertalu-talu. Kadang-kadang si Sahril ni langgar jugak lampu isyarat. Tapi kami
kadang-kadang usik dia, jangan langgar peraturan bla bla. Dia hanya ya bukkkk
sambil senyum. Hehehe.
Danau Toba memang cantik. Subhanallah. Mula-mula
Nampak,terus speechless. Memang cantik. Terbentang luas macam laut. Tengok kat
depan mata pulak tu. Memang betul, Medan tidak mengecewakan kami :")
Kebetulan kami pula dapat bilik di hadapan tasik. Lagi
awesome. Malam tu kami menginap di Danau Toba International Cottage Parapat.
Danau Toba merupakan Tasik terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara.
Di tengah-tengah tasik ni, ada Pulau Simosir. Majority penduduk di Danau Toba
ini adalah orang Batak yang menganut agama Kristian. Jadi, pasal makan-makan
sangat penting. Hanya sesetangah kedai je yang boleh di makan.
Malam tu kami makan malam di salah satu rumah makan Muslim.
Makanan macam yang kita masak je. boleh diterima la. Dulu ingat datang Medan
tak selera makan, tapi rupa-rupanya sedap. Hehehe.
suasana malam di Danau toba sangat sejuk. Lepas makan malam,
Sahrul hantar kami balik ke bilik.
Tapi sebelum tu kami borak-borak dulu sambil
minum nescafe panas. Wah, masuk. Hehehe. Nak suruh dia compare mana lagi sedap
yang Malaysia ke yang Indonesia punya. Katanya sama, tapi Milo beza. Yang di
Malaysia lagi enak. Welllllll!
Macam-macam yang diborakkan, sampai lah diceritakan jugak
zaman sekolah menengah atasnya yang terkenal sebagai otai. Hehehe. Nakal
sungguh.
“Makanya saya jadik supir buk”. Merendah diri.
"Dan DIA mengendalikan apa yang DIA ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian,
terdapat tanda kebesaran ALLAH bagi kaum yang mengambil pelajaran."
[An-Nahl:13]
NOta 1: Merindui keindahan dan kecantikan Danau Toba :")
No comments:
Post a Comment