Friday, April 12, 2013

Special post;PRU 13

Salam 'Alaik





Nah, rentetan PRU di Malaysia :")



  • 19 OGOS 1959-PRU 1
  • 25 APRIL 1964-PRU 2
  • 10 MEI 1969- PRU 3
  • 24 OGOS 1974- PRU 4
  • 8 JULAI 1978- PRU 5
  • 22 APRIL 1982- PRU 6
  • 3 OGOS 1986- PRU 7
  • 21 OKTOBER 1990- PRU 8 (Setahun selepas kelahiran)
  • 25 APRIL 1995-PRU 9
  • 29 NOVEMBER 1999- PRU 10
  • 21 MAC 2004- PRU 11
  • 8 MAC 2008- PRU 12
2004- saya masa tu form 3. Sebut pasal PRU, ye tau hari mengundi. Tapi sebenarnya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. 2008, tahun kedua di UIA PJ. Pun begitu, ambil tahu sikit-sikit. Yang pasti, suasana PRU di kampung saya hebat. Hahaha. Both of the parties i meant. Yang muda-muda ni siap berarak lagi sambil kibar bendera. Markas-markaz parti 'hangat' di waktu malam. Ye la siang hari orang bekerja :") 
Bendera-bendera gagah berkibar. Tak lupa juga poster, banner malah bunting sekalipun.

  • 5 MEI 2013- PRU 13 (Insha-ALLAH )
Tahun ni, Insha-ALLAH saya sebagai pengundi baru. Hehehe. Semangat ni :D
Semalam masa dalam perjalanan dari Kuantan, sepanjang perjalanan bendera-bendera gagah berkibar  di Terengganu. Besar, kecil, sederhana semua ada.
Di Kelantan saya tengok bendera 'tak lebat' lagi. Mungkin dalam proses. Hehehe.Tapi kat depan rumah saya dah banyak bendera.

Kalaulah arwah ayah masih ada, confirm kena marah siapa yang letak bendera "b**u" depan rumah. Hahaha. 


Bila baca comment di FB mahupun di blog-blog mengenai PRU, memang betul kalau tidak ditangani dengan betul boleh menimbulkan perbalahan. Setiap individu mempunyai hujah-hujah yang tersendiri yang mana boleh jadi betul atau tak betul. Tapi bagi saya, untuk tidak memihak kepada mana-mana parti, jangan terlalu obses

Kita ada sumber yang boleh dipercayai. Rujuk mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Jangan hanya tahu komen sahaja walhal kita tak tahu betul ataupun salah. 


"Bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya."
[Surah An-Nahl:43]


Semoga ALLAH memudahkan urusan PRU yang akan datang. Insha-ALLAH. Sebagai rakyat yang marhaen, kita berhak dan perlu bijak memilih apa yang terbaik untuk kita dan juga bumi Malaysia. 




Biarlah undi itu menjadi rahsia kita dan ALLAH :")

Selamat mengundi. 
Tepuk dada tanya iman. Fikir dulu sebelum memangkah. Anda bijak dalam membuat keputusan.





"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.  
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
 dan lebih elok pula kesudahannya."
[An-Nisa'59]





 

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH