Saturday, August 21, 2010

Masih kuingat (8) : ~21082009-21082010~

assalamualaikum wbt.....


AL-FATIHAH buat arwah ayahanda tercinta...genap setahun pemergianmu hari ni...bersamaan 11 RAMADHAN 1431H....



Genap setahun kau pergi meninggalkan kami,

Pemergianmu yang memberikan seribu kenangan kita bersama,

Genap setahun aku kehilangan seorang ayah,

Setahun sudah tanpa kasih seorang ayah,

Setahun sudah tanpa sentuhan semangat seorang ayah,

Setahun sudah tanpa gelak ketawa seorang ayah,

Setahun sudah aku merinduimu,


Seringkali air mataku jatuh tatkala melihat gambar-gambarmu,

Gambar yang menjadi kenangan buat anak-anakmu,

Gambar yang menggantikan perasaan rindu anak-anakmu,

Itu sahaja yang mampu kami lakukan,

Disamping doa buatmu yang tidak pernah putus dari bibir,


Peristiwa setahun lalu terus berputar di fikiranku,

Terbayang wajahmu menahan sakit,

Teringat detik-detikku menemanimu,

Betapa aku tidak sanggup untuk melihat keadaanmu ketika itu,


teringat kembali detik-detik kau dikafankan,

menunggu kepulangan anak-anak dan cucu-cucumu,

untuk melihatmu buat kali terakhir,

untuk mencium dahi mu buat kali terakhir,

bagaikan terbayang jasadmu diangkat semasa meninggalkan rumah,

sebagai tempat yang meninggalkan memori-memori indah kita bersama,

bagaikan terbayang jasadmu diangkat untuk dikebumikan,

bagaikan masih terbayang jasadmu di ruang itu,


seperti aku terdengar esakan yang mengiringi pemergianmu,

terbayang kesedihan yang kami lalui setahun yang lalu,

terbayang gugurnya air mataku tatkala menatap wajahmu yang tak bernyawa itu,

terbayang gugurnya air mataku diwaktu mencium dahimu buat kali terakhir,

terbayang gugurnya air mataku di saat jasadmu diangkat,

terbayang gugurnya air mataku diwaktu pertama kali menziarahi pusaramu,

terbayang gugurnya air mataku dipagi hari raya pertama tanpamu disisi,

bagaikan ia terus melekat di fikiranku,

begitu sukar untukku melupakan semua itu.


Walaupun setahun sudah kau menyambut panggilan ilahi,

Tak pernah sedikit pun aku melupaimu,

Rinduku untuk mencium tanganmu,

Rinduku untuk memelukmu,

Rinduku untuk menatap wajahmu,

Rinduku untuk mendengar suaramu,

Rinduku untuk terus bersamamu,

Terubat rinduku dikala aku membaca ayat-ayat suci buatmu,

Terubat jua rinduku apabila melihat gambar-gambar kita bersama,


Tidak dapat dinafikan,

Diriku sungguh merinduimu wahai ayah,

Tak terucap oleh kata-kataku kerinduan untuk bersamamu,

Namun hanya ALLAH yang menentukan segala-galanya,

Semoga kau tenang di sana,

Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,


Terima kasih ayahku kerana telah mendidikku,

Akan kuingat kembali segala tunjuk ajarmu,

Akan ku kenang kembali segala nasihat-nasihatmu,

Sebagai panduanku pada masa kelak,

Terima kasih ayahku atas segala pengorbananmu,


Terima kasih YA ALLAH kerana kau mengurniakan aku seorang ayah yang baik,

Terima kasih YA ALLAH kerana meminjamkan aku kasih seorang ayah,

yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai ke bila-bila.


~Bahagianya hatiku,nikmatnya hidupku dengan sentuhan kasih seorang ayah selama 20 tahun…~



....Ayah saya….

Banyak yang boleh diungkapkan mengenai ayah saya…beliau seorang yang tegas dalam mendidik anak2….walaupun kadangkala sifat tegasnya tidak ditunjukkan…namun dari sudut hatinya,beliau mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya….

Ayah dahulu seorang guru…ya mungkin kerjayanya yang membuatkan beliau agak tegas dalam mendidik kami adik beradik…mengikut bekas cikgu dulu,beliau kata ayah sangat garang bila mana tak ingat sifir....hehehe....ok jugak kan?

dimarahi atas sebab2 tertentu adalah perkara biasa…yang mana mampu mengingatkan kami supaya tidak mengulangi lagi perkara tersebut….masa kecik2 dulu,kami dititikberatkan untuk mengaji quran dan….kalau tak pegi mengaji memang confirm kena marah….

Jadi tidak hairanlah jika sebahagian kakak2 dan abang2 saya memilih guru sebagai kerjaya mereka selain jurutera dan pensyarah….dari sudut hati beliau,nak juga salah seorang anaknya memilih kerjaya doctor,tapi itu semua tidak menarik minat…cukuplah dengan bermenantukan seorang Dr Fariza dan Prof Kamariah….manalah tahu rezeki cucu-cucumu kelak..Insya-Allah….

Alhamdulillah,berkat kesabaran arwah ayah dan juga bonda tercinta, semua abang2 dan kakak2 semuanya sudah memegang jawatan dalam bidang masing2….yang tinggal hanya kami berdua yakni saya dan kakak…beliau baru sahaja tamat belajar dan sedang menunggu untuk berkhidmat…dekat rumah pun sunyi takde orang....riuh bila masa cuti sekolah saja....boleh dengar suara anak2 kecil berteriak masa bergaduh sesama mereka....(^-*)

pernah sekali singgah di kedai milik kawan kepada arwah ayah...beliau cakap "tenang ayah pergi..anak2 dia dah berjaya semuanya...kalau pak cik takde sekarang,susah la...anak2 kecik lagi."...dan saya...diam seribu bahasa...takde komen...hanya memandangnya dengan pandangan kosong....

ALLAH dah tetapkan atas apa yang berlaku ke atas kita..siapalah kita untuk menidakkan.....


firman ALLAH dalam SURAH AL-A'RAF' ayat 34 :

"setiap manusia mempunyai ajal....Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan walaupun sesaat."



i miss you damn much my father!!!!


wassalam


Thursday, August 19, 2010

catatan Ramadhan (2) : puasa dan exam....


salam a'laik....


ALHAMDULILLAH,sudah hari ke-9 kita berpuasa...dan saya selaku student UIA sudah menghampiri mid term exams....huhuhu....kejap je dah masuk tengah sem....rasa cam baru je register sem baru...hehehe.....

puasa dan ke kelas..oh sangat mencabar...hari biasa kamu mengantuk,kamu boleh teguk air.. ..buat hilang rasa mengantuk..situasi sekarang takdenya kamu nak minum air...buatlah kalau rasa tak malu...hahaha....

dan sekarang assignment agak la banyak....dengan nak exam lagi before balik cuti raya ni...semuanya rasa macam rushing je...hohoho....
bila balik je kelas waktu petang terasalah penatnya.....jadi malas nak study...eceh.....

malam pulak mengantuk punyalah awal....ish2222....macam mana study ni...risau gak....I'm not ready to take the coming exam.....
sudahnya planning untuk pulang ke rumah terbantut sama sekali...tak dapat lagi buka puasa ngan ma...huhuhu....sampingan...tak dapat jumpa orang tu...next week,dia dah nak balik Korea...huhuhu....



important date before going to my hometown....

21/8/2010 --------- setahun sudah pemergian arwah ayahanda tercinta ke rahmatullah
25/8/2010 --------- introduction to statistics 30/8/2010 --------- UNGS 2050 K 2/9/2010 ----------- mathematical methods
juga hari hurey2....sebab?
--- last exam b4 balik even lepas tu ade 2 paper lagi... --- nak balik...rindu nak buka puasa kat rumah....


semalam ifthor CTS 091....seronok jugak...berbuka puasa dan solat terawikh sama2.....gambarnya tidak dapat disiarkan atas sebab yang tidak membawa kamera...hahaha....

semoga ALLAH kurniakan saya kesabaran untuk menempuh hari2 yang mendatang.....diberikan kecerahan hati dan ketenangan fikiran untuk menuntut ilmu.....doakan saya dapat menempuh exam dengan jayanya...INSYA-ALLAH....



wassalam....

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Kareem : Kenapa perlu sahur?



salam a'laik.....


ALHAMDULILLAH,ALLAH beri kita kekuatan untuk terus berpuasa hingga ke hari ni yakni puasa hari ke 5....maknanya sudah 4 hari kita berjaya menahan dan menjaga nafsu dari perkara2 yang tidak baik.....

kenapa bila kita puasa dalam bulan RAMADHAN kita disunatkan untuk sahur...kalau ikutkan tak sahur takpe kan...kalau puasa sunat tu kita tak sahur pun kan?
walaupun kita hanya minum seteguk air,besar pahalanya kita mengerjakan sahur....

sebenarnya amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud:
“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.
Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata:
“Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.

Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. kalau hari2 lain pun kita ambil sarapan pagi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. begitu juga dengan sahur yang diibaratkan seperti sarapan pagi untuk kita berpuasa, yang mana dapat membekalkan tenaga untuk kita menahan lapar dan dahaga sehingga ke petang.
Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.


“Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”

:: Surah Ali Imran, ayat 15 - 17 ::


sumber rujukan : iLuvislam.com

wallahua'lam....



~selamat mengerjakan ibadah puasa~


wassalam

Friday, August 13, 2010

catatan 3 Ramadhan

Assalamualaikum wbt....


ALHAMDULILLAH...dah tiga hari kita semua berpuasa....syukur kepada ALLAH SWT kerana diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh puasa setakat ni....seronok buka puasa ramai2 dengan kawan-kawan yang tak mungkin adanya waktu begini kalau dengan family...tapi kalau buka puasa dengan family lagi seronok bukan???

rindu nak buka puasa kat rumah...kalau ikut memang nak balik minggu...tapi disebabkan "si dia" plan nak balik kena postpone...huhuhu....apa boleh buat...petang tadi terpaksa mengadap "si dia" yang agak la susah..macam mana nak score tak tau...

yang sebetulnya petang tadi ada test aka exam FINANCIAL ACCOUNTING....sebab tu la tak jadi balik...jealous haku ngan budak2 yang balik...HUH!
hari ni pulak adalah hari yang penat...eceh....tu lah sapa suruh buat keje last minute..itulah jadiknye....study dan buat assignment....tak ke nampak banyak tu....

tahun ni puasa sama ngan roomate baru...hehehe...mereka tersangatlah best....sahur sama-sama....buka puasa sama-sama....memang seronok....jazakumullah....kamu semua memang terbaik!!!!!

malam ke-4 terawikh,musolla cf sister penuh...ALHAMDULILLAH...ALLAH kuatkan iman dan kesabaran kita untuk turun solat terawikh....walaupun solat sunat tapi bukan untuk semua bulan-bulan dalam islam....special untuk RAMADHAN KAREEM sahaja...

itu yang kita nak tengok...harap2 sampai ke penghujung puasa...INSYA-ALLAH...

itu sahaja laporan saya untuk Ramadhan 3 1431H...(^-*)

Ramadhan bulan ibadah,
bulan kerahmatan dan keampunan,
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda....


~semoga ibadah pada hari ini lebih baik dari semalam~


wassalam.....

Tuesday, August 10, 2010

Masih kuingat (7) : ~detik itu terimbas kembali~

salam a'laik....


Alhamdulillah,kita masih dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan untuk berpuasa pada Ramadhan kali ni….terima kasih YA ALLAH….esok ni kita start puasa ramadhan 1431H…..Insya-ALLAH....dan malam ni dah start solat terawikh....bulan yang kita tunggu-tunggu kedatangannya…akhirnya datang jua dalam keadaan kita yang bersiap sedia untuk bertemu dengannya….yang memberi keberkatan pada kita sebagai hamba ALLAH….Nikmatnya berpuasa…..lapar dan dahaga bukan alasan kita untuk bermalas-malasan untuk berpuasa….

Tahun ni tahun kedua kami menyambut Ramadhan tanpa arwah ayah…teringat kembali detik-detik pertama Ramadhan kami tahun lepas…Ramadhan pertama dengan kesedihan orang tersayang….keghairahan nak sambut Ramadhan macam dah takde…


********************


Detik itu kembali terimbas di fikiran.....detik yang mana saya kehilangan ayah buat selama-lamanya pada malam pertama terawikh tahun lepas....Masih lagi saya ingat malam pertama berterawikh yakni 21 ogos 2009, keadaan arwah ayah boleh dikatakan tenat sejak dari petangnya….kami semua dah ready untuk pulang walau apa jua yang terjadi….kesediaan Ma jua untuk memulakan Ramadhan dalam suasana di hospital…namun ALLAH yang menentukan segala-galanya….

Sejak petang hati tak tenang fikir pasal exam dan juga pasal mesej yang saya dapat dari kakak….walaupun kandungannya meminta supaya saya tidak risau dan focus untuk exam…..kalau tiada apa2 beliau minta saya tidak pulang….

Malam tu juga kami dapat mesej meminta untuk mempercepatkan balik ke rumah…termasuklah saya…ingat lagi malam tu kakak amik kat hostel….masa tu keadaan arwah ayah dah kritikal…tak sempat nak masukkan ke ICU….bersiap ala kadar,terus keluar dari mahallah dan menuju ke pondok jaga kat main entrance…

Sekejap je saya turun isi apa2 yang patut….balik semula ke kereta kakak cakap ayah dah takde…TEPAT 10.31 malam,arwah ayah sudah pergi meninggalkan kami....INNALILLAH…..rasa macam tak percaya…baru saja kami semua nak pulang berpuasa sama-sama esoknya…

Masa tu kat hospital ada Ma,Abg Ja,Abg Man dan Kak Ayu…kakak saya yang sorang lagi balik rumah dan kembali ke hospital malamnya dengan juadah sahur terkejut bila sampai hospital ayah dah takde….anak saudara arwah ayah iaitu pelawat setia masa arwah ayah kat hospital juga tidak sempat datang masa arwah dalam saatnya berhadapan dengan sakaratulmaut….dia tiba sejurus selepas arwah pergi buat selama-lamanya…..

Malam tu juga saya dan kakak sekeluarga pulang ke rumah…..rumah yang memberikan seribu satu kenangan buat kami semua…jenazah arwah sampai kat rumah lebih kurang pukul satu….masa tu dah ramai jiran-jiran yang menunggu kepulangan jenazah sejurus mengetahui berita ni…

Saya sampai rumah 6.45 pagi 1 RAMADHAN…..sampai je tak sanggup nak masuk rumah…tak sanggup nak jumpa Ma…tak sanggup nak tengok arwah ayah….tak sanggup rasanya nak jumpa semua orang yang semuanya menitiskan air mata tatkala saya menyalami mereka….yang paling tak sanggup mak saya….teresak-esak dia menangis sambil peluk anaknya…..tak pernah saya tengok beliau sesedih itu…

Tanggal 21 ogos 2009 bersamaan 1 ramadan 1430H pergilah ayahanda tercinta buat selama-lamanya…yang membuatkan kami seakan-akan tidak percaya akan pemergiannya…..jenazah arwah disempurnakan selepas solat zohor disamping anak-anak dan saudara-mara….

Puasa pertama saya tanpa arwah ayah…..setahun yang lalu....petang tu masa nak berbuka air mata masih lagi keluar…..teringat detik2 bersama..teringat masa arwah dikafankan sebentar tadi….teringat segala-galanya….seakan-akan Nampak arwah ayah duduk kat kerusi di ruang tamu….

Dua hari lepas tu saya kembali ke kolej….beratnya kaki nak melangkah pergi…dengan fikiran boleh ke aku ni…kuat ke aku…saya jadi tak kuat bila bersalam ngan mak….tahan punya tahan tapi mengalir juga air mata masa bersalam tu….begitu juga mereka2 yang mengiringi saya masa nak balik masa tu…


***********************


Setahun sudah peristiwa tu berlalu….Bermakna setahun sudah arwah ayah takde....tahun ni juga tahun kedua puasa tanpa arwah ayah jika dipanjangkan umur untuk puasa esok....tapi masih terasa lagi...rindu sangat2...rasa macam nak menangis...(tapi mata sudah berair...)...

semoga ALLAH kurniakan saya kekuatan dan ketabahan...INSYA-ALLAH....

rindunya nak berpuasa sama2.....sungguh...rindu yang teramat sangat......sangat2.....


MASIHKU INGAT,
Kenangan kita berpuasa bersama,
Persoalan yang sering timbul di bibir mu,
“hari ni nak makan apa”,
MASIHKU INGAT,
Kita bersama-sama solat berjemaah,
Bersama-sama menikmati juadah kegemaran,
YA ALLAH,indahnya pada waktu itu,

MASIHKU INGAT,
Puasa terakhir kita bersama,
Ramadhan 1429H,
NAMUN,tiada lagi saat-saat yang indah begitu,
Ramadhan 1430H tanpamu disisi,
Begitu juga dengan Ramadhan 1431H,
Buat selama-lamanya….
Sesungguhnya aku merindui detik itu..



tabahkan hati ....tenangkan hati....doa banyak2....
~LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA...~

wassalam.....

Sunday, August 8, 2010

ahlan wasahlan ya RAMADHAN....~

assalamualaikum wbt....



Seringkali aku menunggu kehadiranmu,
Setiap masa aku menghitung kedatanganmu,
Bagaikan sudah lama tidak bertemu denganmu,

tidak dinafikan aku tidak sabar untuk menghadapimu.

Kau datang dengan seribu keberkatan,
Kau datang dengan penuh pengajaran untukku sebagai seorang hamba ALLAH,
Kau mengajarku erti kesabaran dan kepayahan,
Kau mengajarku mengenal erti lapar dan dahaga,
Kau mendidikku tentang nikmat syukur,
Kau mendorongku untuk tidak melupakan kesusahan orang lain,
Sememangnya kehadiranmu yang tidak dikesali oleh semua orang,
Malah disenangi bukan dirisaukan.

Doaku pada ALLAH,
Supaya memberiku kesihatan tubuh badan,

Dan umur yang panjang untuk terus bersua dengan mu pada kali ini,

Ingin sahaja aku terus bersua dengan mu setiap waktu dan ketika,

Namun,kehadiranmu hanyalah 1 daripada 12 bulan-bulan dalam islam,

1 bulan dengan pahala berganda untuk hamba-NYA yang beribadah,
Tidak rugi penantianku terhadapmu,

Dengan limpahan rahmat yang tidak terhingga,
Yang memberi ketenteraman buat setiap insan,
Yang boleh Melatih manusia untuk terus membaiki diri kearah yang lebih baik.

Ya ramadhan Al-Mubarak,
Kedatanganmu dinantikan…..
Kedatanganmu di alu-alukan,

kedatanganmu dirindui,
kedatanganmu yang membawa keberkatan.


YA ALLAH, Aku bersyukur atas segala nikmat yang kau kurniakan kepadaku…. Kurniakanlah aku kekuatan untuk terus beribadah kepada-MU pada bulan mulia ini… berikanlah aku kesabaran dan ketabahan untuk menghadapinya..... Amin….


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


***********************

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua umat Islam diseluruh dunia teristimewa buat MA,ABANG2 DAN KAKAK2 tersayang tak kira dimana jua anda berada........

puasa kedua kita tanpa arwah ayah.....may ALLAH bless him.....nanti kita balik buka puasa ramai-ramai kat rumah.....buka ngan cendol...sedap2...hehehe....

buat anak-anak sedare, espescially yang baru belajar puasa sapa2 yang puasa penuh sukila bagi gula-gula...hahaha...nak bagi duit tak keje lagi....sabar eh....(^-*)

**************************


Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.
Inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.
Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia.

Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.




salam kemaafan buat semua.....




wassalam

Friday, August 6, 2010

perihal tiket raya...~

salam a'laik....


puasa belum lagi...tiket balik raya dah keluar...ape kes??????
itulah reality dari dulu sampai sekarang...i guess...lagi-lagi kalau nak beli tiket ke arah negeri cik siti wan kembang neh...punya la susah kalau lambat beli....disebabkan tiket habis...lebih2 lagi pada musim perayaan.....huhuhu...

jadi disini kesimpulan boleh dibuat bahawasanya ramai rakyat kelantan di perantauan...ye tak??????mestilah betul...tengok je kakak2 dan abang2 saya....Johor ada,Pahang ada,Penang ada,kalau kat KL lagi la ramai....sampai pening nak singgah rumah sapa dulu.....

ini membuktikan bahawa rakyat2 kelantan ni terdiri dalam jumlah yang ramai...ye ke????entah la.....kalau tengok mana2 ade je...hehehe....dan mereka ini semuanya hebat2...ini adalah satu pujian yang ikhlas....hahaha....

disebabkan rumah kat kelantan,so kena lah "excited"kan diri untuk membeli tiket....HA HA HA HA....terutamanya untuk balik raya ni...boleh saja mentumpang kakak2 atau abang2,tapi saya nak balik cepat...pihak mereka kena urus banyak benda....yang boleh melambatkan keadaan...



kalau tak tunjukkan keseriusan memang confirm tak sempat beli.....tak nak lah saya peristiwa kena tinggal bus berulang kembali....balik masa cuti sekolah....pergi2 stesen plak bus dah gerak...HUH,hambik kau!!!!!
nak beli tiket lain dah confirm terang-terangan kat board kaunter tiket "TIKET SUDAH HABIS"...

mencari tiket di musim perayaan begitu annoying...tidakkah????ye la..kalau lambat tiket habis...kalau beli cepat nanti orang kata over plak..tapi yang penting kita happy....nasib baik duduk dekat kan....tak la susah2 payah merentas laut nak pulang...macam kamu kat oversea tu...hehehe...


i've got my ticket already....HA HA HA....don't be jealous...can't wait that time.....may ALLAH gives me patience and strength.....




RAMADHAN is around the corner......be prepared for it....make use of that month to perform our ibadah in order to attain ALLAH 's pleasure......may ALLAH bless all of us...i begged for forgiveness for what i had done.....




wassalam.....

Thursday, August 5, 2010

Masih kuingat (6) : ~FATHER~



in the name of ALLAH the most gracious most merciful.....



FATHER,

The simplest word that I’ve ever known,

The easy word that I’ve ever used,

The first word that I’ve ever learnt,

The magic word that inspired me enough,


FATHER,

The best man that I’ve ever met,

The first guy that used to read the iqamah to my ear,

In the year of 1989,

The caring person that I’ve ever seen,

The loving father that I’ve ever had,

The wonderful person that taught me about life,

The greatest man that highly motivated me,


FATHER,

The person that I’d love to,

A lovely dad that I miss since he went away,

A good father that never give up in his life,

A responsible person to his family,

A dependent father to his children,

A kind grandfather to his grandchildren,

That always makes me remember you.


FATHER,

A nice, gentle man that I’ve ever met,

A caring, thoughtful person that I’ve ever had,

A great dad for the rest of my life,


FATHER,

Nothing much to say,

You are the best father that I’ve ever had,

You are the wonderful person that encouraged me,

You are the person that always makes me happy,


FATHER,

The time with you was a memorable experience for me,

Nobody can deny it,

I’d really miss your smile, your face ever after,



Thank you ALLAH for sending me such a great father,

ALHAMDULILLAH,

may ALLAH bless my father.....AL-FATIHAH!




wassalam.....

Monday, August 2, 2010

cerita musim buah...~



assalamualaikum wbt....


weekend hari tu balik rumah....unexpected planning...sebenarnya nak pegi ke Janda Baik...tapi lain pulak jadinya....mak bercerita buah-buahan banyak...bila nak balik...nanti lambat2 habis plak...masuk bulan puasa ni mungkin dah takde....

haish...rugi lah kalau tak balik..so,plan to Janda Baik was successfully postponed....hehehe....kami pun pulanglah ke rumah untuk merasa musim buah kali ni..tapi tak semua balik...takpe,yang tak balik kiriman tetap ada untuk anda...hehehe...don't you worry....

kalau ikut tahun lepas musim buah mase mula2 arwah ayah masuk wad...kami pulang melawat arwah disamping merasa buah-buahan yang dah masak...sepagi di kebun dan selebihnya di hospital...hampir setahun dah berlalu....

tahun ni pun buah agak la okey...sampai tak tau nak buat apa dah...nak jual konfem tak laku sebab banyak sangat....last sekali,jatuh la ia menghempap bumi dan menjadi baja kembali....ceewaahhh....hehehe...begitulah seadanya...

seronok tau ade kebun buah sendiri...dapatlah rasa makan buah at least setahun sekali...tapi biasanya kalau buah dah ada depan mata,memang tak rasa pun nak makan....kalau dah takde mulalah mencari...itulah...

okey..kita tengok gambar...ade la sikit2...hehehe...sampai kat kebun pun bawak kamera...tak tau nak kata apa dah...yang penting kita happy....happy,happy,happy...(^-*)



rombongan cik kiah ke kebun....silalah bawa peralatan yang cukup...hehehe..~



wah,durian...~



sayangnye...dah buruk,...huhuhu,,,,



"cucu" durian...kecik sangat...hehhee..cumil tak????



ya....ini dia....duku yang sedang menguning....boleh "mencairkan" bibir bagi sesiapa yang melihatnya....hahaha....





wah,,,dipetik terus dari ladang...gaya cam dok kat "ladang anggur" beb!!!!hehehe.....



ni dia...orang kuat kita...


pekena air kelapa seround...hehehe...fresh dari ladang neh...


hasil kutipan kami...hahaha......


mai,mai,mai....3 singgit,3 singgit...cepat!




haa...budak kecik ni pun balik gak...papa dia nak rasa durian...hahaha...
oh ya....gambar terbaru WAN MUHAMMAD HARITH...
sudah besar...kalau gelak sampai bunyi2 lagi....
hehehe.....


okey,,,itu saja untuk kali ini.....buah-buah pun masih banyak....best222!!!!!

p/s:
next week sudah nak start puasa....teringat kembali detik2 kehilangan orang tersayang...AL-FATIHAH!

wassalam...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH