hadis sahih yang diriwayatkan oleh BUKHARI DAN MUSLIM mengisahkan bahawa ada seorang lelaki bertanyakan RASUSLULLAH SAW....
"wahai Rasulullah...siapakah orang yang berhak aku hormati?"....
baginda menjawab..."ibumu.'
lelaki itu bertanya kembali..."kemudian?"
baginda menjawab lagi..."ibumu."
lelaki itu bertanya sekali lagi.."kemudian?"
jawab Rasulullah SAW..."ibumu."
lelaki itu terus bertanya..."kemudian siapa lagi?"
baginda menjawab.."bapamu."
baginda menjawab..."ibumu.'
lelaki itu bertanya kembali..."kemudian?"
baginda menjawab lagi..."ibumu."
lelaki itu bertanya sekali lagi.."kemudian?"
jawab Rasulullah SAW..."ibumu."
lelaki itu terus bertanya..."kemudian siapa lagi?"
baginda menjawab.."bapamu."
SUBHANALLAH...tingginya darjat seorang ibu dari pandangan Rasulullah SAW...Kemuliaan yang ada pada seorang ibu menjadi keutamaan bagi baginda sehinggakan baginda meletakkan seorang ibu perlu dihormati selepas ALLAH dan RASULULLAH....
"syurga itu di bawah telapak kaki ibu"....ungkapan tu sering kita dengar..kalau dulu fikir macam mana syurga dok bawah telapak kaki?????pelikkan....tapi sebenarnya ungkapan yang menggambarkan mulianya seorang ibu di sisi agama....kasih sayang ibu membawa ke syurga....
sesuatu yang tak dapat kita nafikan...ibu yang mengandungkan kita,melahirkan kita,menatang kita bagai minyak yang penuh,beri didikan yang secukupya,,,beri perlindungan yang terbaik....masa kita sakit, siapa yang tak tidur risaukan kita...masa kita sedih,siapa yang tak selera makan fikirkan kita...
"""tapi kenapa ramai yang keluar dari perut ibu kemudiannya tidak memahami kasih sayang dan taggungjawab terhadap ibu..."""...Na'uzubillah...
kalau kita kembali menghayati kisah-kisah tauladan yang pernah diceritakan bagaimana balasan orang yang bersikap buruk terhadap ibunya...
bagaimana ALLAH turunkan balsan kepada Alqomah yang mementingkan isterinya berbanding ibunya sendiri walaupun beliau asalnya seorang pemuda yang rajin beribadah...lalu ALLAH jadikan Alqomah sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah apabila ajalnya bertamu sehinggalah diampunkan oleh ibunya sendiri....
sebenarnya banyak lagi kisah -kisah tauladan yang boleh kita ambil iktibar....ingatkah anda pada "SI TANGGANG" anak derhaka yang disumpah ibunya menjadi batu gara-gara melupakan ibunya sendiri....
itu la sebenarnya dahsyatnya kata-kata seorang ibu....lebih tajam lagi dari sebilah pisau yang baru diasah...
Firman ALLAH...
"Janganlah kamu menyembah selain daripada ALLAH dan berbiat baiklah kepada kedua ibu bapamu." (surah Al-Baqarah:83)
ALLAH juga berfirman dalam surah An-Nahl ayat 78:
"ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan dia memberikan kepadamu pendengaran,penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur."
"Janganlah kamu menyembah selain daripada ALLAH dan berbiat baiklah kepada kedua ibu bapamu." (surah Al-Baqarah:83)
ALLAH juga berfirman dalam surah An-Nahl ayat 78:
"ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan dia memberikan kepadamu pendengaran,penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur."
ibu...adalah ratu hati kita.....
ma..adalah segala-galanya buat saya...yang tak pernah mengeluh...yang tak pernah merungut...yang sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anaknya...segala jenis benda yang nak semua dapat...nak ini dapat nak itu dapat...bukan sebab anak bongsu ye...kalau yang ini dapat kakak2 pun akan dapat gak...best kan...hehehe....
Tapi jangan lah mintak nak kawin sekarang...confirm tak boleh…..(^-*)
katakan ya pada mereka yang sayang ibu mereka....~
ibu,
doanya adalah penawar
juga racun yang berbisa
ibarat tajamnya mata pisau
yang mampu melakar
masa depan yang gemilang
buat anak tercinta
jiga dapat menghancurkan
masa depan si anak derhaka
doanya adalah penawar
juga racun yang berbisa
ibarat tajamnya mata pisau
yang mampu melakar
masa depan yang gemilang
buat anak tercinta
jiga dapat menghancurkan
masa depan si anak derhaka
(dipetik dari "DAHSYATNYA DOA IBU" tulisan SYAMSUDDIN NOOR,PTS millenia sdn bhd)
wallahua'lam...
wassalam....
No comments:
Post a Comment