Wednesday, July 7, 2010

~mahabbah..~

salam a'laik...


mahabbah????susah kan nak menyemai mahabbah kerana ALLAH????oh ya...MAHABBAH ni KASIH SAYANG...
sudah menjadi lumrah bagi ciptaan ALLAH berkasih sayang antara satu sama lain...sedangkan binatang yang tanpa akal itu boleh berkasih sayang sesama mereka...inikan pula kita sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini dengan kurniaan akal dan perasaan oleh ALLAH....

Terdetik di hati saya untuk menulis n3 ini setelah membaca majalah SOLUSI keluaran terbaru...

sememangnya berkasih sayang adalah perlu bagi kita sebagai seorang manusia tak kiralah sesama manusia mahupun dengan makhluk lain...
kalaulah kita tengok seekor kucing mengendong anaknya yang masih kecil,tidak kah terdetik di hati kita sayangnya mak kucing pada anak dia...

tapi kalau kita lihat situasi manusia yang semakin "hebat" masa kini,dengan kes pembuangan bayi di merata-rata tempat...di mana letaknya perasaan kasih sayang dalam diri mereka...tidak timbul perasaan kasih dan sayang mereka pada anak kecil yang tidak berdosa itu..na'uzubillah...

Seperti yang tersebut dalam hadis

"tidak beriman seseorang itu melainkan dia mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri"

adakah kita tergolong dalam golongan yang tersebut di dalam hadis di atas...Insya-ALLAH....

menyayangi dan mengasihi orang lain melebihi diri sendiri....mampukah kita berkeadaan sedemikian???mampukah kita mengikut akhlah RASULULLAH SAW yang sentiasa melebihi orang lain dari diri baginda sendiri....

okey..izinkan saya bercerita sedikit mengenai sahabat RASULULLAH SAW ni...

beliau bertanya kepada RASULULLAH SAW "apakah perbuatan yang paling disukai oleh ALLAH?"
Rasulullah menjawab "solat di awal waktu"..."kemudian?"bertanya lagi sahabat baginda...
Rasulullah menjawab "berbuat baik kepada ibubapa"..."kemudian?"sahabat itu bertanya lagi...
Rasulullah menjawab "jihad fisabilillah"...
sahabat itu berkata "begitu Rasulullah menyayangi orang lain...jika aku terus bertanya Rasulullah akan terus menjawab"...

itulah sedikit sebanyak...betulkan jika saya salah wahai pembaca2 yang budiman...

kalaulah seseorang bertanya kita macam2 soalan...apa reaksi kita...

"nak kena budak ni"....
tak pun
"tak payah tahu la....kamu tak patut tau"
dan macam2 alasan lagi....

kalaulah begitu,macam mana kita nak semaikan kasih sayang sesama manusia...tanya sikit dah melenting...ape kes!!!

memangla kita rasa malu nak confess kita sayang seseorang....betul tak..kan222????huhuhu....

banyak la plak nak berceloteh ni...semoga bermanfaat buat semua...INSYA-ALLAH....kita bukan sahaja nak raih kasih sayang sesama insan kerana ALLAH tapi juga nak meraih MAHABBAH daripada ALLAH...

saya tinggalkan anda dengan lririk lagu ini.....baca dan hayati..tak pun nyanyi sambil hayati....


~Kasih Sayang~

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

( korus )
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

wallahu a'lam....

wassalam....

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH