Saya dah pernah kehilangan orang tersayang. Luluhnya hati Allah saja yang tahu. Kali ni saya berhadapan dengan kehilangan lagi. Sakitnya hati tak dapat dibayangkan. Maaf dipinta sekiranya n3 ini sedikit panas. Dan maafkan juga jika saya ada menggunakan aku sebagai ganti diri.
Bangun tidur, tengok meja study, "jiwa" saya tak ada atas meja tu. Hati tertanya-tanya dimanakah ia. Tengok2 purse aku pun kau rembat jugak. Aduh! Mantap punya orang. Sangat2 tabik!
Bila masa kau masuk, memang tak perasan, tapi yang pasti kau memang hebat. Rembat barang orang ikut suka. Heh, tak takut mati ke? Kau ingat kau hebat, boleh tongkat langit?
Okeh, kau masuk bilik orang sesuka kaki kau je, rembat barang orang ikut suka tangan kau yang "cantik" tu? Kau rembat laptop, kau amik purse aku. Rasanya laptop aku biasa je. Acer je pun. Bukan Dell kaler pink beb! Kau ingat bapak aku beli laptop tu pakai air liur ke? Pakai daun kering ke?
Laptop, sapa tak sayang. Kalau laptop kau kena humban, marah tak. Eh mesti la. Bukan dua belas hinggit tu. Kau nak buat ape ngan laptop "cap itik" tu. Tak paham. Sungguh, tak paham. Nak tengok gambar family aku yang ramai? Anak2 sedare aku yang cumel2 tu? Nak tEngok slides ?Kalau macam tu, tak payah amik,datang bilik, aku tunjukkan.
Purse aku pun "cap itik" je. Kat pasar malam berlambak. Takda menarik pun. Tapi isi dalam memang menarik. Branded habis. Mungkin tu kau suka. Kau buat gitu, mesti kau ingAt family aku keje cop duit. Ye la, aku kan anak dato'. Duit berguni-guni kat rumah tu tak tau nak buat ape dah. So, nanti aku boleh beli berbelas-belas laptop lagi. Nanti datang lah bilik amik laptop eh!
Kalau kau nak tahu, semalam aku tak g kelas langsung, dok setel benda ni. Harta benda aku dalam purse semua hilang. Dok terkejar-kejar ke sana ke mari. Tapi tq jugak kat kau, sebab aku ade pengalaman masuk balai polis beb. Aku rasa kau pun dok berdebar-debar jugak tu. Sapa tak takut.
Memang kerja kau ni menyusahkan semua orang. Menyusahkan diri sendiri jugak. Confirm tak tenang hidup. Family aku, kawan2 aku semua dok tanya2. Aku sEndiri jadi blur jap. Dengan quiznye pagi tadi. CONFIUS, betul ke kena amik, ke orang pinjam. Huhuhu.
If i know who you are, i don't know how to do. If i know who are you, i don't have any idea to talk to you. But, it is better for me without knowing you for good. Siapa tahu saya sakit hati dengan anda! Allah knows you. HE knows what you did . HE knows everything.
Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang PENCURI TIDAK AKAN MENCURI JIKA BERADA DLM KEADAAN IMAN YG SEMPURNA!!!. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. inilah iman umat2 akhir zmn skrg ni...
Mohon maaf sekali lagi. Saya sendiri merasakan n3 ini panas. Ber"kau" dan "aku".
wassalam....
No comments:
Post a Comment