ASSIGNMENT
SECTION 6
Bagaimana untuk menjadi anak, isteri dan ibu yang bertanggungjawab
Tanggungjawab mengikut kamus dewan bermaksud kewajipan yang dipikul oleh seseorang atau dengan maksud lain segala yang wajib ditanggung. Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai tanggungjawab berbeza yang harus dilaksanakan terhadap diri sendiri atau terhadap orang lain. Sebagai contoh, seorang pekerja mempunyai tangunggjwab terhadap kerjayanya. Begitu juga situasi dalam sebuah keluarga iaitu, seorang anak wajib menunaikan tanggungjwab terhadap ibu bapa, manakala suami dan isteri saling menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing.
Seorang anak wajib menghormati kedua ibubapa dengan mengeluarkan kata-kata yang baik. Berbuat baik kepada kedua ibubapa merupakan ibadat yang wajib selain dari menyembah Allah swt. Seperti yang terkandung dalam surah Al-Isra’ ayat dua puluh tiga, Allah berfirman bahawa seorang anak hendaklah berbuat baik kepada ibubapanya, tidak mengeluarkan perkataan walaupun sepatah perkataan ‘ah’ dan tidak membentak mereka tetapi dengan mengucapkan perkataan yang baik.
Selain itu, seorang anak yang bertanggungjwab juga tidak lupa untuk bertanya khabar kedua ibubapa dan menjaga mereka terutamanya apabila sudah menjangkau usia yang sudah lanjut. Jikalau ibubapa mampu menjaga anak-anak mereka sehingga dewasa, seorang anak tidak lagi dapat menjamin untuk memelihara ibubapa di hari tua kelak. Anak yang betanggungjwab tidak akan merasakan ianya adalah suatu beban yang terpaksa dilaksanakan, bahkan ianya akan mendapat ganjaran yang diberikan oleh Allah dan dijauhkan daripada kesempitan hidup.
Tidak sekadar tanggungjawab ketika hidup, tanggungjawab seorang anak juga perlu dilaksanakan walaupun setelah kematian kedua ibubapa. Anak sewajarnya menerima berita kematian ibu atau bapa dengan reda dan sabar di atas qada dan qadar serta ketentuan Allah dan tidak meratap kematian berkenaan. Seorang anak mestilah bertanggungjwab terhadap pengurusan jenazah apabila salah seorang atau kedua-dua ibubapa meninggal dunia. Tanggungjawab lain perlu dilakukan ialah menyelesaikan hutang piutang ibu bapa dan membahagikan harta peninggalan mengikut hukum faraid yang ditetapkan supaya tidak timbul sebarang perbalahan di kalangan mereka yang berhak menerimanya.
Seorang Anak juga boleh mengqada puasa untuk ibu bapa mereka sekiranya ibadat itu tertangguh ketika hayatnya, disamping mendoakan kesejahteraan mereka di sana dan juga menyedekahkan bacaan al-fatihah untuk mereka. Selain itu, seorang anak bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang dicintai atau menjadi sahabat karib mereka semasa hidup.
Selain tanggungjwab seorang anak terhadap ibubapa, Seorang isteri juga memainkan peranan yang penting dalam menguruskan rumah tangga. Isteri yang bertanggungjawab perlu bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
Selain itu, seorang isteri perlu bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. Isteri juga wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Suami mempunyai hak ke atas seorang isteri apabila termeterainya sebuah perkahwinan yang sah. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah selain daripada isteri yang solehah.
Pengurusan rumahtangga juga adalah tanggungjawab seorang isteri. Isteri adalah insan yang bertanggungjawab untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Rumah tangga yang harmoni datang daripada pemantauan seorang isteri yang menginginkan keadaan yang terbaik untuk suami dan anak-anaknya. Jika suami sebagai ketua dalam keluarga maka isteri pula adalah sebagai penolong. Justeru itu, seorang isteri mestilah bertanggungjawab untuk memastikan rumah tangga dan keluarga menuju arah yang ditetapkan oleh suami serta mendapat keberkatan Allah.
Tambahan pula, seorang isteri hendaklah berperanan sebagai pendorong dan pemberi motivasi terhadap suami. Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-cita dan keluarganya, maka seorang isteri berperanan dalam memberi motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya. Kata-kata semangat daripada seorang isteri mampu memberi kekuatan dan kecekalan kepada suami untuk meneruskan perjuangan di samping memohon pertolongan dari Allah. Jika diimbas kembali kehidupan Rasulullah SAW dengan Saidatina Aisyah r.a, Saidatina Aisyah sering memberi semangat kepada baginda dan sentiasa menggembirakan hati baginda nabi.
Syariat juga meminta isteri supaya sering menerangkan kehebatan dan kebaikan seorang ayah kepada anak-anaknya. Oleh itu, seorang isteri terlebih dahulu mestilah merasakan kehebatan dan kebaikan suaminya tanpa rasa ragu-ragu. Di sini kepercayaan itu harus ada pada diri seorang isteri terhadap suaminya. Isteri yang bertanggungjawab tidak meragui kehebatan dan kebaikan yang diberikan oleh seorang insan yang bernama suami.
Disamping menjalankan tugas sebagai isteri, seorang isteri juga memainkan peranan sebagai seorang ibu terhadap anak-anak. Sesebuah keluarga lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Justeru itu, seorang ibu yang bertanggungjawab akan mendidik anak-anaknya didikan yang sempurna termasuk didikan agama. Seorang ibu senantiasa menanamkan rasa bertuhan dalam diri anak-anak, seperti Allah itu Maha Melihat, Allah itu Maha Adil, Allah itu Maha Pemurah dan lain-lain sifat kesempurnaan Tuhan. Seorang ibu juga meStilah senantiasa menanamkan rasa kehambaan dalam diri anak-anak, melatih anak-anak berakhlak mulia, mendirikan solat, menghormai rang tua dan lain-lain didikan yang mampu mencerminkan sakhsiah seorang anak.
Selain mendidik, seorang ibu boleh menasihati dan menghukum anak-anak sekiranya ia perlu. Namun demikian, Hukuman yang dikenakan biarlah sesuai dengan umur dan kesalahan anak anak serta dengan niat mendidik, bukan kerana marah. Hukuman yang diberikan haruslah mendatang keinsafan buat anak-anak untuk tidak mengulanginya lagi di masa akan datang. Hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan anak-anak boleh member pengajaran kepada mereka untuk tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
Seorang ibu juga mampu menjadi seorang pakar motivasi terhadap anak-anak. Ibu adalah insan yang paling hampir dengan anak-anak disamping seorang ayah. Kata-kata nasihat dan dorongan mampu melembutkan hati seorang anak yang sering mendambakan perhatian daripada seorang ibu. Seorang ibu yang bertanggungjwab tidak lokek untuk berkongsi pengalaman hidup yang boleh memberi semangat terhadap anak-anak untuk menempuh cabaran dan dugaan hidup. Dorongan dan semangat yang tidak pernah padam daripada seorang ibu akan meningkatkan lagi usaha anak-anak untuk terus berjaya di masa hadapan.
Tanggungjawab lain yang mesti dilaksanak oleh seorang ibu terhadap anak-anaknya ialah memberi kasih sayang sepenuhnya tanpa membezakan antara satu sama lain. Kasih sayang seorang ibu memberi inspirasi buat anak-anak untuk tidak menghampakan harapan dan kasih sayang yang diberikan. Kasih sayang seorang ibu tida pernah luntur walaupun seorang anak seringkali menyakiti hati seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tercinta.
Keamanan dan kesejahteraan dunia bermula daripada keharmonian sebuah rumah tangga, yakni hasil peranan seorang suami, isteri dan anak-anak yang bertanggungjawab. Tanpa sifat bertanggungjawab dalam diri masing-masing, nescaya keharmonian itu tidak timbul. Tanggungjawab serang anak terhadap kedua ibubapa tidak pernah terhenti walaupun sudah bergelar seorang isteri mahupun seorang ibu. Begitu juga dengan tanggungjawab seorang isteri dan juga ibu yang disburkan dalam sesebuah keluarga untuk mencipta syurga rumah tangga.
Okeh, itu tajuk assignment saya. Pertama kali dalam hidup buat assignment dalam bahasa melayu lepas buat assignment untuk subjek bahasa melayu 2 semester lepas. Hehehe. Tapi, maaflah, BM saya tak hebat. Hahaha.
Maka.berakhirlah kelas parenting saya semalam. ini kelas pertama .Huhuhu. The most enjoyed class that I've ever had. Hehehe. Enjoy kenapa, ha kena joinlah. Saya tak akan lupa watak-watak ayah, abi, papa, bapak,mak, ummi, mama yang dilakonkan. Saya tak akan lupa watak anak-anak, watak keluarga bahagia yang dilakonkan. Ohh,sangat seronok. Hehehe.
Belajar secara theory macam mana pengurusan sebuah keluarga, pada hakikatnya tak pernah rasa pengalaman pun, kecuali instructor kami. Kami bakal menyusul kemudian. Hehehe.
Tidak mudah untuk menjadi seorang isteri dan juga ibu. Tidak mudah untuk membentuk keluarga yang harmoni yang berteraskan islam. Tidak mudah untuk mewujudkan syurga di dalam rumah tangga. Semua itu memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Wah, gaya macam dah ada pengalaman. Hahaha. Eh betul, kena lah tahu sikit2, kan bakal menyusul kemudian. IA. Semoga apa yang dah dipelajari boleh dipraktikkan kelak. Hehehe.
Sekadar perkongsian dengan anda semua. Dekat UIA ada kelas keibubapaan dan pengurusan keluarga. Dekat universiti lain saya tak tau. Mungkin ada mungkin tak ada.
Itu sahaja. Wallahua'lam...
wassalam
No comments:
Post a Comment