esok result SPM bakal keluar untuk adik2 yang exam tahun lepas
teringat saya punya turn 5 tahun yang lepas, pergi sekolah amik result SPM yang hanya "cukup2 makan".^^
rasa macam baru je. ececece :P
jadi cuba bayangkan atau imbas kembali macam mana perasaan sebelum hari kejadian. aduh, ALLAH je tahu betapa takutnya nak tunggu hari kejadian. masuk je pagar sekolah, jantung rasa macam nak tercabut.
bila tahu result tak dapat ambil lagi lega kejap, tapi bila betul2 nak amik terketar-ketar tangan, amik result. peluk ma dan menangis. i don't know what to say.
sampai sekarang nak cek result masih berdebar tahap tak ingat. nak tunggu loading MASYA-ALLAH, lamanya. tambah2 lagi kalau tak leh nak lo gin pun, lagi lah bertambah debaran tu. bila tengok result terpampang dekat screen komputer, senyum, lega, Alhamdulillah. ^^
itu dunia. kalau tak cantik sekali pun keputusan tu, perjalanan masih jauh, INSHA-ALLAH kalau dipanjangkan umur. SPM itu hanya permulaan untuk terus ke peringkat lebih tinggi. masih banyak cara lain. dan tak semesti hebat keputusan SPM nya , dia hebat di peringkat pengajian tinggi, siapa dapat jaminan itu.
pada saya semua sama sahaja, yang penting usaha dan tawakkal kita kepada ALLAH.
cuba kita fikir tentang hari keputusan yang sebetul-betulnya untuk kita. kalau result tak cantik bolehkah kita kembali ke dunia semula dan "repair ibadah (usaha)" kita. ALLAH.
untuk semua dan banyak untuk diri sendiri, keputusan hebat di dunia bukan jaminan kesejahteraan di akhirat sana. apalah ada di dunia yang hanya sementara cuma ini. apalah nak dibandingkan hari keputusan di dunia dengan hari keutusan di akhirat kelak.
sama-sama kita top-up balik iman kita yang kadangkala naik, banyak kali turun ni.
"jika ALLAH menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa yang akan dapat mengalahkan kamu. dan jika ia mengecewakan kamu maka siapa yang dapat menolong kamu sesudah ALLAH menetapkan demikian. dan ingatlah kepada ALLAH jualah orang2 beriman berserah diri."
[Surah Ali-Imran:160]
[Surah Ali-Imran:160]
nota 1: selamat untuk esok ye ^^
nota 2 : mid term exam semuanya lepas mid break yang seminggu lebih kurangnya. so, apa makna cuti saya?
nota 3: tak sabar nak peluk sahabat pulang dari Jepun^^
satu lagi tak sabar nak peluk baby baru. hehehe.
No comments:
Post a Comment