Thursday, March 29, 2012

kenapa tak boleh couple

assalamu'laikum wbt





Selasa lepas saya ke tempat belajar memandu, sehari sebelum test JPJ. sampai sana jam 10 pagi dah. dan turn saya adalah jam 2.30 petang. ALLAH, masa menunggu saja dah lama.
sementara tu, saya mengambil tempat disebelah adik ni. perempuan ye ^^


"test esok ke?" dia memulakan perbualan.
"aah. sementara cuti ni boleh buat." saya menjawab pendek.

"belajar lagi ke?" soalan seterusnya ditanya.

"ye"

"kat mana?"

"UIA Kuantan. belajar lagi? lepas SPM?" saya kembali menyoalnya.
"aah. owh, kakak la ni. tapi umur tak macam 23." katanya senyum.
"dah tu umur berapa?"
"muda lagi."


saya tergelak kecil. boleh tahan budak ni. talkative. i like^^

sementara tu saya kami berbual, tanya itu dan ini. tambahan dia pulak sedang bercuti panjang, baru lepas dapat result SPM. semakin banyak soalan yang saya tanya.

sampailah soalan ini timbul.


"kakak, betul ke kawan kata , budak perempuan ni kalau masuk u nanti mesti couple?"

adus, soalan dia. memang mencabat untuk saya. couple? tak pernah dalam hidup. marka pun tak pernah ada.


"ye ke. saya tak pun." saya membalas pendek.
"kawan kata gitu."

dan dia menceritakan perihal dirinya dan kawan, yang dikatakan kawan sahaja. saya hanya mendengar.


"kakak tak couple?" dia bertanya.

ALLAH soalan. memang ganas!


"tak. kenapa nak couple. tak boleh."

"ye ke. bagusnya kakak. kenapa tak boleh coupel?" dia bertanya

"sebab tak boleh la. haram. kalau awak keluar dengan dia, ada perasaan." saya menjawab

"takde pon. setakat keluar je la. kenapa tak boleh cuople. kakak bagitau je. saya okey"

"benda2 couple ni la yang mendorong untuk ke arah zina." nampaknya dia seronok untuk tahu, dan banyak juga yang tidak tahu, kalau couple itu haram!


"tak payah couple la. membazir. masa, kredit."

"kakak ni bagus la. cerita la lagi. saya suka dengar." katanya bersahaja.


ops, macam naqibah la pulak. hehehe.


sampaila ke satu tahap, dia bertanya saya kawan dia ajak keluar, patut ke tak dia ikut. siap tunjuk mesej tu lagi kat saya.

"kalau nak keluar, pandai2 la jaga diri. jangan sampai over." kata saya.

"maksudnya."

"jangan terlampau gembira (baca= galok) sangat. jangan balik lambat sangat. dan jangan la keluar berdua-duaan."

bukan bermaksud untuk menggalakkan dia keluar berdua-duaan. tapi inisiatifnya begitu. sekurang-kurangnya berteman, jangan dibiarkan diri berdua-duaan bersama bukan mahram.




banyak lagi yang kami bualkan. yang pastinya dia begitu teruja untuk tahu kenapa couple tu tak boleh. dan berkali-kali saya pesan jangan couple. buat apa nak couple. dan macam2 lagi. dan daripada penceritaannya juga, dia mengaku, dia tak banyak tahu pasal2 ni. maksud saya istilah couple itu boleh ke tak dan macam2 lagi.

sesuai dengan namanya juga saya mencadangkan dia memcari dan membaca buku sirah berkenaan Siti Hajar. Bila saya kata nama awak ni cantik, kena jadi macam siti hajar jugak la.

"siapa tu. kakak cerita la."
mungkin dia akan lebih sedar bila berada di alam universiti nanti. Insha-ALLAH.

semoga namamu seindah pekertimu jua. Ameen.


nak jumpa balik dengan dia saya tak jamin bila. tapi dia minta nombor telefon saya. katanya banyak benda nak tanya. kalau nak tau, Insha-ALLAH saya boleh kongsi apa yang saya tahu. setakat mana yang mampu.



kalau bukan diri sendiri yang mengubah,
siapa lagi yang berhak untuk merubah diri sendiri.


sejujurnya tak pernah lagi saya bersituasi sebegini. disoal mengenai perkara yang berkaitan hukum. diri ini pun masih lagi digerakkan, belum bersedia untuk menjadi penggerak.

semoga dengan secebis ini, menjawab sedikit soalan "apa yang dah kamu buat untuk agamamu." tidak banyak, hanya sedikit. paling sedikit.





bunga yang mekar bukan sahaja cantik dan terjaga,
malah memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk menyuntingnya :)







wallahu a'lam

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH