Thursday, July 19, 2012

kembali lagi

salam 'alaik




semalam saya ‘kembali’ ke tempat yang menyimpan seribu kenangan bersama ‘si dia’ yang hampir tiga tahun meninggalkan kami semua. puasa tahun ini kalau dipanjangkan umur, insya-ALLAH, adalah puasa ke-empat kami berpuasa tanpa ‘si dia’ di sisi. 

semalam saya mengikut sahabat untuk menzirahi datuknya di Hospital Raja Perempuan Zainab 2. hospital yang banyak meninggalkan kenangan. sampai bila pun tak akan lupa.

melalui jalan yang sama, melihat café yang sama, surau yang masih tidak berubah bentuk. melalui kaki 5 tempat saya dan kakak melihat orang lalu lalang. Allah, fikiran saya melayang jauh mengingatkan peristiwa hampir tiga tahun yang lepas. menaiki lif ke tingkat 3, masuk ke wad lelaki. melangkah ke bilik kecil yang menempatkan 6 orang pesakit. 

dibilik itulah arwah dipndahkan selepas keluar dari HDW, kemudian dipindahkan berdekatan dengan kaunter untuk memudahkan pemantauan nurse.

sedikit pun tak berubah dengan Wad Panglima yang hanya di tingkat 5. kedudukan katil yang sama. terpandang satu ruang yang menempatkan arwah dahulu. ya, diruang itu lah setiap hari kami pergi. mendongak ke atas, melihat Wad Teratai yang diluarnya terdapat anjung. anjung yang menjadi saksi air mata ini keluar setiap kali mata ini tidak sanggup untuk melihat. begitu juga di kaki lima tingkat bawah. 

mendengar jeritan seorang pak cik membuat saya terpana seketika. benarlah, seorang doktor atau nurse itu mesti kuat dari segi mental dan fizikalnya. mana mungkin tidak kuat, mereka golongan yang paling banyak berhadapan dengan kematian. Allah, bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dianugerahkan.

 seakan-akan baru sahaja kami berulang-alik ke hospital.
 seakan-akan baru sahaja Ramadhan 2009 berlalu.puasa yang meninggalkan kenagan yang tidak dapat dilupakan.

untukmu duhai ayah,
semoga sentiasa tenang di sana,
doaku untukmu tidak pernah kulupa,
semoga kita bertemu di syurga sana :)
 Insya-ALLAH :)


what use of cry?
i cry bucket but it wont make you come back 
today i believe that to feel close to you, i have to be close to Allah
if He hear me, then i believe you are there, hearing me too
because you are always in my 'doa'
rest in peace dear father
Alfatihah.
love you, always.  

(Credit to dearest you ^^)






nota: selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat islam di seluruh dunia. semoga Ramadhan kali ini memberi kenikmatan dan kerahmatan yang tidak terhingga untuk bersama-sama memperbaiki diri. 



Alhamdulillah, tahun ini masih diberi kelebihan untuk berpuasa di rumah :)


#mari berlatih menjadi hamba# :)

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH