Monday, July 23, 2012

Ramadhan Kareem. Jumaat dan Sabtu yang sama

assalamu'alaikum wbt



Alhamdulillah, Thummalhamdulillah. 3 Ramadhan 1433H. semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk semua. insya-ALLAH :)


Ramadhan ke-4 berpuasa  tanpa arwah ayahanda tercinta. begitu pantas masa berlalu. rupanya sudah 4 kali Ramadhan menu berbuka bukan 'cendol'.
pagi Jumaat yang hening baru-baru ni,  sehari sebelum Mr.R berkunjung, berkunjung salah seorang jiran ke rumah. borak-borak dengan Ma, dan saya sebagai pendengar yang tidak terlantik. rancak berborak keluarlah soalan.

" bape tahun dan Cikgu Omar takde?"

bermulalah sesi mengimbas kembali kenangan kenangan lama ( baca=flash back).


rupa-rupanya sedar tak sedar Ramadhan tahun ni sama macam 3 tahun lepas. terawih pertama juga jatuh pada Jumaat malam dan hari pertama berpuasa hari Sabtu.
1 Ramadhan 1429H (terawih pertama) yakni hari Jumaat. begitu juga 1 Ramadhan 1433H (terawih pertama.

Alhamdulillah, puasa pertama kami tahun meriah juga. kakak-kakak dan abang- abang pulang berbuka puasa kat rumah :)



muhasabah Ramadhan. bagaimana latihan kita untuk menjadi hamba?semoga berlumba-lumba untuk membuat kebaikan. macam kata ustaz semasa daurah tempoh hari
"bulan puasa ni ibarat 'mesin basuh saiz besar'. bulan yang mana dosa-dosa kita akan diampunkan."
Subhanallah!

imagine mesin basuh kat rumah yang menghapuskan segala kekotoran pada pakaian :)
macam mana pula 'mesin basuh yang tak boleh nak imagine sebesar mana' yang boleh menghapuskan dosa-dosa kita.
Allahu Akbar!

puasa dan taqwa. macamana puasa kita boleh meningkatkan ketaqwaan kita kepada ALLAH.
jaga mata, telinga, mulut dan seluruh anggota kita dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kemurkaan ALLAH


semoga kita semua memperoleh 'ijazah ketaqwaan' daripada madrasah Ramadhan kali ni.
Ameen ya Rabb ;)








No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH