Saturday, November 23, 2013

IIUM 29th Convocation

Assalamu'alaikum





16th November 2013 hari paling bahagia dalam hidup saya. Officially graduated with "100 bouquet" of flowers given. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thummalhamdulillah.

Setelah 6 tahun "menyemai cinta" di taman ilmu dan budi (baca: the garden of knowledge and virtue), akhirnya semalam saya melabuhkan tirai sebagai pelajar di UIA. 2 tahun di PJ dan hampir 4 tahun di bumi tarbiyah Kuantan. Allahu Akbar.

Tamat sudah zaman pengajian yang akan sentiasa dirindui. Bumi tarbiyah Kuantan yang mengenalkan saya apa erti kehidupan. Alhamdulillah.

Semalam berlangsung konvokesyen UIA yang ke-29. Alhamdulillah, saya kena sesi pertama yang jatuh pada hari Sabtu. Selamat, sebab tak payah minta cuti.
Dan yang buat saya gembira, semua abang-abang dan kakak-kakak saya datang. Alhamdulillah!

Cakap pasal kerja, dulu di zaman dahulu kala, saya punya impian tersendiri semasa hari konvokesyen; a husband  and family members to come with and as a working graduan. Hmm, angan-angan kosong saya kira. Tapi ALLAH yang aturkan segala-galanya. Satu sahaja impian saya tercapai, as a working graduan. Yang satu lagi mungkin tunggu Masters, bak kata Kak Nadiah. Heheh :D



                          This is from all my colleagues and my boss. Upah bekerja. Hahaha.




Dengan Ma, sumber kekuatan saya. Arwah we (ayah) meninggal semasa saya semester pertama tahun pertama di Kuantan. Baru je sebulan lebih masuk. Dan saya rasa masa tu macam tak mampu untuk habiskan saki baki pengajian. Mana taknya, setiap kali teringat, keluar air mata.


Tapi Alhamdulillah, saya punya insan-insan yang ALLAH hadirkan dalam hidup saya."Wali-wali" kesayangan saya, kakak-kakak saya dan tak lupa anak-anak saudara. Tak putus-putus memberi semangat dan mengirim doa. Kami mengenal lebih jelas apa itu erti ukhuwah dan kasih sayang setelah perginya "hero" kami yang dikasihi. 



Keluar dewan hari tu, saya disambut bagai "puteri". Dapat bunga dan ciuman istimewa dari semua orang. Alhamdulillah. Jujurnya saya dapat hampir 15++ bunga hari tu, pemberian abang-abang dan kakak-kakak. Tak terungkap perasaan itu. Malah ada yang bertanya ni konvo untuk berapa orang. Oh, bukan, ini konvo "si bongsu", maka haruslah dirai lebih. :)





6 tahun bersama, meninggal kenangan yang tidak dapat diungkapkan satu persatu, tetapi cukuplah sebagai kenangan yang terindah dalam hidup. 
Zaman belajar menjadi satu momen yang paling dirindui.
Rindu untuk bersama teman-teman seperjuangan, yang sewaktu ketika dulu "membanting tulang", bersengkang mata untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi. 



IIUM;2007-2013,
Taman ilmu dan budi,
meninggalkan satu kenangan dalam diri,
Yang akan sentiasa diingati, sentiasa dirindui.
Alhamdulillah, SyukranLillah.

Kepada tenaga pengajar,
Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan,
Halalkan segala ilmu yang dicurahkan sepanjang 6 tahun pengajian.

Buat teman-teman seperjuangan,
Terima kasih atas budi baik kalian,
Yang mengajarkan aku apa itu erti persahabatan,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan,
Terima kasih atas masa yang diluangkan.

Buat Ma tersayang,
Terima kasih atas dorongan dan doa yang tidak putus-putus.

Buat abang-abang dan kakak-kakak,
Terima kasih atas dorongan dan semangat,
Terima kasih juga atas soalan yang tidak terduga itu,
Sampai masanya adalah tu yang datang "jumpa" kalian.
Hahaha. :P

Penghargaan istimewa untuk "hero" pertama saya,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi hero saya,
It would be a memorable part with you by my side,
It would be a special memory to all of us,
Having my beloved father on the day of my graduation day.

Al-Fatihah, may your soul be blessed!










Friday, September 27, 2013

Ganjaran dan hikmah itu ada tanpa kita sedar

Assalamu'alaikum




n3 Korea masih tak bersambung. Biarlah. Biarlah di situ.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah. 29 Ogos yang lalu, saya menghadiri satu interview (pertama kali dapat dan pergi) di Bangi. Dah pernah dapat interview lain, tapi tak pergi. Maka, berbekalkan sedikit persediaan (setelah mendapat e-mail), saya ke Bangi untuk interview.

Sebelum masuk interview, ada test dulu. Biasalah, kilang Jepun, mesti lah ikut cara Jepun walaupun dekat Malaysia. Selesai test, saya masuk untuk interview.

I met Kak Anis, Kai Lin and my current boss (for this week only) Mr. Toh. Next week, Sayama san will be my new boss.

Dan hari ini, genap 3 minggu saya bergelar pekerja. Hilang sudah gelaran mahasiswa dalam diri unofficial (convocation tak lagi). Bergelar seorang pekerja di Sony. Ye, hari tu saya interview di Sony. As a position? Hmm, berkenaan dengan data, berdepan dengan PC. 3 minggu ni seriously, i could say that, saya banyak dok depan PC. Geral-gerak tetikus (baca: mouse) untuk melihat statement line by line. 

That's why Kai Lin asked me during the interview, what will you do after a long hours in front of the pc? Itulah lebih kurang. Huh, terus saya goreng. Hahah :)

And , she is my colleague now. 

Bekerja. Ya, tidak seindah seperti zaman belajar. Mehnahnya ada di mana-mana, walau siapa kita pun. Pelajar dengan mehnah test, quiz segala bagai. Dan seorang pekerja dengan mehnahnya, bersama rakan sekerja lain, bersama orang atasan.

Ranjau dan duri itu yang membuatkan kita untuk lebih berhati-hati kerana duri itu bisa dikala ia menyentuh diri. Dan ujian itu juga mampu membuat kita untuk jadi lebih kuat.Tiada kehidupan tanpa secalit pun kesusahan. Tiada kehidupan tanpa sedikit ujian.

Walau apa jua yang terjadi, yakinlah ganjaran dan hikmah itu ada tanpa kita sedari.

Ganjaran kita di akhirat sana ALLAH janjikan syurga untuk hamba-NYA yang beramal soleh. Ganjaran yang menaikkan motivasi untuk kita kecapi indahnya bayangan syurga yang pasti itu. Air susu tanpa henti mengalir, buah yang tanpa henti berbuah. Sebut saja nak makan apa, terus ada. Subhanallah!

Pertama kali memegang duit hasil usaha sendiri, saya begitu teruja. Ya sangat teruja. Indah. Terasa penat lelah berlalu begitu sahaja. Alhamdulillah. Rezeki ALLAH.
Yang ada di mana-mana, dengan bantuan manusia sekalipun. Dia dipilih oleh ALLAH untuk bantu kita.

Apa sahaja yang berlaku, beringatlah, setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Lambat atau cepat, dalam sedar atau tanpa kita sedar. Ada ganjaran untuk setiap hamba yang dijanjikan. Kehidupan kita bukan sebuah khayalan yang mudah, tetapi ia menuntut satu kesungguhan. Yang dengan itulah manusia mendapat apa yang dia inginkan. Orang yang berusaha itu akan mendapat ganjarannya. Yakinlah!

Usaha dan tawakkal membuatkan hati kita tenang. Apa sahaja keputusannya, itu urusan ALLAH. Yang maha tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jangan resah, jangan gelisah, sebanyak mana dugaan yang dilalui, yakinlah ganjaran dan hikmah itu ada tanpa kita sedar.






Thursday, September 5, 2013

Travelog Korea; A Moment to Remember (Part 4)

Assalamu'alaikum







Sambungan seterusnya. Lama dah tinggal. Lupa dah. Hee :D

1 Julai 2013;

Shopping day. Hehehe. Itulah yang ditunggu-tunggu. Mula-mula pergi kedai kain cari korean silk dekat Dongdaemun. Semua kedai situ jual silk. 1st time tengok tak lah cantik mana kain dia. Biasa-biasa je. Tapi sebab 100% silk tu yang famous. Sepasang KRW36000 dalam RM100. Saya beli 3 pasang. Satu untuk ma. 2 lagi kiriman daripada Kak Ti dan Kak Ain. Untuk saya sendiri saya beli korean cotton KRW24000.





 



 

 Bersama uncle yang jual silk. 




Lepas tu kami ke Myeong Dong yang memang penuh dengan kedai kecantikan. Imagin di Jalan TAR tapi jual barangan kecantikan. Itulah Myeong Dong, segala barangan kecantikan ada. Tapi saya cuma beli barang kiriman je. Patutlah orang Korea jaga kecantikan sangat ye. Rupanya mereka ada " lubuk" jual barangan kosmetik. Hehehe.










 Tengoklah gambar siapa tu. Mesti pelakon ke, penyanyi ke. Hehehe.






Pastu kami pakai hanbok, pakaian tradisional Korea. Free je tapi untuk 10 minit sahaja. Sempat la amik gambar pakai hanbok. Kemudian, jalan ke Namdaemun beli brooch dan sourvenir lain. Memang banyak pilihan la brooch. Rambang mata. Macam-macam jenis dan warna. Beli banyak so mak cik tu kasi free satu. Hehehe. Beli keychain, fridge magnet dan cutlery. Boleh la kurang sikit akak tu bagi. Jimat. Hehehe. Beli t-shirt 12 helai, nak amik. Hee :D

















Me with hanbok :D









Habis shopping terus balik SKKU. Berat kot bawak barang. Hehehe.Oh lupa. Hari tu saya makan kebab je 4000 won. Beli kat kedai Pakistan. Datang Korea makan kebab je oi. Hahaha. Nak buat macam mana, kita tak dapat nak makan makanan Korea. Kih2. Tapi bukan jakun tau. Hahaha. Cuma picky eater :P


2 Julai 2013:



Esoknya, pergi Namdaemun balik. Kak Ain nak gelang pulak. Lama pulak dok situ. Beli brooch lagi. Hehehe. Pastu kami lunch kat Myeong Dong di Ashley Restaurant. Makan buffet KRW12900 per head. Boleh duduk dalam tu 2 jam. So makan lah apa yang boleh dimakan. Hehehe. Dekat kol 4 kami keluar dan terus ke Cheongye Stream. Nak ke menara siput. Tapi masa sampai tu angin kuat sangat.














Oh ya sekarang Korea tengah jangma hujan musim panas. So pagi tadi hujan lebat jugak. Sampai kat menara siput nak jalan tak boleh kena tolak dengan angin. Nak jatuh rasa. Allahu akbar. Pastu kami balik la. Nampak mcm nak hujan lebat. Hari tu tak ke mana pon sebenarnya. Ye lah, keluar pon dah pukul berapa. Dekat Namdaemun tu pon lama jugak.












..to be continued....












Monday, August 26, 2013

Barakallahulakuma

Assalamu'alaikum





Selamat hari raya untuk semua. Masih belum terlambat kan? :)
n3 raya tak sempat nak buat plus malas. N3 Korea pon tak bersambung-sambung. Heee.

11 0gos hari tu kawan satu batch masa SMS Pasir Puteh kahwin. Alhamdulillah saya sempat pergi dan sempat jumpa kawan-kawan. Dah macam reunion pulak.

Kalau diikutkan kami sekeluarga akan ke Teregganu pada hari tersebut untuk menghadiri perkahwinan anak sepupu saya. Tapi saya kuat untuk ke walimah Hidayah. Boleh jumpa kawan-kawan. Kalau ke Terengganu saya tidak akan pernah selesa.


 Sebahagian 5terz yang datang pada waktu tu. Masa tu ramai yang tengah bercuti.








 Ni lah pengantinnya.
 Tahniah Hidayah dan Hafiz. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Saya pernah satu dorm dengan Berd masa form 4. Dia jadi ketua dorm masa tu. Sama dengan kami masa tu Izyan dan Syasya. Masa form 5 kami bersebelahan kelas dan dorm. Kalau Berd nak pergi toilet pon kadang-kadang dia singgah dorm saya berborak-borak dulu. Hehehe. Rindu masa kat asrama dulu.

Sekarang Berd tengah further Master kat Jepun. Semoga dipermudahkan urusan. Insha-ALLAH.




24 Ogos baru ni, satu lagi walimah yang saya hadiri. Alhamdulillah dapat jumpa kawan-kawan yang satu batch masa kat uni. Classmate la kiranya. Walimah 'Aqilah dan Ikrimah di Gombak. Saya sempat ke upacara akad nikah di masjid berhampiran.





 Sebahagian kami yang hadir. Hujung sebelah kanan yang bertudung hijau tu Kak Sufi
Dulu kami sama kelas, tapi Kak Sufi tukar kos IRK di UIA Gombak.
Si kecil yang saya dukung tu Marwan, anak Kak Sufi.



 Majlis diadakan di dewan International Islamic School



Sempat jumpa Kak Syima kejap je. Dia rushing nak g kenduri tempat lain pulak. Jumpa lagi!


Ni lah dia pengantin perempuan. Sebenarnya saya dah pernah satu kelas dengan Aqilah masa di PJ. Masa kat Kuantan dari awal pengajian sampai habis memang satu kelas. Ke sana ke mari bersama.
 Pengantin dan pasangan akan melanjutkan pengajian ke UK bulan depan.
Tahniah, semoga dipermudahkan urusan di sana. 




 Dalam masjid, after akad nikah


 Marwan Majdi, seindah namanya secantik tuannya. Pertama kali saya jumpa Marwan sejak dia lahir. Marwan dah setahun lebih. Mudah mesra, walaupun pada mulanya, dia malu. Hehehe. 
Tapi lepas tu boleh dukung, salam siap cium lagi. Rupanya Marwan ni suka bergurau. 
Seronok dengar dia gelak.
Semoga anakanda Marwan Majdi sentiasa dibawah rahmat ALLAH 
dan membesar menjadi anak yang soleh. 







Nota: All the best diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengantin yang akan meneruskan pengajian ke Jepun dan UK. Semoga dipermudahkan urusan. Dan harapnya ada "made in Japan" dan "made in UK" sebelum back for good :")


Sunday, July 28, 2013

Travelog Korea; A Moment To Remember (Part 3)





29 Jun 2013: Itaewon



Hari ni pegi Itaewon. Foreigner center in Korea. Baru jumpa orang pakai tudung kat sini. Kalau tak diaorang tengok pelik. Apalah yang kita pakai atas kepala, dah la sekarang panas. It's our obligations not a fashion. Ada jugak yang tanya. Makanan pun banyak yang halal. Daripada SKKU nak ke Itaewon jauh la jugak. Tukar subway. Saya nak explain pon kurang pandai. Kami dari line 1 ke line 6 nak ke Itaewon. Untuk ke masjid Itaewon kena jalan kaki, jalan plak berbukit. Fuh memang mencabar. Sampai dah masuk waktu Zohor. Amik gambar dekat masjid.

Kami lunch dekat Murree Muslim restaurant. Makan nasi arab la lebih kurang lauk chicken handi.




























 Berselera makan, rasa macam kat Malaysia plak. Heheh :D




Dari Itaewon pergi Namsan tower. Naik bukit, fuh mencabar kut. Tapi kan ramai je orang-orang tua yang naik bukit jugak nak ke Namsan tower. Gagah weh. Naik kat atas boleh tengok seluruh bandar Seoul. Macam menara KL la boleh tengok seluruh KL. Hehehe.

Kat Namsan tower ada teddy bear museum tapi kami tak masuk sebab nak g trick eye museum dekat Hongik university. So dekat Namsan tower tu amik gambar je la dekat gugusan kunci yang banyak tu. Kononnya orang yang couple ke sana dan tinggalkan kan kunci berserta mangga dengan kata-kata sweet mereka lah. Katanya cerita the boy over flower tinggal kunci cinta kat sinilah. Hee. Entah tak tengok plak cerita Korea sekarang :D













































Lepas Asar kami ke trick eye museum. Takde apa pon just amik gambar yang trick tu. kalau tengok macm real la. Padahal gambar je. hik2. Darr sana terus balik SKKU. Dekat kol 10 malam baru sampai bilik.































30 Jun 2013; Busan


Pergi Busan naik Mugunghwa macam kereta api la. Mugunghwa ni nama bunga kebangsaan Korea.  Naik mugungjwa dalam 4 jam lebih baru sampai Busan. Busan bandar ke dua terbesar selepas Seoul. Busan ni terkenal deagan makanan laut. Hujung dunia jugak la. Katanya orang Busan comey-comey, tapi tak tau la. Saya tengok sama je comey semua. Hahaha. Putih-putih pulak tu. Sampai di Busan pegi Haeundae beach . Perghh ramai kot orang. Semua dok berjemur tengah panas. Nak jalan pon tak selesa.

Pastu kami ke Haeundae market. tengok pasar. Tengok mak cik tu peram kubis untuk buat kimchi. Try bun Korea. Emm biasa je. Hahaha. 1000 won sebiji. Pastu kami ke Mokja street. Mokja means let's eat. Memang orang Korea g makan je kot situ. Macam-macam jenis makanan yang dijual. Tengok macam sedap je. Hahaha. Lepas tu kami ke Jagalchi market. Jagal tu small rock and chi is seaside village. Jagalchi ni tempat jual segala jenis hidupan laut yang fresh. Tepi market ni ada pelabuhan. So ikan yang baru sampai terus jual. Pastu kat Busan ni terkenal dengan makan ikan mentah. Oh yeah. I cant imagine it. Makan ikan goreng pon aku nak yang garing inikan pula ikan mentah. Oh no.

Ke Yongdusan park Busan tower. Semalam naik Namsan tower hari ni Busan tower plak. Eh KL tower ko dah penah jejak ke? Mmm tak lagi. Hahaha.Penat kot panjat bukit. Tapi Busan tower ni naik escalator je. Hahaha. Kat ruang bawah ada jual souvenir. Pastu ada pagoda. Kat atas boleh tengok seluruh Busan. Kat atas tu jugak ada kunci macam kt Namsan tower. Tapi tak banyak la.
Balik Suwon malam tu dan sampai pagi. Tu je la pegi Busan. Balik hari la kiranya :D

Sampai di Suwon Station dalam  1.41 pagi ikut waktu dalam tiket. Memang tepat. Itu yang saya kagum public transportation di Korea. Naik taxi ke SKKU. Taxi di Korea sangat sistematik saya kira. Kalau di Malaysia, nak naik taxi kita tanya driver dulu boleh pergi ke tak. Kalau diaorang taknak pergi memang tak boleh naik la. Kecuali taxi di airport. 

Di Korea, driver boleh pergi ke, tak tau jalan ke, dia akan bawak jugak penumpang ke tempat yang dituju. Tak perlu tanya lagi. Terus je naik dan cakap nak pergi mana. Lagipun semua taxi ada GPS. 




 Tiket. Paham nombor je. Hik2





 Kubis jeruk







































 Pondok tilik nasib. banyak kot!




 



 

 Nota: Pergi Busan 1 hari makan bun je. Malam nak balik tu baru kami masuk coffee house, tu pun order air.









.....bersambung...........

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH