Hari tu sebelum habis berbulatan gembira di masjid (usrah terakhir untuk sem lepas), kakak naqibah saya cakap “ dah masuk tahun baru ni, kite semua pun dh makin bertambah umur, boleh la nak fikir pasal benda tu. Kita sama2 berubah ke arah kebaikan.”
Fikir pasal benda apa tu. Ye, tak lain tak bukan soal jodoh. Saya pun segan nak cakap pasal jodoh, bukannya dah kahwin. Calon pun takde lagi. Hehehe. Memang keluarga kami tak ada yang kawin masa belajar. *mungkin saya boleh pecahkan tradisi*. Ehehe. Tak la, calon pon tak pernah ada.
betul jugak kata kak naqibah saya tu. Ye, memang benar jodoh itu di tangan ALLAH, tapi tak salah untuk kita berusaha ke arah itu. Jodoh itu tak datang bergolek, melainkan memang sudah ditakdirkan oleh DIA.
Tapi memikirkan soal itu tak salah kan? Siapa yang tak nak jumpa dengan orang yang memilik sebelah tulang rusuknya, bagi yang perempuan. Kan? Kalau saya, saya nak. siapa tak nak kawin, sila goyang kaki. Hahaha. Konfem tak ada yang buat.
Kalau dah memang ada calon, bolehlah teruskan cepat2. Kalau saya ada yang betul2 nak, terus jadi. Hehehe. Yang penting dari segi agamanya “handsome” sekali. Apa gunanya handsome di wajah kalau solat subuh pun sekali sekala. Jadi, rupa itu tak penting, yang penting hatinya baik. Agamanya juga mesti yang terbaik :)
Macam dalam ceramah ustaz Azhar Idrus. Ustaz kata nak kawin dengan seseorang kita kena kenal dia dulu. Paling tidak jumpa orang tua nya.ALLAH, bagusnya kalau ada yang bgitu. Saya terus nak nak ^^
Cakap pasal kita semua nak baik kan. Sebagai contoh ustaz bagitau, kita Tanya “abang semayang subuh dok?” tak kan la orang tu nak jawab “abang dok penoh Smayang subuh.” Bohong kalau ada orang yang begitu. Jadi ustaz kata kita kena tahu pasal pasangan kita daripada orang lain jugak.
Membaca kisah cinta orang popular sangat awesome. Sebagai contoh bagaimana Ustaz Ridha menemui bakal isterinya dahulu, bagaimana Ustazah Fatimah Syarha menemui Dr Farhan Hadi sewaktu dulu, tak lupa juga senior saya Ummi dan Abu ‘Ukasyah. ALLAH, kisah mereka hebat. Sangat hebat. Bagaimana indahnya bercinta selepas kahwin bak kata mereka. Menjadikan Islam sebagai pegangan yang kukuh menjadikan kisah cinta mereka begitu telus dan suci. SUBHANALLAH! Siapa yang tak nak pasangan yang sedemikian rupa.
Jadi apa tunggu lagi. Pergi ke masjid sekarang. Lelaki bersolat Jemaah di masjid sangat cool bukan? Hahaha. Tidak lah, jangan ada yang berbuat sedemikian. Lelaki baik itu ada di mana-mana bukan sahaja di masjid. ^^
Jadi, saya ulang balik word tadi, jangan gundah gulana, kerana perihal jodoh itu adalah hak ALLAH. DIA dah tentukan siapa dan bila yang terbaik untuk kita. Jangan risau. Saya juga ada perasaan sedemikian :D
Yang penting kita usahakan diri kita menjadi sesolehah yang mungkin yang mana kreditnya pasangan yang soleh. INSHA-ALLAH, ALLAHUMMA AMEEN, BIIDZNILLAH!
Siapa yang tidak mahu pasangannya yang bisa menjadi imam yang baik untuk keluarga.
Ingat sahaja firman ALLAH “lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.”
“boleh jadi apa yang kamu tidak suka disukai ALLAH, dan apa yang kamu suka tidak disukai ALLAH, DIA maha mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
Boleh jadi orang kita tak suka tup2 jadi suami/isteri kita kelak. Dan juga boleh jadi orang yang kita sukai tidak terjadi jodohnya dengan kita. Siapa yang mnentukan? Siapa yang merancang? Siapa yang mengurniakan pasangan kita? Tidak lain tidak bukan, DIA yang menciptakan kita dan pasangan, yang mengurniakan perasaan kasih sayang. ALLAH. ALLAH. ALLAH!
Adakah kita dah cukup baik untuk menunggu si dia yang begitu juga baik? Sama-sama kita renungkan.
Semoga ALLAH mengurniakan kita pasangan yang soleh/ah dan mengurniakan kita dan pasangan kelak cinta yang berakhir sehingga ke syurga . INSHA-ALLAH
“Berdoalah nescaya akan kumakbulkan.”
Jangan lupa doa banyak2. INSHA-ALLAH suatu masa nanti akan dimakbulkan ALLAH.
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
P/S : nak makan nasi minyak jangan lupa jemput. hehehe.^^
wallahua'lam...:)
No comments:
Post a Comment