"hidup adalah satu perlumbaan, kalau tak berlari pantas orang akan memijak kita untuk maju ke hadapan."
anda pernah menonton 3 idiots? maafkan saya, jangan gelak sebab saya baru tengok. cerita tu dah basi agaknya. tapi kalau kat Zee channel tu ade je sokmo. hehehe. so, masih tak basi la. boleh lagi ditonton. ^^
macam mana agaknya penilaian anda? sebagai mana saya menilai Delisa, mahu jugak share cerita ini. hehehe. sebab ade value, tak rugi untuk berkongsi setakat yang mampu. moga tak jadi "sharing is boring."
3 idiots nampak saja begitu, tapi otak2 mereka agak bergeliga. dan yang paling saya suka dan terlalu kagum, bagaimana persahabatan mereka bertiga. ALLAH, susahkan nak cari sahabat macam Rancho tu. sanggup buat apa sahaja untuk kawan2 dia 2 orang. dari dalam uni sampai la ke masalah keluarga.
sikit pun dia tak berkira. sampailah ke satu tahap,semasa keputusan exam diumumkan dia berjaya menewasi 2 lagi sahabatnya. ye memang la suka, tapi tak sanggup nak tengok kawan2 dia tercorot dalam pelajaran.
tapi all in all, semua dia lakukan untuk 2 orang sahabat2 tu walaupun dia sendiri yang terancam. dari kata2 semangat sampailah ke sesuatu benda yang nampak bodoh dilakukan tapi bermanfaat dan berpuas hati buat mereka. thumbs up!
dan ini post di FB Ustaz Ridha :
qana'ah: bersederhana dan berasa cukup.
(sapa yang tengok, dia paham apa yang ustaz nak bagitau)
tapi saya paling suka part mereka bertiga, yang mana kalau sorang tu menangis, yang lagi dua pun turut menangis. dan masa mereka lama tak jumpa, dan bertemu kembali. seronok!
Dan siapa sangka, walaupun digelar 3 idiots tapi salah sorang tu ahli Sains. hehehe.
gembira sama-sama sedih pun sama-sama. itulah nilai sebuah persahabatan.
sahabat yang baik, bertanggugjawab,melebihkan orang lain berbanding diri sendiri adalah sukar untuk dicari.
diri ini juga bukanlah seorang sahabat yang baik, masih banyak yang perlu diperbaiki.
untuk menjadi best friend till Jannah.
"sungguh, orang2 beriman dan yang mengerjakan kebajikan, kelak ALLAH yang maha pengasih akan membenamkan rasa kasih dan sayang antara mereka."
(surah Maryam:96)
(surah Maryam:96)
nota: bermarathon movie di hujung minggu. terukkan? minggu ni boleh lagi, tengoklah minggu depan. huhu.
selamat menonton/ulang tonton 3 idiots. :D
No comments:
Post a Comment