Saturday, February 11, 2012

alhijrah; segalanya bermula di sini

assalamu'laikum wbt




hidup di rumah begitu dekat dengan tv, sampai laptop pun di"anaktiri"kan. apa boleh buat :P

dan cuti hari tu saya terjatuh hati dengan tv Alhijrah, segalanya bermula di sini. siarannya bagus.
bagus tv Alhijrah, saya mesti pilih. hahaha.

of course lah rancangannya semua berunsurkan islamic. cerita, tv show semuanya osem di mata seorang saya.

zon aulad, oh begitu cumel sekali. "pada zaman dahulu, my three daughters, dll." sungguh, tak tipu, cute sangat. hehehe.

Kupinang Kau Dengan Bismillah. eh? ye, salah satu cerita kat tv Alhijrah. tapi cite Indon biasa lah, episode berjela-jela. hahaha. tapi orang tu dok tengok jugak.


"LAKI-laki itu lebih kuat daripada batu dan lebih kokoh daripada baja. Tetapi laki-laki itu lebih rapuh dari setangkai bunga mawar."


adakah ini benar? *angkat bahu*

dan my mum's favorite tv show, 30 minit Ustaz Don. ustaz yang begitu sempoi dalam penyampaian, tapi begitu masuk sekali. tanpa bahasa baku, anak kelahiran Penang ni guna je loghat sana. dan sesekali terkeluar English. dan memang speaking.

tapi 30 minit u begitu singkat, tolong tambah lagi 30 minit. itu kata mak saya. okey jugak. hehehe. peminat cilik Ustaz Don pun ramai jugak.

dan banyak lagi tv show yang begitu Islamik dan memberi input yang berguna untuk para penonton. setiap iklan diserikan lagi dengan hadis2 dan ayat2 AL-Quran. Alhamdulillah!
teruskan usaha itu!^^

ulang tulis:

"bagus tv Alhijrah, saya mesti pilih." ^_*







nota: seminggu sudah di sem baru. masih di mode suka2. eheh. !
dan tolong lah berada di mode serius! :P

"Hafalan Shalat Delisa" begitu menarik untuk ditonton. dan filem yang sedih juga. kehilangan Ummi dan 3 orang kakak semasa tsunami di Acheh 2004. masa tsunami tu Delisa sedang amali hafalan solat. Betapa khusyuknya membaca sampai dia tak sedar masa tu bumi bergoncang, air mangalir laju.

kehilangan sebelah kaki dikatakan dibawa arus oleh Delisa. kedatangan Dr Sophie dan Omm (pak cik) Smith menggembirakan hati Delisa. apatah lagi kepulangan Abinya, salah satu waris yang tinggal.

apa perasaan Delisa? jiwa raga kanak2. dari riak muka dia sedikit pun tak tau mendalam apa yang terjadi. tapi akhirnya tembok kerinduan itu roboh jua. hampir saja dirinya rebah mengenangkan semua orang meninggalkannya.

oh, sangat tersentuh. sebak, birai mata terasa hangat. jangan lupa menonton.


komen:

filem indon yang islami sangatlah bagus sebenarnya. dan saya suka. ^^
contohnya lihat saja KCB, bagus bukan?

sampai mak saya kata comelnya ustaz dan ustazah (Abdullah Khairul Azzam dan Anna) hehehe. gara2 saya kat rumah, banyak cerita Ma tengok. hee.(rasa macam nak pesan kat Ma, nanti sambung tengok, buleh La tanya). melampau betul. ^^



okey, selamat berusaha untuk diri sendiri. gambatte!

4 comments:

Nadiah Sidek said...

tu la akak selalu 'dengar' rancangan-rancangan tv alhijrah memang bagus

AyuIndah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

told ya, chanel lain sedang malalui zaman suram...dan crita indon memang mengarut tapi kupinang kau dengan bismillah hard to resist la kan,hehe

kak ayu

hasnisyakila said...

kak nadiah: memang bagus akak, seronok tengok...semua bermanfaat ^^

kak ayu: stress tengok. panjang dooh. tak habis2 lagi, watak makain bertambah...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH