sebenarnya nak kongsikan lagu ni...dah lama pun lagu ni...mesti semua dah tau...tapi mesejnya mendalam....
Sendu Sendawa
-Mestica-
Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?
~ Al-Hadis ~
Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa
C/O
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama
Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua
Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara?
Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya
Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita
Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya
Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya
-Mestica-
Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?
~ Al-Hadis ~
Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa
C/O
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama
Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua
Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara?
Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya
Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita
Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya
Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya
kalaulah anda semua ditanya, kenal ke semua jiran-jiran? bagi saya nak kata kenal semua itu adalah mustahil,tapi tak pelik kalau kenal semua...betul tak?hehehe...tak kan lah jiran depan rumah pun tak kenal...itu sudah lebih!
kalau ikut definisi jiran masa belajar Kajian Tempatan darjah 4 dulu, siapa yang boleh kita kata jiran ni adalah 40 buah rumah dari rumah kita...itu dinamakan jiran...anda semua ingat siapa penghuni 40 buah rumah tu??
seronokkan ada jiran...cuba bayangkan kalau rumah kita sorang2....apa rasa...
bercakap pasal jiran ni teringat soalan salah seorang anak saudara saya kepada kakak saya semasa beliau berkunjung ke rumah abang.
"are you neighbor?"
owh, dia tak ingat sapa yang pergi rumah dia...huhuhu...
hidup berjiran ni saya rasa terhutang budi pada jiran2 yang berhampiran rumah...jelas membuktikan kita saling memerlukan...setahun lebih saya kehilangan arwah ayah, sapa yang banyak tolong Ma semasa kakak2 dan abang2 kalau bukan waktu cuti...sudah tentu jiran2 kami yang sangat222 baik hati...tak pernah berkira "satu sen" pun...
tapikan ada jugak ye duduk satu tempat tapi tak bertegur sapa...buat kenduri, tak undang yang satu lagi..apa anda rasa? jiran sebelah buat kenduri tak jemput kita...tak annoying kah? mungkin ada...
tak suka orang tu sampai tak lalu depan rumah...ape kes??? terbang je lah, kalau tak nak lalu depan rumah..hahaha....sorry to say...tak pon, consult JKR, buat private road....hahaha...
okeylah, teman2 sekalian, ada jiran bukan nak buat main-main.....jiran kita bukan tempat cari gaduh, tapi jiran kita untuk masa senang dan susah....kita perhatikan betul-betul maksud bait-bait lagu di atas...
hargai jiran kita kerana sebenarnya mereka betul-betul berharga buat kita tak kira masa senang atau susah....
wallahua'lam
wassalam....
No comments:
Post a Comment