Sunday, December 12, 2010

Masih kuingat (10) : ~selepas setahun~

assalamu'laikum wbt...


kalau ikut "lilypie" di atas, sudah setahun 3 bulan dan 3 minggu arwah ayah meninggalkan kami semua....begitu cepat masa berlalu...

Sudah lebih setahun saya merasai hanya kasih dan cinta bonda tersayang….rindu pada insan itu sentiasa hadir di hati ini…siapa sangka,sudah lebih setahun pemergian ayah tercinta menemui penciptanya…lebih setahun saya memendam rindu kepada arwah ayah….seringkali hadir wajah beliau dalam mimpi saya….kerinduan itu hanya ALLAH yang tahu…tak terucap oleh kata2…acap kali air mata ini menjadi peneman setia bila masa rindu itu datang bertandang…namun,doa tidak pernah lokek untuk dipohon…

Tanggal 21 ogos 2009 tak mungkin saya lupakan sampai bila2…tarikh di mana saya kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya….seakan2 tidak percaya apabila terpandang ruang itu kosong yang tiada lagi penghuni tetapnya membaca helaian2 akhbar kegemaran (harakah,wasilah)….

Hati pernah tertanya2 bagaimana aku kelak?mampukah menghadapi dugaan ini? Diri tidak yakin untuk menjadi kuat….jiwa lemah longlai tatkala menatap wajahnya yang kaku tidak bernyawa…air mata gugur satu persatu tanpa satu suara pun dapat yang menahan…

Tidak dapat saya nafikan, kesusahan itu timbul…..tanggungjawab beralih arah kepada seorang wanita yang tidak mampu sehebat seorang lelaki….masya-ALLAH sukarnya….berteduh di bawah bumbung tanpa naungan seorang insan yang bergelar suami dan ayah….

Namun saya bersyukur, ALLAH kurniakan kami kekuatan dan kesabaran terutama sekali bonda tersayang….saya dikelilingi insan2 yang paling bernilai dalam hidup….yang tak pernah lupa akan tanggungjawab mereka terhadap bonda dan adik2 tercinta….

Jika dahulu saya mempunyai seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak2nya…dari menghantar dan mengambil saya ke sekolah sehinggalah boleh berbasikal sendiri, menghantar dan mengambil pulang dari hostel, menghantar dan mengambil pulang dari Bandar dan tak lupa juga menjadi pelawat setia saya sepanjang 5 tahun di asrama….hati pernah tertanya2 bagaimana keadaan lepas pemergian beliau….

Alhamdulillah saya bahagia walau tanpa kasih seorang ayah…..kenangan dahulu sudah terbukti saya pernah mempunyai seorang ayah, tetapi terlebih dahulu dijemput penciptanya….cukuplah dengan kehadiran abang2 yang menjadi pengganti rindu dan kasih seorang ayah…kehadiran yang cukup memberi keberanian untuk kami golongan yang lemah ini untuk terus melangkah ke hadapan, terutama buat bonda tersayang…

Pemergian ayah tidak semestinya pergi juga hubungan silaturrahim antara kami….malah ia lebih rapat antara satu sama lain….daripada hubungan adik beradik ,ipar duai sehinggalah kepada anak-anak saudara…masing2 tidak lupa untuk bertanya khabar yang lain….hati menjadi dekat,jiwa menjadi tenteram, perasaan kasih dan sayang semakin menebal….semoga semuanya kekal selamanya….Insya-Allah..

Seakan-akan tidak percaya pemergianmu menemui pencipta….lebih setahun peristiwa itu,namun ia bagaikan semalam kita bergelak ketawa bersama-sama….pemergianmu bukan bererti engkau dilupakan….tetapi mengundang rindu buat hati-hati ini….doa kami sentiasa menemanimu….ziarah kami tidak lupa untukmu….semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman…Al-Fatihah!




wassalam....

1 comment:

achikmujahid said...

Hasni, kuatkan hati melangkah.. Tabahkan jiwa menyusuri toriqudda'wah ni..
Sapa kata lelaki golongan yang kuat... X smdh kt2.. Kuatnya seorang lelaki kuatnya pegangan agamanya.. Dn kuatnya seorang wanita, bila mana takwa menjadi pakaian utamanya..Sssh tap, hidup perlu dtrskan... Jangan lupa doa pada arwah, insyaAllah, arwah sentiasa mana ada, bila mana Hasni sentiasa berada bersamanya..

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH