Monday, December 6, 2010

~peristiwa di bulan muharram~

salam a'laik..


Ahlan Wasahlan semua? Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah ini..Insya-Allah esok kita dah masuk tahun baru..bukan new year Miladiyah...tapi tahun baru Maal Hijrah 1432H...

antara peristiwa di bulan Muharram:-

pembunuhan Husein r.a

Pada tanggal 10 Muharram 61H, terjadilah peristiwa yang memilukan dalam sejarah Islam, iaitu terbunuhnya Husein r.a cucu Rasulullah SAW di Karbala. Peristiwa ini kemudian dikenal dengan “Peristiwa Karbala”. Pembunuhan tersebut dilakukan oleh pendukung Khalifah yang sedang berkuasa pada saat itu iaitu Yazid bin Mu’awiyah.
Peristiwa tersebut sangat memilukan bagi siapa saja yang mengenang atau membaca kisahnya, apalagi terhadap orang yang dicintai Rasulullah SAW, dan kita tentu mencintai dan memuliakannya.


Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan ‘Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.


amalan sunat di bulan muharram

berpuasa

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

berpuasa di hari asyura

Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada Neraka.

Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali . Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas solat sunat Maghrib 3 kali.

*******

apa hijrah kita...Rasulullah SAW berhijrah dahulu untuk mengembangkan Islam dari Mekah ke Madinah....hijrah boleh kita katakan berubah...tapi perubahan itu sesuatu yang sukar melainkan melakukan perubahan dengan ikhlas...memberi yakni melakukan perubahan dengan ikhlas...disamping tidak lupa memohon doa dari ALLAH agar ditetapkan hati dan terus beristiqamah...insya-Allah...

semoga Allah menjaga hati-hati kita.....semoga Allah menerima amalan-amalan kita....firman Allah "dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
semoga juga kita senantiasa mengingati Allah diwaktu senang dan susah....



~SALAM MA'AL 1432 H~


Wallahua'lam

wassalam....

No comments:

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH