Thursday, December 15, 2011

AKMAL 2011

assalamu'alaikum wbt






**** "adegan" di bawah banyak menggambarkan kehebatan, awesome, dahsyat, great, amazing dll. minta untuk tidak merasa pelik kerana kalau saudara-saudari di tempat saya semasa program berlangsung , anda memang rasa seperti yang disebut****


ALHAMDULILLAH, Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh(AKMAL) 2011 successfully ended. Subhanallah, it was a great moment. Awesome! It amazed me a lot.(mohon maaf, hari baru dapat update. programnya 3-4hb hari tu)

Sepanjang video dipertontonkan diselusuri explanation daripada Ustaz Syaari, dalam hati tak henti Subahallah, Allahu Akbar, Masya Allah. kenapa?

kerana Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang benar2 seorang pemimpin. pemimpin yang mengotakan apa yang dikatakan, bukan hanya cakap kosong. seorang pemimpin yang bekerja bersama-sama rakyat.

dan yang paling saya mengagumi Sultan Muhammad adalah, beliau adalah hamba ALLAH yang tidak pernah sekalipun meninggalkan solat tahajjud, solat lima waktu dan solat2 sunat yang lain setalah akil baligh. ALLAHU AKBAR! kerdilnya rasa diri.

Hebat sultan Muhammad Al-Fateh. Kebijaksanaan, keberanian, ketaqwaan, keimanan yang tinggi kepada ALLAH, semangat juang yang kental. Yang saya kira tak mungkin ada pada semua pemimpin pada hari ini. Jika anda imbas kembali sejarah bagaimana sultan Muhammad merampas Constantinople. Memang sangat2 tak expectation. Seorang pemuda yang hebat. ALLAH, hebat!

Baginda yang dilatih menjadi Sultan Uthmaniyyah pada umur 12 tahun. Kalau kita lihat sekarang kanak2 umur 12 tahun apa yang mereka boleh buat. Dan yang paling hebat baginda Berjaya menawan kota Constantinople pada usia 21 tahun ,yang mana sebuah kota yang dikelilingi menara kawalan 60m dan 400 batalion 24 jam. ALLAH. Seumur saya ini pun memang tak mampu untuk itu. Memang hebat.

Setelah 12 kali percubaan untuk meruntuhkan benteng untuk masuk ke Constantinople yang kesemuanya menemui kegagalan, namun sultan Muhammad Berjaya menawan Constantinople pada percubaan yang ke-13 dengan hanya 53 hari pada 29 May 1453. ALLAH, saya terkedu. Memang hebat.

Maka benarlah hadis yang diucapkan oleh Rasulullah SAW semasa Perang Khandak:

“Constantinople akan hanya dibuka oleh pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, dan tenteranya yang sebaik-baik tentera.”

Akhirnya setelah 800 tahun ,hadis itu menemui kebenaran.

ALLAH, ALLAH, ALLAH.

Kalau kita lihat macam mana strategy yang disusun oleh Sultan Muhammad, anda akan rasa begitu awesome. Strategy yang tak mungkin orang boleh fikir. Bagaimana baginda menukarkan daratan menjadi lautan dengan memindahkan 70 kapal dalam masa 1 malam. ALLAH. Hebat222!


berbalik kepada AKMAL 2011, ia diadakan pada 3-4 December 2011 baru2 ini bersempena CAMPRO 2011. di"handle" penuh oleh Ustaz Syaari yang merupakan perunding motivasi di Ibrah Paradigm and Consultancy.




Slot pertama tidak sempat saya hadiri kerana perlu attend briefing Industrial Training. Ruginya. Saya masuk bermula slot kedua yang memang awesome. “Mengembara” ke Constantinople." Video 3D yang mampu membuat seseorang menjadi teruja. ALLAH. Melihat video bagaimana sultan Muhammad Berjaya menawan Constantinople dan strategy yang disusunnya. Masya-Allah, memang terhebat!

Slot ketiga pada hari pertama iaitu kawad kaki. Hehe. Oh ya, kami dilatih macam tentera la lebih kurang. Batalion2 yang menghadiri akademi Al-Fateh. Bergerak dalam kumpulan, buat logo, motto berdasarkan 7 sifat Al-Fateh ; be positive, be proactive, clear vision, synergy, out of the box, integrity, tawakkal.


semacam ada saya je. cecari cecari. hahaha :D


Satu slot kami pada hari pertama, menolak kereta. Simbolik nak tahu macam mana susahnya mereka menolak kapal yang beratnya bertan-tan itu. We did well. Ustaz expected us doing in 15 minutes, but we finished in 2 minutes lebih2. Subhanallah. Team work makes job easily. Itu baru sedikit.

cuba kita bayangkan bagaimana sultan Muhammad yang telah menukarkan daratan menjadi lautan hanyan untuk memindahkan 70 kapal dalam masa satu malam. ALLAH. 21hb April hingga ke 22hb April. sAya dah semakin jatuh hati dengan bulan APRIL. ;) tak lupa juga bulan May.

Kapal-kapal ini diluncurkan diatas batang-batang kayu yang telah dilumur dengan darah dan lemak haiwan. Ia dilakukan pada waktu malam, dan ketika angin bertiup kencang. Ini memudahkan lagi proses-proses pemindahan kapal melalui daratan.

Malam tu jugak kami adakan aktiviti yang begini: setiap orang pusing ke belakang, dan dikepilkan penyepit baju yang berbeza warna. Tanpa mengeluarkan suara bergerak mengikut warna penyepit baju. Kami dibolehkan membuat tiga kali percubaan.

Rekod sekarang dipegang oleh adik2 di khalifah school dalam masa 43 saat. Dan kami? Percubaan pertama memang mengecewakan. Tapi kami bangkit, berusaha dengan percubaan ke-3 selama 44 saat. ALLAHU AKBAR.

Itu lah dia, simboliknya. Kalau kita focus apa yang kita nak, we’ll get it. What you give you get back.



andalah Al-Fateh di Malaysia;))


Oh ya, lagu tema untuk setiap slot. Hamba-Mu, lagu tema imam muda. ALLAH, memang bersemangat.^^

Aktiviti yang lain pada hari kedua. Kami diminta membuat bangunan yang tinggi dan kukuh daripada duit kertas yang dikumpul oleh ahli2 kumpulan. Dan pic akan kacau bangunan tu sampai roboh. Untuk mengelakkan dirobohkaan oleh “pengganas” itu, kami usaha sedaya upaya untuk melindungi bangunan tersebut. ALLAH, baru tahu betapa susahnya.



Dan begitu jugalah umat Islam di Negara yang sedang bergolak sekarang, tak akan pernah nak merasa aman. Hidup yang sentiasa dalam ketakutan dan berwaspada. Cuba kita banding dengan kehidupan kita di Malaysia yang jauh berbeza daripada mereka semua. ALHAMDULILLAH. Jadi setakat mana usaha kita untuk membantu mereka di Palestine dan negara2 Islam yang lain.

Dan video terakhir yang ditayangkan sebelum penutup, video pergolakan pre- world war 3. ALLAH, nak menitis air mata tengok. Jahatnya yahudi laknatullah. Yang tidak punya perasaan belas kasihan untuk mereka yang tidak bersalah. Pembunuhan demi pembunuhan insan2 yang tidak berdosa, merampas hak milik sesaiap sahaja.

Dan semoga ALLAH memberi kejayaan untuk Palestine, Turki dan negara2 Islam yang lain yang terus mempertahan hak mereka. Dan yakinlah Islam akan mencapai kejayaan. ALLAHU AKBAR!


Utusan tuhan bersabda,

Benarkan, suatu ketika,

Derapan kudakan tiba,

Bebaskan kota di roma,

Tentera fateh pun datang, hadis nabi kuatkan iman,

Layar kapal rentas lautan, tanduk emas dibantu tuhan,

Tujuh puluh kapal pun tiba, Byzantium gegak gempita,

Dua ratus tentera tiba, mimpi buruk sudah pun tiba,

Lapan ratus tahun penantian, Konstantin akhir ditawan,

Panji islam dikibar Hasan**, tubuh syahid jiwa terkorban,

Itulah si anak muda, beraksi mengeggar dunia,

Itulah sebaik raja, itulah sebaik tentera,


(nak dengar lagu ni boleh Google di halaman you tube)


** Hasan mati syahid semasa nak pacakkan panji islam di kemuncak konstantinople. beliau diserang 5 anak panah.

Abu Ayyub Al-Ansari juga salah seorang yang mati syahid semasa penawanan kota konstantinople. tiada apa yang dipinta melainkan disemadikan di bawah benteng kota konstatinople dengan harapan beliau dapat mendengar derapan kaki kuda yang ditunggangi sultan muhammad. ALLAH!


Rasulullah SAW dan sultan Muhammad Al-Fateh:


Visionary: vision untuk menang.

Informative:bertindak mencari maklumat yang tepat. Sultan Muhammad sendiri yang turun ke Constantinople dan cari maklumat. Begitu juga Rasulullah SAW, yang bertidak berdasarkan maklumat yang tepat.

Qudwah: Rasulullah SAW sendiri yang menggali parit masa Perang Khandak. Begitu juga dengan sultan Muhammad yang turut bekerja bersama2 rakyat2nya. Mereka lah yang dikatakan “the man who walk the talk.”

Baginda pernah bersama-sama dengan rakyat dan tentera Baginda untuk membina benteng Rumeli Hissari.

Out of the box: staretgy yang di luar dugaan. Cuba kita kaitkan daratan dan kapal. Sangat tidak masuk akal kan? Tetapi tidak untuk sultan Muhammad yang berajaya dengan strateginya mengubah daratan menjadi lautan.

semasa peristiwa Hijrah. kalau kita fikir kenapa baginda Rasulullah SAW keluar ikut pintu belakang dan menggantikan Ali Bin Abi Talib di tempat tidur baginda. pada masa tu musuh sedang mengepung pintu depan rumah baginda. hebatkan Rasulullah SAW punya perancangan.;)

itulah yang diilhamkan oleh ALLAH untuk mereka berdua yang sehingga kini menjadi sebutan. Subhanallah!

Muda: memerintah dalam usia yang muda.




kalau anda yang membaca kisah sultan muhammad boleh terpikat dengan kehebatan beliau, apatah lagi kalau anda mendengar apa yang dibicarakan oleh ustaz Syaari di Akademi Al-Fateh. mengembara bersama ke Constantinople melalui video 3D yang memang me"real"kan keadaan.

jadi saranan saya , joinlah Akademi Al-Fateh jika diberi peluang dan kekuatan. pengalaman yang tak akan anda lupakan. tak rugi walaupun bayar. seriously, you'll learn a lot of things, that's people can't even know some of them^^


sesuatu yang mampu mengajar kita untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan sebelum-sebelumnya.



bersama ini saya sertakan kenangan AKMAL 2011 yang tak akan saya lupakan. ;)
gambar saya dengan ustaz bersama buku beliau tak tau dalam kamera sapa hari tu.;(




cumel pulak nama Muhammad Al-Fateh kan? hehehe


p/s: selamat berpulang "Al-Fateh Korea". hehehe. see you soon^^


semoga bermanfaat.

allahumma ameen!





wallhua'lam

3 comments:

Nadzipah said...

whoa~bestnya!
bila la berpeluang join program macam ni..

nak teka. nak teka. kak ila yang dari kanan, kedua terakhir tu kan? baju ungu, tudung hitam. betul tak? heheh...

wee~insya-ALLAH. nanti kita jumpa eh.^^

hasnisyakila said...

best kan....masa tak g 1st slot rasa rugi sgt2..huhuuh

ye ke, macam bukan...hahaha...kaler baju n tudung betul dah. hehehe...

IA see you soon....

Siti said...

cerita Al-Fateh ni la satu2 nye cerita yang Hilal dok cerita atas surau masa kuliah maghrib yg akan kukenang sepanjang hayat!

kalau baca@dengar cerita ni in details ada satu point yg SANGAT penting dibuat pengajaran n panduan kehidupan :-)

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH