Sebut saja tawakkal, semua orang dah tahu atau mungkin faham macam mana konsep tawakkal itu. Mendengar santapan rohani bersama-sama akhawat di masjid pagi tadi menimbulkan semangat saya untuk belajar. ALLAH.
Konsep tawakkal yang diketengahkan begitu masuk sekali. Diselitkan juga, tawakkal dan usaha. Tanpa usaha macam mana nak bertawakkal.
Ye, bagaimana tawakkalnya seorang ibu kepada seorang Nabi, Nabi Musa a.s.
Mari kita sama2 mengambil pelajaran dengan kisah Nabi Musa yang mana boleh kita lihat konsep tawakkal itu.
Sama2 buka surah Al-Qasas, ayat 7 hingga 13. Baca dan hayati ye ;)
Kalau kita takut kena culik kita akan sembunyi dalam rumah, apa yang akan kita buat kalau kita diminta untuk keluar rumah? Begitu juga lah yang dikisahkan ibu Musa yang masa tu tengah mengandungkan nabi Musa. Masa tu Firaun mengatakan sesiapa dapat anak lelaki akan dibunuh. Maka takutlah bonda nabi Musa kerana dia sendiri sedang mengandungkan anak lelaki. Sehinggalah nabi Musa lahir tak ada sesiapa pun yang tahu.
Di saat takut akan Firaun tahu dia mempunyai anak lelaki, ALLAH memerintahkan supaya nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil. sungai yang dalam dan air yang laju. Seperti yang disebutkan dalam ayat yang ke-7. ALLAH perintahkan supaya ibu Musa menyusui Musa dan kemudian hanyutkan Musa di Sungai Nil. Dan ALLAH janjikan akan mengembalikan Musa sebagai seorang Rasul.
Kalau anda, nak lepaskan anak dalam sungai, dalam sebuah kotak, apakah anda sanggup? ALLAH, ibu Musa sangat hebat. Dia menurut segala perintah ALLAH, hanyutkan Musa ke sungai dalam sebuah kotak. Perancangan ALLAH itu hebat. Kotak tersebut sampai ke mana? Sampai ke kawsan istana Firaun dan ternampak oleh Asiah, isteri Firaun. Dan diambil menjadi anak angkat Firaun. SUBHANALLAH.
Macam mana persaan ibu Musa tadi. Of course la tak tenang, tapi janji ALLAH membuatkan ibu Musa terus bergantung harap pada ALLAH, meyakini setiap apa yang diperintahkan ALLAH. Dalam ayat ke -10 dinyatakan perasaan ibu Musa yang kalau boleh nak jerit dan bagitau semua orang bahwasanya dalam kotak tu ada anak dia yang bernama Musa. Tetapi ibu Musa tetap bergantung harap pada ALLAH, dan teguh hatinya.
Bersambung ke ayat yang ke-11, ibu Musa meminta saudaranya mengikut Musa. Naluri seorang ibu. Walau dah besar mana pun anak tu akan tetap ada perasaan risau tu kan? Ye, saya memang belum lagi seorang ibu. Tapi kebenaranNya di situ.
Dan ibu nya Musa diuji lagi, saat anakandanya berada di sisi Asiah, nabi musa tak boleh menyusu dengan sesiapa pun melainkan bondanya sendri yang datang dan menawarkan diri untuk menyusui bayi tersebut. (ayat 12).
“maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati, dan agar dia mengetahui janji ALLAH itu adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.” (ayat 13)
SUBHANALLAH, ALLAHU AKBAR!
Begitu sekali tawakkal seorang ibu kepada ALLAH setelah menjalankan perintah yang disuruh. Perintah yang begitu berat utuk dituruti, namum kebergantungannya kepada ALLAH yang sangat teguh membuatkan ibunda nya Musa sanggup melakukan itu dan percaya bawasa janji ALLAH itu adalah benar.
Maka sesuailah degan musim exam nya sekarang. Nak bertawakkal, kena berusaha.kalau ibu nabi Musa tak ikut perintah ALLAH untuk hanyutkan nabi Musa, macam mana dia nak tahu janji ALLAH itu benar. Sama jugalah siatuasi kita sekarang, kalau tak study, usaha sungguh2, mana nak tahu setakat mana hasil usaha kita daripada-NYA. Yang bagi keputusan itu ALLAH, perantaranya adalah kita jawab exam dan pemarkahan.
ALLAH sentiasa bersama kita. Bergantunglah pada DIA kerana hanya DIA yang mampu mengurniakan apa sahaja untuk kita. Kepandaian, kehebatan, kecerdikan, kefahaman itu adalah milik DIA yang mutlak, sekelip mata sahaja boleh ditarik balik. Na’uzubillah.
Jadi kalau sapa2 yang rasa dia hebat(sampai saya kadang2 rasa annoying dengan beliau), ingat ALLAH LAGI HEBAT. Tak hebat mana pun awak tu!
dan juga selamat menempuh peperiksaan untuk semua warga UIAM Kuantan Campus, terutama buah sahabat2 CTS 091/092. tak lupa juga akhawat ikhwah di UIAM Gombak.
do the best, leave the rest to HIM. may ALLAH showers His blessing upon all of you. best of luck !!!!
datang dengan harapan
pulang dengan kejayaan.
allahumma ameen!
nota 1 : exam saya start 8hb di mana orang lain habis exam 7hb. tapi saya masih tak start2. apa tanda nya tu? ;(
nota 2 : baby baru nama apa ye ? *sambil gosok2 dagu*. hahaha
nota 3 : selamat tahun baru 2012. semoga lebih baik dari semalam. ;)
tadi borak teefon dengan kakak, dan tiba2 muncul suara anak kecil sebut "lori panjang', keta, dll". sangkanya Yaya, trus saya tanya mana baby. dan rupa-rupanya si kecil itu Harith. patutlah dok sebut lori, keta. hehehe.
maaf sayang, Sukila langsung tak perasan tu suara Harith ;(
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment