sebut pasal memilih, ia pasti sesuatu yang sukar bukan? bukan senang untuk memilih sesuatu yang belum tentu macam mana di hadapan kelak. bukan senang untuk memilih sesuatu yang kita tidak tahu perihal sesebuah perkara itu.
lihat sahaja "memilih jenis ikan yang segar" di pasar ibaratnya, tidak senang kan?begitu juga "memilih pakaian" untuk kaum wanita misalnya, tidak mudah kan? kaum Adam juga yang pastinya. apatah lagi memilih calon isteri mahupun suami. lagilah super duper darjah kesukarannya.
kerana itu kembalilah kepada fitrah. Islam is the way of life. setiap apa yang terjadi ALLAH dah gariskan apa tindakan kita yang seterusnya. kerana hanya DIA yang tahu apa yang bakal terjadi kepada kita dan apa yang terbaik untuk kehidupan kita. ALLAHU AKBAR!
bagaimana panduan untuk memilih? gunalah kaedah orang tengah.heee^^
oh, tidak, bukan itu maksud saya. yang itu pun betul juga.
maksud saya yang sebenarnya adalah beristikharah lah untuk memilih sesuatu kalau itu yang terpenting untuk kita.
saya kira kalau nak beli baju tu tak perlulah kot nak beristikharah. begitu juga masa nak jwab exam. nak pilih jawapan untuk saolan MCQ. untuk yang itu cukuplah revision anda sahaja.^^
tapi kalau pilih jodoh, mesti, wajib! beristikharah!
"Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat"
minta pada DIA semoga dikurniakan hati yang lapang untuk membuat keputusan. dan semoga keputusan itu adalah yang terbaik tak tidak membuat kita menyesal di kemudian hari.
Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik untuk kita, kerana "Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."
dan bagi saya, tidak mampu untuk saya fikir di mana yang terbaik untuk saya. semoga ALLAH memberi petunjuk untuk saya membuat keputusan. seboleh-bolehnya sebelum minggu depan. ALLAH sukarnya.
YA ALLAH, jika itu yang terbaik untukku aku redha. hanya ENGKAU yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-MU ini. hanya ENGKAU YA ALLAH yang sebenar-benar perancang yang terbaik. dan hanya ENGKAU yang dapat membri keputusan yang terbaik.
bersabarlah.DIA tahu apa yang terbaik untukmu.
senyumlah, kalau itu mampu membahagiakan hatimu.
carilah hakikat bahagia dalam jiwamu,
insya-ALLAH DIA sentiasa di sisimu.;)
senyumlah, kalau itu mampu membahagiakan hatimu.
carilah hakikat bahagia dalam jiwamu,
insya-ALLAH DIA sentiasa di sisimu.;)
nota 1:
Jangan salah faham semua ya. saya bukan nak memilih untuk calon bakal suami. hehe. tapi nak memilih tempat
nota 2 :
short film;tomato memang terbaik. sebak bila tengok. susah nak cari kawan macam tu. yang tahu bila dan kenapa nak mintak maaf.
mabruk untuk Mazlan dan Rozaid. you did well!
tapi kalau yang suka baca kesalahan orang lain, dia je betul yang tu ramai.
memilih seorang sahabat juga sesuatu yang sukar.
No comments:
Post a Comment