salam 'alaik
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
segala puji bagimu ya Allah.
akhirnya habis jugak semester pendek saya di Gombak. pagi semalam kertas terakhir yang wajib dijawab, Financial Management. moga tahulah menguruskan wang yang semakin kering. hehehe. apa kaitan tak tau la tu.
dan cuti saya bermula. sehinggalah 12 September 2011. insya-Allah. dan esok bermula pengembaraan mencari cinta. hahaha. mengarut je lebih. yang sebenarnya perjalanan mencari sebuah ukhuwahfillah. hehehe.
okeh, short sem terakhir sudah habis di Gombak. banyak kenangan kat gombak kali ni.
transportation:
transportation kat Gombak tersangatlah mudah, toksah nak runsing2 fikir nak keluar nanti sapa nak hantar. rapid KL, metrobus berlambak2 masuk sampai takde orang naik. hahaha. kalau kat Kuantan kena delivery kan. hehehe. bab tu memang leceh sikit.
makanan:
cafe kat Gombak memang banyak. penat nak kira. hohoho. makanan pun berbagai-bagai. kalau tak, takkan lah ade orang Kuantan dok promote makanan kat Gombak best, sampailah ade orang dari Kuantan datang, hahaha. memang betul semangat.
memang, cafe kat Gombak lagi banyak dari Kuantan dan makanan yang pelbagai. dari nasi ke roti kek dan sebagainya. nak nasi arab pun ade. hehehe. nak roti babush pun ada. masakan ala Mediterranean pun ada. pilih saja, asal bayar, hehehe.
yang cerita benar. sepanjang duduk mahallah Sumayyah hampir sebulan lebih, saya tidak pernah merasai makanan tengah hari di sana. ini bermakna saya tidak ke cafe. anda tahu sebab yang bagaimana? hahaha. hanya orang2 tertentu sahaja yang bisa mengagak apa yang berlaku. hehehe.
ITD unit:
nak merasa wifi UIA kenalah register. bab tu yang malas, kalau internet laju agak la okey. ini tak. amboih, merungut je kerje. syukur, ada wifi connection. hehehe. staff kat registration counter tersangat mesra alam dan sitematik. saya sangat suka. tak sampai 15 minit dah siap. boleh pergi bila2 masa sahaja bukan pilih hari.
suasana belajar:
yang ni lagi suka kat Kuantan. especially kat CTS BUILDING. rindu tempat itu. huhuhu. pergi kelas naik bus, bukan jalan kaki macam kat Gombak. huhuhu. CTS takde foreigner, tapi bila masuk keals sini ada foreigner. oke je sebenarnya. hehehe. diaorang ni kelakar even kadang2 tu menyampah. hahaha.
dar Al Hikmah Library. tempat tidak pernah kujejak setelah dua kali di Gombak. apakah teruk sangat ni. student tak g library, itu perkara biasa. hahaha. janji dia pergi lecture, tutor class tak pernah skip. assignment hantar on time, latihan dia buat, discussion dia pergi. tapi bab2 jumpa lecturer dia tak pergi sangat. hahaha,
i will miss this place. you became my second place for my 2nd short semester and will become the third place in 2013. CAC is waiting for me during Convest. Amin! Insya-Allah.
bakal merindui usrah di Gombak. syukran tidak terhingga untuk naqibah di Gombak Kak Sarimah dan usrati lain Hasni, Uswah, Shai dan lain2, mula perkenalkan diri ada nama sama. seronok tu. hehehe. juga untuk naqibah di Kuantan Kak Aini dan Kak Suriana. nanti kita jumpa kat Kuantan. terima kasih untuk tarbiyahnya. semoga akan terus di jalan tarbiyah. Insya-Allah.
UIA PJ > UIA KUANTAN > UIA GOMBAK
jiwa saya.
4 tahun sudah berlalu.
masih lagi berbaki 2 tahun.
semoga Allah permudahkan.
tengok CAC, tak sabar nak grad.
insya-Allah,
akan datang hari bahagiamu
amin!
~ biarlah kita melihat kematian, hati kita hidup, bukan hati kita mati apabila melihat kehidupan~
wassalam
No comments:
Post a Comment