suka saya untuk berkongsi ini dengan sahabat-sahabat sekalian, pencinta matematik terutama. hehehe. nampaknya, tidak sia-sia kita belajar ilmu hisab. Subhanallah!
nak tahu kena baca. have nice reading ^^
Mencari kebenaran al-quran, bahawa the absolute truth itu ada padanya, mungkin memerlukan ke arah ada pendekatan yang lebih universal.Bahasa sejagat yang boleh di guna pakai oleh sesiapa sahaja, berbekalkan akal pembeza manusia daripada binatang.
Gunakan matematik dan teori kebarangkalain(TOP) yang kita semua tahu. Kita semua sedia maklum bahawa antara keistimewaan al-qurani alah pada kewujudan fakta-fakta sains yang mengagumkan.Begitu banyak penemuan sains yang hanya ditemui pada era moden in, telah tercatat dengan jelas di dalam al-quran, teks yang telah wujud sejak lebih 1000 tahun yang lalu, era yang masih jauh daripada upaya manusia menganalis alam dengan disiplin sains.
Dari mana datangnya fakta-fakta yang betul itu?
“arg, mungkin hanya lucky guess!” jawab segelintir yang tidak atau belum mengimani al-quran.
Baiklah, kita terima alasannya bahawa fakta sains di dalam al-quran hanya lucky guess, oleh ‘penulisnya’ bernama Muhammad.
Dengan menggunakan TOP, mampukah nabi Muhammad SAW membuat lucky guess di dalam al-quran?
Dengan sebiji dadu, berapakah kebarangkalian kita untuk mendapat nombor 3 dengan satu balingan?Jawapannya adalah 1/6.Berapa pula untuk kita mendapat nombor 3 dengan2 balingan(rolling 2 dices)? Jawapannya adalah 1/36.
Gunakan teori yang sama untuk menganalis fakta sains di dalam al-quran.
Misalnya, di dalam al-quran, ada keterangan tentang bulan dan matahari.Jika nabi Muhammad SAW mahu membuat sesuatu tekaan apakah bulan itu mengeluarkan cahayanya sendiri, atau memberikan reflek kepada cahaya yang datang daripada sumber lain, maka kebarangkalin untuk nabi Muhammad SAW membuat tekaan yang betul?
Pasti, kebarangkaliannya adalah ½.Sama ada cahaya sendiri, atau cahaya daripada sumber lain. (imagine flip a coin. whether we will get a tail or head)
Itu fakta sains.
Bagaimana pula dengan isu lain di dalam al-quran? Misalnya fakta apakah bumi mengelilingi matahari, atau matahari mengelilingi bumi.Atau fakta tentang komponen tubuh manusia ini terbentuk daripada apa….. jika setiap satu fakta sains di dalam al-quran ini mahu disampaikan secara lucky guess oleh seorag manusia bernama Muhammad, maka berapa kebarangkalian nabi Muhammad SAW untuk membuat tekaan yang betul?
½ x 1/6 x 1/15 x 1/78…… ada seribu fakta sains di dalam al-quran, maka kebarangkalinnnya ialah 0.00 000 000 007 686 443 547 637…… dan angka berterusan…. Atau dalam erti kata yang lain, MUSTAHIL!
Namun, kesemua fakta sains di dalam al-quran itu adalah TEPAT dan BETUL.
Maknanya, yang bercakap di dalam al-quran itu mestilah satu pihak yang sangat tahu tentang mansuia dan alam.Tidak lain dan tidaka bukan, pihak yang bercakap di dalam al-quran itu adalah pencipta alam dan manusia.Itulah tuhan, itulah ALLAH….ALLAHU AKBAR!
TOP boleh digunakan untuk mencari keyakinan terhadap al-quran.
Petikan daripada buku “transformasi Ramadan” oleh Ustaz Hasrizal.
wassalam
No comments:
Post a Comment