Tuesday, July 5, 2011

menegur itu sakit, teguran itu pahit



salam 'alaik



saya tertarik dengan kata-kata ini. mohon diambil ye cik penulis ^^

bukan cuma menjadi murabbi itu payah,
mahu membentuk diri menjadi murabbi juga payah.

ye benar. menjadi seorang da'ei bukan sesuatu yang mudah. tidak kira sesiapa sahaja mad'unya. walaupun sahabat sendiri. saya kira mahu membentuk diri menjadi murabbi bukan juga payah, bahkan memerlukan kekuatan dan kesabaran.

A : C, kiblat solat awak senget sangat tu. ke arah jam 11 bukan 1.
C : susah la. ade kotak belakang tu.
A : solat kat depan sikit. boleh kan. jauh dari kotak tu.
C : tak kisah la arah mana2 pun.
A : speechless

kalau nak ikut, alasan sedemikian tidaklah logik sangat. apa susah, solat saja kat ruang tengah, tak siapa boleh ganggu.

benar la, nak menegur itu sakit. sakit kalau diri tidak kuat. dibuatnya kena hambur balik macam mana. dibuatnya bagi penampar macam mana? dan teguran itu pahit, tetapi penerimaanya manis. teguran itu bukan untuk memalukan, tetapi untuk menyedarkan. kenapa mesti malu kepada manusia bukan malu kepada Allah.

"malu itu sebahagian daripada iman."

siapa yang kuat imannya, dia patuh, taat, ada rasa malu kepada Allah sebagai seorang hamba yang banyak cacat celanya.

teguran itu penting dalam kehidupan. tak semestinya orang yang menegur sentiasa benar. fitrah manusia, yang tak pernah lekang daripada melakukan kesalahan. dan teguran itu sebenarnya bersifat membina, bukan untuk menjatuhkan.


"orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat kepadanya walaupun satu patah perkataan."

saya bukanlah orang yang terbaik untuk menegur, kerana banyak lagi yang perlu ditegur. ayuh sama2 kita bermuhasabah diri dan merenung kembali sejauh manakah tahap ibadah kita setakat ini. menegur dan boleh ditegur, jadikan kedua-duanya manis, seindah kemanisan iman yang ingin dikecapi.

Rasulullah SAW pernah menyebut

''Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."



mampukah kita untuk jadi begitu.?


wallahua'lam


wassalam

2 comments:

Nadzipah said...

Subhana-ALLAH. Masya-ALLAH..

Jazakillah atas peringatan. Sebetulnya diri ini juga sukar untuk menerima teguran. Apatah lagi jika dengan cara yang tidak berhikmah.

Masih lagi berusaha untuk berlapang dada dengan segala teguran. Apa salahnya mendengar dan mengambil iktibar. Teguran itu tanda sayang bukan?

p/s: tegurlah adikmu ini andaikata dia tersalah langkah...

hasnisyakila said...

ye, teguran itu tnda sayang, tanda peringatan, bukan untuk memalukan.

diri ini juga sukar untuk menrima teguran, tetapi berusaha ke arah itu tidak salahkan? manusia tak pernah tak buat salah.
mungkin apa yang kita buat salah, kita berhak tahu benda tu slah.sudah tentu teguran itu penting...


ayuh sama2 berlapang dada untuk menerima teguran yang bukan hanya untuk kebaikan diri bahkan untuk lebih dekat kepadaNYA.

semoga Allah menjaga hati kita. amin!

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH