assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah, kita dah masuk bulan Sya’aban. Bulan tarbiyah yang kedua selepas bulan Rejab. Bulan tarbiyah yang sedetik sebelum tibanya madrasah Ramadhan, Insya-Allah. Bulan yang pahalanya melimpah-limpah buat hamba-Nya yang melakukan amal soleh. Lalu, bagaimana persiapan kita setakat ini.
Yang sebenarnya, persiapan bukanlah untuk bulan Rejab, Sya’aban sahaja. Bulan2 yang sebelumnya sama lah jua. Cuma bulan Rejab Sya’aban ni kalau orang kata macam nak panaskan enjin dulu sebelum betul2 masuk Ramadhan Kareem. Nanti tidak lah terlalu shock. Hehehe. Bulan mana yang pahalanya tidak sama dengan pahala di bulan2 lain. Subhanallah. Beruntung siapa yang merasai keberkatan Ramadan. Insya-Allah, ia menjadi milik kita.
Kalau hari lain kita boleh solat sunat dhuha, kenapa bulan puasa tak boleh. Kalau hari lain kita boleh bangun qiyam, mesti bulan puasa lagi boleh kan, sambung sahur terus. Alhamdulillah, Nikmatnya ramadhan.
Kalau nak diikutkan persiapan kita yang selalu kita dah buat. Qiyam mungkin susah. Ya, saya akui, diri sendiri pun nak bangun qiyam, Masya-Allah, banyaknya halangan. Tapi kalau nak seribu daya , tak nak seribu dalih kan. Siapa tak nak pahala bangun qiyam, yang mana Allah ta’ala bermegah dengan hamba-Nya yang bangun di tengah malam untuk beribadah yang tidak ada sesiapa pun melihatnya.
Amalan rasulullah SAW :
- Puasa sunat 3 kali sebulan
- Solat sunat dhuha (kalau nak lagi tenang boleh baca surah Al-Waqi’ah)
- Solat sunat rawatib
Nampak macam biasa je kan. Insya-allah, kalau kita selalu buat, boleh punya. Malaysia pun boleh, rakyat Malaysia pun boleh, khalifatullah lagi lah boleh. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada kebaikan, di situ ada berkatnya. Dalam hati bukan saja harus ada taman, tapi mesti ada iman.(^_*)
“maka beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya, dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.”(Surah As-Shams: 9-10)
mari semua sahabat-sahabat sekalian, kita bersama-sama muhasabah diri kita sempena Ramadhan Kareem yang bakal tiba. check balik kita punya checklist untuk Ramadhan. masih lagi berbaki untuk "memanaskan enjin".
let's presenting us the best to raise the best in ours in enhancing ibadah and nurturing our iman. Allahu Akbar!
jom sama2 merasai nikmat dalam beribadah (^_*)
wallua'lam
wassalam
No comments:
Post a Comment