Baru ini saya mendapat berita mengenai pergaduhan. Pergaduhan kecil saya kira, tetapi bila dah melarat-larat jadi besar. Saya dah pun tahu sebelum ni, tetapi secara biasa-biasa saja. Dan semalam saya dah dapat keseluruhan jalan ceritanya. Mohon untuk tidak diceritakan di sini, untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Pergaduhan yang mana kalau tiada solusinya boleh mematahkan ukhuwah yang telah terbina, walaupun darah daging sendiri. Pergaduhan dan kemarahan yang saling melengkapi, di mana syaitan sudah pun menguasai keseluruhan anggota kita pada waktu itu. Na’uzubillah.
Memang betul kalau kita marah sangat-sangat susah untuk menuturkan perkataan maaf itu. Kalau ada pun hanya sekadar menghiasi bibir tanpa ada kesannya di hati. Allah itu maha pengampun maha pemaaf, tak kanlah kita hamba yang hina, yang daif,yang ada cacat celanya, yang tidak pernah sempurna, yang belum tentu cukup amal ibadahnya tak boleh memaafkan. Hebat sangatkah kita jika dibanding dengan kehebatan Allah? Jangan riak untuk menuturkan maaf.
Sebanyak mana dosa yang dilakukan oleh seseorang dan dia bertaubat, Allah mengampunkan dosa mereka yang melakukan kesalahan.
firman Allah :
“Barangsiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan dan memperbaiki diri, maka sesuhngguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah maha pengampun, maha penyayang.”(Al-Ma’idah:39)
firman Allah yang lainnya bermaksud :
“Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan orang lain , maka sungguh Allah maha pemaaf maha kuasa.”(An-Nisa’:149)
Tak nak ke kita jadi seorang yang penyayang sesama makhluk di muka bumi ini apatah lagi sesama keluarga, adik beradik, ipar duai, sahabat-sahabat handai.
Rasulullah SAW juga seorang yang pemaaf. Kita imbas kembali sejarah baginda yang dikelilingi orang yang memusuhi baginda, sentiasa menyakiti baginda, tetapi bagaimana reaksi baginda? Rasulullah SAW tetap memaafkan setiap apa yang dilakukan terhadap baginda, tanpa sedikit dendam pun. Subhanallah. Tingginya dan terpujinya akhlak Rasulullah.SAW.
Apa gunanya bergaduh kalau hati tak tenang. Apa gunanya bergaduh kalau ianya menyakitkan hati. Apa gunanya bergaduh kalau tautan ukhuwah itu semakin renggang. Apa gunanya bergaduh kalau jasad menginginkan penyelesaian, tetapi tingkat ego itu lebih tinggi.
4 golongan yang tidak diterima doanya oleh Allah iaitu golongan yang syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa, golongan yang bergaduh dengan saudaranya melebihi tiga hari dan yang meminum arak. yang menakutkan kita adalah golongan yang ketiga iaitu bergaduh melebihi tiga hari. ayuh sama-sama kita bermaaf-maafan sesama kita. semoga Allah memberkati ukhuwah kita.
Kita perlu ingat dua perkara, kesalahan kita kepada orang dan kebaikan orang kepada kita. Lupakan jua 2 perkara, kebaikan kita kepada orang dan kejahatan oarng kepada kita.
Jadi sama-sama kita memaafkan antara satu sama lain. Ingat, orang yang memaafkan kesalahan orang lain dengan redha dan ikhlas akn mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Sebelum kita tidur setiap malam tu, ikhlaskan hati kita untuk memaafkan semua kesalahan oang terhadap kita. insya-Allah hati kita akan tenang.seperti dalam firman Allah :
.hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)
ya Allah, kukuhkanlah ukhuwah yang terbina antara kami, jangan kau jadikan kami orang yang memutuskan silaturrahim. ya allah, tenangkanlah hati kami dan jadikanlah kami orang yang sntiasa bersyukur atsa segala nikmat yang telah engkau kurniakan. ya Allah ya tuhan kami, bibitkanlah rasa cinta kasih dan sayang antara kami hanya kerana-MU ya Allah.
“sesungguhya 0rang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”(Al-Hujurat:10)
Nota kaki: di saat saya mengetahui mengenai pergaduhan ini, hati kecil menangis, kenapa mesti berlaku. dan sewaktu saya mendengar cerita yang menemui kesudahnnya, air mata mengalir di pipi. Alhamdulillah, ia dah berakhir. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya hanya mampu berkata begini, “I don’t say this often, but I love all of you."
p/s: maafkan segala salah silap andai terkasar bahasa, mahupun perbuatan yang menyakitkan terhadap semua. sesungguhnya hamba bukan lah manusia yang sempurna, masih banyak yang perlu diperbaiki.:)
No comments:
Post a Comment