Tuesday, November 8, 2011

mati itu pasti

salam 'alaik




Salam Aidiladha untuk semua.
hari ni rumah kembali sunyi. semua dah balik ke tempat masing2 selepas beberapa hari kat rumah sempena Raya Haji dan majlis tahlil raya ke-2.

pagi hari raya Aidiladha, 2 insan (ibu kepada jiran satu kampung dan bapa saudara kepada ma-datuk saudara saya) telah menemui ajalnya, menemui penciptanya di pagi hari raya Aidiladha. tanpa sesaat pun ALLAH menunda kematian mereka. tertulis di lauh mahfuz bahawasanya akan diambil nyawa mereka dinihari hari raya Aidiladha dan semasa berlangsungnya solat sunat hari raya Aidiladha.




saya sempat menziarahi si mati bersama ahli keluarga. Alhamdulillah sempat sedekah baca Yaasin untuk tok ngah ( datuk sedara). teringat kembali detik2 saya kehilangan arwah ayah tercinta. Baca Yaasin sambil air mata mengalir tanpa henti. begitu juga yang saya rasa masa tu. memandang wajah yang sudah tidak bernyawa. terasa panas di birai mata.


innalillahi wainna ilaihi rojiu'uun.
dari ALLAH kita datang dan kepada-NYA jua kita kembali.


tiada apalah yang menjadi kepunyaan kita di dunia yang sementara ini melainkan di sana. tiada apalah yang patut dibanggakan pangkat dan kepandaian sekalipun, kerana bukan itu yang menjadi " assessment" daripada ALLAH. tiada apalah yang hendak dibanggakan dengan harta dan anak2 kerana bukan itu yang menjamin kesempurnaannya ibadah kita.

tiada apa yang patut untuk kita banggakan dalam dunia yang fana ini.


jika engkau mencintai bunga sedarlah kau bunga itu akan layu,
jika engakau cintakan manusia sedarlah kau manusia itu akan pergi,
jika engkau cintakan harta, harta itu nanti akan kau tinggalkan,
jika engkau cinta ILAHI, hanya DIA yang akan kekal abadi.
CINTAILAH ILAHI!


kullu nafsin zaa iqotul maut."
setiap yang bernyawa akan menghadapi kematian."




" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
(al-Araf:34)



semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.








nota 1 : update anak sedare di lain n3. ^^

nota 2 : salam perkenalan untuk Ummu Safiyyah dan Shakir. thanks 4 the e-mail. salam Aidiladha untuk Ummu Safiyyah dan Shakir.

nota 3 : assignment tak siapa lagi. c++ tak sentuh lagi. gara2 ramai orang di rumah, saya jadi malas nak buka buku. YA ALLAH, tolong saya untuk siapkan semua kerja saya, sebelum saya melangkah ke exam hall 1 or 2. amin!

nota 4 : merindui semua orang T____T

2 comments:

Nadiah Sidek said...

eh, eh...ada nota untuk akak pula ^_^

hasnisyakila said...

hehehe.....

tanda ingat....^^

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH