Thursday, October 28, 2010

we are old enough...~


salam a'laik...


break sekejap...boleh update blog sket...hehehe....

bila tengok gambar ni,rindu kat buah-huah hati (anak2 saudara) saya...yang di Johor, di Penang,di KL ,Kelantan and Kuantan as well...
they can make me laugh....~



lihat gambar ini...mereka sebahagian dari buah-buah hati saya....three of them are the younger grandchildren of Tok Wan and Tok Ma...they are 2009 people.....the youngest now is Zalifah Imani, Bangi little daughter...

buah-buah hati yang mana bila tengok gambar diaorang rasa gembira dan gembira....itu sahaja yang boleh diungkap...missing you la kids....
nanti jumpa rumah Tok Ma ye tengok Abe Yoo kawen....hehehe....




dialog bajet cumel diantara mereka..padahal cakap pun tak lepas lagi...hehehe...Kakak Alea is the oldest one....Kakak cumil yang sangat diminati oleh Abang Amir....hahaha....Amir said Alea is gorgeous! wow!
Alea dan Ridhwan dah setahun lebih,tapi si kecik yang terasa macam dah besar (tengok cara Harith berdiri) baru nak masuk 1 year this December...yes,he is a "Christmas" boy...hehehe....

gambar ni dihantar oleh Harith's Daddy kat handset...he knows me well...thanks bro...berusaha saya active kan balik MMS untuk tengok gambar ni....dah la semua suka hantar gambar....Ibu Amir, Mama Maisarah,Ummi Rafiq,Alea's Daddy and others ....huhuhu....

itu sahaja....kanak2 riang yang mampu buat saya happy..happy!happy!happy!
tak sabar nak jumpa semua...



wassalam.....

Thursday, October 21, 2010

~Perwira Fisabilillah~

salam a'laik.....




********************

Suasana di sekitar tempat beriadah...Kelihatan 5 sekawan sedang berborak-borak sambil merasai nikmat petang yang tenang.


"Fuh,giler sweet Zack Efron berlakon semalam. cair aku." suara pertama memulakan perbualan.

"Eh, aku lagi suka Patrick Dempsey. Tambah-tambah dalam Made of Honor. Fulamak,memang hensem habis la."

"Kau dah dengar lagu terbaru Daughtry?Aku tengok kat you tube semalam. Best gak. Mamat tu pun ensem gak."

"Aku suka Jack Hughman. Hehehe. Smart."

"Alah, Aku baru je habis baca buku Salahuddin Al-Ayubi. Korang dah baca?"

"Err, sapa tu? Tak pernah dengar pun."

"Tu la korang. Pelakon Hollywood korang kenal. Siap hafal nama lagi. Mesti korang pon tahu latar belakang diaorang kan?
Tak kan la Salahuddin Al Ayubi pon tak tau. Beliau lagi femes dari nama yang korang dok sebut tu."

"Aku rasa macam pernah dengar. Tapi ingat-ingat lupa la. Kau cerita la. Sapa dia tu."

"Ish-ish, korang ni. Meh aku cerita."

"Salahuddin Al-Ayyubi ni seorang pahlawan dan raja yang gagah berani. Beliau terkenal dengan kewarakan dan keberanian yang luar biasa sehingga berjaya mengalahkan tentera Salib yang memang terkenal dengan kezaliman dan keperkasaannya."

" Beliau dilahirkan pada tahun 1138M. Ayahnya keturunan Kurdistan. Salahuddin telah berjinak-jinak dengan peperangan apabila telah meningkat dewasa. Beliau sempat berperang di Mesir bersama dengan Shirkuh, bapa saudaranya di bawah panji Kerajaan Fatimiyyah."

"Salahuddin ni anak orang kurdis.Beliau dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorang pun yang menyangka sebelum beliau menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini."

Semua menunjukkan minat untuk mendengar. Cerita disambung lagi.

" Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda akan menjadi orang hebat pada masa depan.Tapi akhlak Salahuddin ni mulia."

"Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika beliau menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, beliau diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan."

"Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

"Macam mana pertukaran hidup salahuddin tu?" Satu suara mencelah.


"Ketika Salahuddin menguasai Mesir, beliau tiba-tiba berubah dan yakin bahawa Allah telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika tidak bersungguh-sungguh. sebaik-baik sahaja beliau menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya."

"Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Beliau bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana,mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Beliau menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam."

"Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan beliau memenangkan perjuangan Islam. Sebab tu la beliau menyerahkan dirinya untuk jalan jihad."

"Jap,korang tahu tak macam mana semangat jihad Salahuddin ni?Mesti korang admire dia lepas ni.Hehehe."

"Wah,macam best je.Cepatlah cite. Aku dah tak sabar nak dengar ni."

"Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad."

"Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad beliau akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini beliau lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila beliau telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya."

"Dalam medan peperangan salahuddin ni macam seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam."

"Ketika beliau mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu."

"Wah,kentalnya jiwa Salahuddin Al Ayubi".

"Perang ape msa tu?"

"Perang Salib di Hittin.Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan."

"Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah SAW naik ke langit."


"Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu."

"Err, boleh tak kau buat kronologi perang masa tu."


"oooo...Ok2...

"Pada tahun 1187 berlakulah Perang Salib di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi dengan tentera Kristian yang diketuai oleh King Richard (Raja England) setelah beberapa tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak Kristian. Mereka bukan sahaja mengancam negara-negara Islam, malah telah merampas beberapa wilayah umat Islam di Baitul Muqaddis dan dijadikan negeri-negeri Kristian."

"Dalam peperangan tersebut, tentera Islam telah berjaya merampas Baitul Muqaddis dan 10,000 tentara Salib terkorban. Di sini Salahuddin Al-Ayyubi telah menunjukkan ketinggian budi dengan tidak membalas perbuatan tentera Salib yang zalim semasa menawan Baitul Muqaddis dan negeri-negeri yang dilalui. Beliau telah memberi perlindungan kepada semua tawanan perang, perempuan, orang tua dan anak-anak tentera Salib dan memberi mereka tempoh 40 hari untuk meninggalkan Baitul Muqaddis."

"Akhirnya seluruh tanah Palestin dapat ditawan semula. Walau bagaimanapun, orang-orang Kristian dibenarkan mengunjungi Baitul Muqaddis melalui satu perjanjian damai yang ditandatangani pada 1192."

"Wah, tingginya semangat juang Salahuddin. Kau rasa ada lagi tak golongan yang macam tu sekarang. Dengan takde senjata canggih dia boleh tawan baitul maqdis."

"Itu la. Kalaulah takde Salahuddin pada masa tu, tak mungkin Baitul Maqdis yang jadi kiblat umat Islam tu dapat di tawan."

"Gagah lagi,warak lagi. Complete..hehhe.."

"Ye la. Dia tak pernah tinggal solat berjemaah. Kalau kita, boleh bilang solat berjemaah.Tambah dengan solat malam dan bermunajat lagi."

"Oh ya, kalau korang nak tahu Salahuddin wafat Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya."

"Dalam buku ni pun ada sebut pasal tingkah laku beliau. Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Beliau sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Beliau tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah."

"Wah, bagusnya. Tak ade yang cacat pun."

"Korang tahu, Salahuddin sakit semasa mengepung Acre. Tapi yang hebatnya dalam sakit2, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan.Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin."

"Kalau lah kita, sakit sikit dah tak boleh buat itu ini. Inikan pulak nak g berperang."

"Betul la, aku dah jadi kagum dengan pahlawan Salahuddin Al-Ayubi. Kalau dia masih ada sekarang ,mesti rakyat2 di Palestin sana aman."

"Haa,kan aku dah cakap. Korang baca la buku ni. Best. Tak rugi aku beli. Kisah Salahuddin ni memang beri pengajaran lah. Nanti boleh la pinjam,aku dah habis baca. daripada korang dok hafal nama2 pelakon tu, baik korang baca kisah2 pahlawan terdahulu."

"Tapi takpe, aku paham. Aku pun minat gak kat semua tu. Heheheh. Aku suka Patrick Dempsey, Charless Shouggnessy, suka Linkirn Park. Hehehe."

"Tapi aku suka la. Nanti aku pinjam eh. Kau ade buku ape lagi? Boleh aku baca sambil dok dengar lagu Daughtry. Hehehe."

"Ade lagi. Buku kisah Khulafa Ar-Rashidin. Nanti pegi la bilik aku. Boleh pilih yang mana suka. Hehehe."

"Thanks tau cerita kat kitaorang. Kalau tak sampai bila aku tak tau kesudahan kisah pahlawan Salahuddin ni. Memang best!"

"Tapi aku rasa macam ada lagu kan pasal Salahuddin?"

"A'ah. kumpulan Mestica nnyanyi. Meh aku nyanyika untuk korang. Hahaha."

"Boleh." Serentak mereka menjawab.

"Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Pernah kembara bagai pelarian
Akhri bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan
Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran

Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk
Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung

Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis
Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah"

"Wah,lirik dia dalamnye maksud."

"Betul-betul. Nanti boleh la kau hafal selain dari lagu Daughtry tu. Hehehe."

"Eh, jom la balik. Nak dekat pukul 7 dah ni. Cerita pahlawan Salahuddin dah dengar. Aku nak dengar cerita Patrick Dempsey la plak. Hahaha. Ngee."

"Memang la kau ni. nanti ah aku cerita lain. Hehehe. Jom, gerak!"


Matahari sudah melabuhkan tirainya. Malam sudah bersedia untuk berkhidmat. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar uniknya ciptaanmu.



***********************


wassalam....



Monday, October 18, 2010

layar keinsafan....

salam a'laik.....


internet sedang mengalami masalah...blog tidak dapat diupdate...ngee...kenapakah ini berlaku.....nak suruh study la tu...hehehe....betul ape.....exam is around the corner....huhuhu....

saya begitu, tersangat-sangat dan amat tertarik dengan lirik lagu "Layar Keinsafan" nyanyian kumpulan Mestica...mereka datang buat concert hari tu..best!!!hehehe....

walaupun lagu sudah lama, tapi bait-bait itu tak akan lusuh mahupun hilang, malah kalau kita tengok betul-betul ,renung dalam-dalam sangat memberi makna yang mendalam...yang boleh munusuk kalbu....hebat bukan penulis lirik ini...

saya yakin anda semua dah hafal lirik lagi ni....apa yang menarik minat adalah

"mengapa nantikan senja, barukan terdetik pulang ke pengkalan"

dalam bukan maksud tu....kalau dikaitkan kita sebagai hamba ALLAH yang selalu lalai ni, kenapa nak tunggu tua baru nak bertaubat? sempat ke? kalau sedetik lagi umur kita diambil????Astaghfirullah....

kenapa selalu kita tangguhkan masa untuk buat baik...nak tunggu sampai bila...kita hidup kat dunia ni tak lama....bila2 masa saja kita akan pergi....
kenapa perlu tangguhkan solat...kalau tak sempat solat, macam mana????

haa...part ni saya suka..kenapa kena tunggu exam dulu baru nak study...hahahah....peringatan untuk diri sendiri juga....bila exam lambat lagi kita pun buat rilek....hehe...bila exam dah dekat barulah gelabah...ish2222....kasihan!!!!!tu la., awal2 tak nak study...huhuhu....

kenapa baru rasa nak menghargai seseorang bila orangnya dah tak ada....kenapa baru rasa nak menghargai sesuatu yang dah lama kita dapat...kenapa susah "penghargaan" itu untuk hadir...
kadang2 bila fikir, kita banyak tak bersyukur dari bersyukur....

kalau diikutkan banyak lagi...kenapa perlu tunggu sesuatu untuk melakukan sesuatu...kenapa perlu tunggu senja untuk ke pengkalan...bukan kah keadaan cerah lagi baik, lagi selamat...

begitu jugalah kita, tepuk dada tanya iman "kenapa nak tunggu berumur baru nak tambah ibadah."

mendalami lirik lagu adalah bagus...(^-*)..jangan tahu nyanyi sahaja tak tahu nasihat disebaliknya....

~semoga bermanfaat buat semua, terutama buat diri sendiri yang masih lagi memerlukan peringatan,kekuatan dan kesabaran untuk terus berada di jalan-NYA...INSYA-ALLAH...~

wallahua'lam...


wassalam......

Friday, October 15, 2010

DIA lah segalanya....

salam a'laik.....



***************

“Buat yang terbaik. Baca soalan betul-betul.Mak sentiasa doakan kakak.”Puan Hanim menamatkan perbualan telefon dengan puteri sulungnya,Balqis.

“Terima kasih mak”.

********************

“Kakak dah dapat keputusan exam. Tapi ada yang belum dapat lagi.”Perbualan dimulakan dengan perasaan resah gelisah.

“So,macam mana?”Bertanya si ibu dengan senang.

“Tak tahu la mak. Kenapa semua yang kita nak tak pernah dapat. Kenapa orang lain semuanya dapat.”

“Kenapa kawan-kawan Kakak dapat markah yang baik. Kadang-kadang Kakak rasa study banyak-banyak tapi tak dapat markah yang tinggi pun.Bila jadi macam ni,Kakak rasa macam nak give up je.”

Panjang lebar huraian yang berupa luahan Balqis.

“Astaghfirullah,apa yang Kakak cakap ni.ALLAH tak pernah membenci hamba-hamba-Nya,malah sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya. Tapi kita kadang tersalah tafsir. Apa yang kita nak tak dapat ,itu bukan tandanya ALLAH tak sayang kita. Kakak tak boleh cakap macam tu."

“ALLAH dah menetapkan semua apa yang terjadi ke atas diri kita. Perancangan ALLAH itu lagi tepat buat kita. ALLAH dah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-NYA. Kita sebagai hamba kenalah selalu bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.”

“Kakak sepatutnya bersyukur dengan markah yang Kakak dapat. Kalau tidak kerana ALLAH,Kakak tak akan dapat semua tu. Mungkin ada lagi orang yang dapat kurang sikit daripada kakak.”

“Tapi mak,Kakak tak pernah lupa nak doa pada ALLAH. Kenapa mak?ALLAH tak sayang kakak?”

“Kakak, ALLAH tak pernah tidak memakbulkn doa kita. Bahkan ALLAH sendiri yang berfirman, berdoalah akanku perkenankan doamu. Kakak ingatkan? Dah banyak kali mak pesan,jangan serik untuk berdoa pada ALLAH waktu kita senang mahupun susah. Hanya ALLAH yang mendengar luahan hati hamba-hamba-NYA. “

“Mesti ada sebab kenapa ALLAH kurniakan Kakak keadaan macam ni. Itu semua hanya DIA yang tahu. Mana tahu ALLAH nak suruh Kakak lebih berusaha pada masa akan datang. Mungkin ALLAH nak uji sejauh mana kesabaran dan kekuatan Kakak. Mungkin juga ALLAH nak kurniakan Kakak kecemerlangan dalam final exam nanti. Kita semua tak tahu benda yang bakal terjadi. Minta doa pada ALLAH semoga dikuatkan hati kita. Mak yakin Kakak kuat.”

“Kakak sedih mak. Bila jadi macam ni Kakak rasa dah tak yakin pada diri Kakak.” Suara itu terus meminta simpati.

"Kakak, setiap orang mempunyai potensi masing-masing. Lihat, betapa uniknya ciptaan ALLAH. Kita lemah dalam kes A tapi kita hebat dalam kes B. Percayalah,kita lebih kuat dari apa yang kita sangkakan. Umat Islam ni umat yang berkeyakinan tinggi. Kita percaya ALLAH itu wujud, dan kita yakin ALLAH sentiasa bersama hamba-hamba-NYA."

“ALLAH ada sebut dalam surah Ali’Imran ,”jangan kamu merasa lemah dan berdukacita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman.”Lemah rendah dan rendah diri tak akan membantu kita,malah menakutkan kita untuk menghadapi cabaran2 hidup.”

“Mak,Kakak rasa macam tak mampu untuk lalui semua ni. Bila fikir benda ni,Kakak jadi sedih.Kenapa kakak yang kena lalui semua ni?”

"Kakak, Kakak kena redha dengan semua yang telah terjadi. Semuanya bukan kehendak kita. ALLAH yang menentukan segala-galanya. Dia maha mengetahui hamba-NYA yang mampu untuk menghadapi sesuatu cabaran. ALLAH tak pernah membebankan kita sesuatu yang kita tak mampu. Kakak salah seorang hamba-NYA yang terpilih,sudah tentu ALLAH kurniakan Kakak kekeuatan dan kesabaran untuk Kakak tempuh semua ni.”

“Kan ALLAH ada menyebut dalam surah Al-Insyirah, setiap kesusahan ada kesenangan. ALLAH tak akan biarkan hamba-hamba-NYA sentisa dalam keadaan susah. Dia nak yang terbaik untuk hamba-hamba-NYA. Pepatah pun ada menyebut, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Tak mungkin seseorang tu hidup dalam kesenangan sepanjang hidup dia."

“ALLAH tidak akan memarahi hamba-NYA yang gagal jika jika hamba-NYA telah berusaha dengan gigih. ALLAH terus membuka pintu kemaafan-NYA dan terus mendorong hamba-NYA berusaha lagi.Dan mak yakin Kakak dah buat yang terbaik dan akan buat yang lebih baik pada masa akan datang.”

“Terima kasih mak. Lega Kakak dengar. Mak dan ayah dah banyak berkorban untuk Kakak. Kakak takut Kakak tak mampu berikan yang terbaik untuk mak dan ayah.”

“Walau apa jua pun, kami tetap bangga dengan Kakak. Jadi, Kakak jangan mudah mengaku kalah, jangan pandang rendah terhadap kekuatan diri. Kan mak dah kata tadi kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita sangkakan. Sebaliknya, katakan kepada diri sendiri, “wahai diri, kau telah mencuba, tapi masih belum berjaya. Aku akan mencuba lagi untuk menunaikan janji. Insya-allah aku akan Berjaya.”

“Jangan pulak usaha saja, doa kepada ALLAH itu yang penting. Usaha dan berdoa adalah yang terbaik. Selebihnya kita serahkan pada ALLAH setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kakak kena kuat dan sentiasa yakin dengan kebolehan diri. Mak tak pernah lupa untuk doakan kejayaan Kakak.”

“Dah la, jangan fikir lagi yang dah lepas. Yang pasti kena buat yang terbaik untuk final nanti. Tekadkan azam untuk terus berusaha dan bersedia untuk hal-hal yang mendatang. Kakak kena sentiasa berfikiran positif dengan diri sendiri. ALLAH sentiasa ada di samping kita. Mak dan ayah tak akan pernah biarkan Kakak keseorangan. Kami sentiasa ada bersama-sama Kakak.”

“Terima kasih mak. InsyaALLAH Kakak akan buat yang terbaik. Tak nak fikir lagi yang dah lepas. Mungkin ni memberi pengajaran kepada Kakak untuk berusaha lagi pada masa akan datang. Kakak janji, Kakak tak akan hampakan mak dan ayah. Terima kasih mak. Kakak bangga dan bersyukur Kakak dikurniakan seorang wanita yang bergelar ibu macam mak. Sayang mak.”

“Insya-ALLAH,mak akan berikan yang terbaik untuk anak-anak mak. Semoga kamu sentiasa kuat puteri hatiku. Semoga kamu berjaya di dunia dan di akhirat kelak anakku sayang.”

*****************

kasih ibu sentiasa di hati dan sanubari....

tiada seorang ibu yang sanggup melihat anaknya bersedih...

tiada seorang ibu yang tak pernah berkorban untuk anaknya...

satu sahaja, seorang ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya....

terima kasih ibu.....



wallahua'lam...


wassalam.....

Tuesday, October 12, 2010

hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam

salam a'laik....


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.


*********

www.iluvislam.com


semoga bermanfaat buat kita semua...INSYA-ALLAH.....


Wallahua'lam....


wassalam...

Sunday, October 10, 2010

Kem Bestari Solat Perdana...~

assalamua'laikum wbt....



kaifahalukum?????
i wish everyone be in a good condition with the gift of Iman and Islam...insya-ALLAH...

semalam bertarikh 9 oktober 2010,satu Kem Bestari Solat Perdana Tahun 5 Zon Pantai,Daerah Kuantan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Soi....
saya dan beberapa orang rakan dijemput utuk menjadi facilitator....semua sekali 10 orang...

pengalaman yang cukup menarik bagi saya...berhadapan dengan pelajar tahun 5...mereka2 ini lebih kuranglah dengan anak2 sedara...kalau mereka di rumah saya boleh handle,mestilah adik2 ni boleh handle jugak....hehehe...

walaupun mereka ni aktif tak duduk dia,ke sana ke mari semasa LDK,tapi we had lot of fun yesterday.....

serba sedikit mengenai kem ini :-

pelajar didedahkan dengan bacaan azan, iqamah dan bacaan doa selepas azan dan iqamah....realitinya memang mereka dah tahu,tapi untuk memantapkan lagi bacaan mereka..

dan kami semua dijemput untuk mendengar bacaan mereka dan catit buku rekod J-Qaf adik-adik ini...



semasa LDK..:-

saya dapat kumpulan 12 seramai 6 orang 3 lelaki 3 perempuan...

"ingat lagi nama akak?"
"ntah lupa."

hahaha...memang kelakar lah diaorang ni....

"ingat tak bacaan semua2 ni?"
"tak ingat la.kalau saya baca sikit boleh.ustaz cakap boleh?"

"akak belajar kat UIA ke?ayah saya kerja kat sana."

tapi saya tak kenal pun...hahaha...

"ustazah,eh akak,nak nombor telefon boleh?"
"nak buat apa."
"saje."

"akak ade facebook?tulis nama ape?"
"ade...nape,nak add ke?"

fulamak,memang advanced Calculus mereka ni...hehehe....I LIKE....


selepas makan tengah hari,kami semua bertolak pulang....semoga segala apa yang kami lakukan mendapat keberkatan dari-NYA...INSYA-ALLAH...

nak tengok gambar????sure,help yourselves...tapi snap sikit je semalam...




PRESENTING...YEEhaaa....ini dia ADIK HAZEEQ...
sila anda lihat dia menulis nota....
sangat tekun bukan????
hahaha.....
patutlah dia dok kelas pertama....
jadi,boleh lah contohi Hazeeq ya.....hehehe,...



pelajar2 tahum 5 yang menyertai kem solat semalam....~





sesi LDK..


kakak2 faci...~



dengan guru2 Pendidikan Agama Islam dan juga J-Qaf SKSS...~



ini dia...depan:dari kiri:- Azzamuddin,Daniel dan Nazrul.
belakang: dari kiri:-Athirah,Nisa dan Farhana...


setakat itu sahaja...

p/s:

semalam saya berjaya mendengar lagu Maher Zain di IKOD...tapi dinyanyikan oleh "Maher Zain Wannabe"(suara yang tak ala2 MZ pon....heheh)...hahaha...tension haku...huhuhu...


wassalam...

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH