Tuesday, December 6, 2011

Kembara Johor-Negeri Sembilan

salam 'alaik
Bold



Moga2 cerita ni masih tak basi. Hehehe.

26hb 11 hari tu kami berkonvoi ke Johor, atau to be more specific ke Pontian, menghadiri walimah abang kepada sahabat. Musim cuti sekolah, biasa la kan. Maka banyaklah majlis kahwin yang dilangsungkan pada musim cuti sekolah ni. Hee.

Keluarga sahabat saya ini berketurunan Bugis. Dengar mak ayah dia cakap pun guna bahasa Bugis. Memang kawasan tu ramai yang berketurunan Bugis.

Ye, menghadiri walimah itu wajib kan, kalau dijemput. At least dapat menggembirakan tuan rumah. Kami konvoi dua kereta. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan selamat, dan sempat singgah Segamat, rumah kepada sahabat jugak.


singgah Segamat


Sampai kat sana pengantin dah sampai. Sahabat saya ni pun dok tertunggu2 mana la tak sampai lagi. Hee. Kalau ke Johor tidak sah lah tanpa nasi briyani. Maka menu pada majlis tersebut adalah nasi briyani dan beberapa makanan tambahan. Dan pertama kali saya makan “purasak” makanan orang Johor. Sedap jugak makan dengan rendang ;)


sementara pengantin dok sibuk layan tetamu, kami posing habis kt pelamin. hee.^^





Kalau kita kat Kelantan macam ketupat la. Cuma purasak ni dibuat dengan beras nasi dan santan dibalut dengan daun pisang macam “pulu dakap” kuih orang Kelantan. Kenal dok Kak Long.?atau mungkin Kak Nadiah pernah makan..;) hahaha.

Oh ya, doa akhir tahun kami diketuai oleh pengantin lelaki. Alhamdulillah. Ciri2 calon suami soleh^^

Ciri2 idaman bakal suami semua orang jugak. Ahaks.

Hari kedua di Johor, of course la pegi jalan2. Saya biasa ke JB dan Kluang sahaja kalau berkunjung ke Johor. Maka kali ni meronda-ronda di Pontian, Batu Pahat dan Segamat. Hehee. Ronda-ronda Malaysia je la saya, nak g oversea bila tak tau lagi. Betul tak akak? Hee

Kami tak ke mana pun sebenarnya sebab kesuntukan masa. Hanya naik bot ke Pulau Kukup pergi Taman Negara Pulau Kukup, naik jambatan gantung yang buat saya pucat.











*hahah. Kantoi, gayat rupanya.*tak lupa juga tengok2 pokok bakau.

Dan bertolak ke Segamat kerana esoknya kami perlu ke walimah di Seremban pulak. Roommate saya kawin. Of course kena pergi amik berkat. Hahaha. Nak tunggu turn tak tau bila. Lampu hijau pun tak dapat lagi ni. Hoho. Macam la awak tu dah ada calon. Hee.


tahniah. barakallahu lakuma^^


tinggal kami ber-3 ;)


Berkata Bonda saya kepada Pak Cik sorang tu yang berkunjung ke rumah. Katanya “nanti saya pulak takde”(maksudnya kalau kawin takda kat rumah). Terus mak saya balas “eh, belajar lagi ni, kita tak bagi, tunggu habis belajar dulu” ouch!. Saya gelak sorang kat belakang tu. Hahaha. Takpe, don’t you worry mummy, you daughter is still single; P

Walimah di Seremban sekejap je. Pergi makan2, amik gambar dan pulang semula ke Kuantan. Tak pergi mana2 pun. Penat dah berjalan.



Owh, n3 saya kali ni banyak pasal nikah kahwin ye. Biasa lah cuti sekolah. Pulak tu, bukak fb je gambar orang2 kawin. Tensen! Eh, awak pulak tensen. Hehe.

Betul la, kan Rasulullah kata siapa yang tak nak kahwin bukan daripada ummatku. Siapa yang taknak bercinta secara halal by having a marriage kan? Bak kata Ustaz Ridha, “nak kawin buat apa? Hanya saja2 untuk dapatkan output atau apa? Kita nak bercinta sampai ke syurga. Bukan nak bercinta sehari dua”

Satu yang saya suka. “isteri meninggal, suami redha, syurga tempatnya.” Subhanallah.

Nak yang soleh, kena solehahkan diri terlebih dahulu.

serve the husband you become the king ;)

leaving you is an honor, leaving with you is a gift ;)

taat ALLAH, taat suami, solat, syurga tempat seorang isteri.



nota;

"why men can't listen and why women can't read maps"

ALLAH seronok talk semalam.

"why? because we are men." ustaz Ridha. heheeh^^

"kami bukan tak nak dengar, tapi kami tak mendengar dengan mata." kalau perasan tengok cerita ke ape, bila isteri tengah dok bercerita suami hanya em, ye ke? gitu la lebih kurang. kalau bagi respond lagi la suka. ;)

because kami lelaki. banyak kali ustaz ulang dengan nada bergurau. hehe.

dan banyak lagi adegan2 yang manarik. hehehe.

Mu'az tak sihat semalam, mungkin jauh perjalanan.

semoga ALLAH merahmati ustaz dan keluarga. ada masa jemput datang lagi,;)


isteri: cantiknye habib jewel tu

suami: ape yang?

isteri: takde pape la.

ustaz Ridha: konfem esok sampai kat rumah. kami mendengar di hati bukan di mata.

heee^^


nota :

perkongsian Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh (AKMAL)2011 dilain n3 ye.semoga ALLAH beri waktu dan masa yang terluang^^


ALLAHUMMA AMIIN..

6 comments:

Nadzipah said...

kenal la...
tiba-tiba rasa nak makan pulut dakap..:P

"isteri: cantiknye habib jewel tu
suami: ape yang?
isteri: takde pape la.
ustaz Ridha: konfem esok sampai kat rumah. kami mendengar di hati bukan di mata."


whoa~ bagusnya. hihi..

doa la moga-moga kita dikurniakan ALLAH jodoh yang terbaik untuk kita. moga dipercepatkan jodohnya. insya-ALLAH.

hee~

hasnisyakila said...

hehehe...


amin!

Siti said...

bulih citer lain x part ni kat sy,x paham etep!! ^^

"Berkata Bonda saya kepada Pak Cik sorang tu yang berkunjung ke rumah. Katanya “nanti saya pulak takde”(maksudnya kalau kawin takda kat rumah). Terus mak saya balas “eh, belajar lagi ni, kita tak bagi, tunggu habis belajar dulu” ouch!. Saya gelak sorang kat belakang tu. Hahaha. Takpe, don’t you worry mummy, you daughter is still single;P"

hasnisyakila said...

oowwh aqilah...
nanti saya buat sesi bersama awak.hahhaa...

Nadiah Sidek said...

lamanya tak pergi kenduri kahwin! sob sob..

hasnisyakila said...

kak nadiah:


kalau ajak, kena datanglah kak.hehe..^^

selamat bermusim sejuk;)

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH