Wednesday, September 21, 2011

my study plan

salam 'alaik



masih di mood belajar secara kabur-kabur. ini lupa itu lupa, memang masalah. belajar apa di semester lepas tak ingat dah. kalaulah ingat masakan boleh tertukar nak integrate dan differentiate. memang masalah besar!

program saya bertempoh 4 tahun. jadi tujuan short semester saya adalah untuk memendekkan tempoh dalam 3 tahun setengah, tetapi bila tiba hari ni lain jadinya.

status saya sekarang adalah pelajar tahun 3, yang mana semester ni saya ambik 3 subjek core course, 2 subjek minor, 1 subjek elective (pre-major subjek) dan skill yang mana berjumlah 18.5 hrs. tidak lah terlalu busy.

jadi perancangannya 2 subjek major (statistics insya-Allah) saya akan ambil dalam satu semester yakni my final semester (4th year 1st sem). dan arahan HOD pada beberapa hari lepas 'two major subjects are not allowed to be taken in one semester'. jadi ternyata my study plan really contradict. instead of to finish within 3 and half years, i need to finish within 4 years. to get the true story, my friend and i went to see our HOD to get more explanation and confirmation.

yes, we got the true picture. so, i need to change my study plan that is back to basic, 4 years period. the problem is, as a PTPTN holder, i should follow the agreement which is required me to have at least 12 hrs in one semester. so, to fulfill the requirement, i must drop one of my subject this semester to have at least 12 hrs in another semester. and i only have one subject for my final semester.

kata HOD " final sem satu subjek ok la, you have 2 days to attend the lecture and the rest you have time to look for a job (or attending an interview)."

jadi setelah mendengar kata-kata HOD yang begitu lembut, saya terfikir betul jugak kan. tapi muncul jugak rasa frust dalam diri kalau gitu kenapa dulu aku buat short sem, kalau tahu jadi gini baik tak payah buat. astaghfirullah.

kenapa nak melawan takdirkan. setiap yang berlaku ada hikmahnya. sekarang saya redha. walau 4 tahun sekalipun, saya tahu itu yang terbaik untuk saya. tak nak fikir pasal benda ni lagi. tapi kalau lecturer major bagi "green light" to approve her students to take 2 major subject in one semester saya syukur sangat2. insya-Allah.

kalau kesudahannya 4 tahun pun saya syukur jugak. kita merancang Allah juga merancang. tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
DIA nak saya usaha lagi yang terbaik. DIA telah merancang ini untuk saya hadapi.


kalau habis cepat tanpa dapat maintain kan result awak, mana awak pilih dengan korbankan 14 minggu lectures atau result yang bagus? betul. biar lambat asalkan selamat.



nota kaki: hajat hati nak jumpa HOD tercapai. setakat ni masih ok. terus jumpa HOD lagi baik daripada saya jumpa hamba Allah ni, cakap dengan orang lelaki punyalah pijak semut tak mati. tapi bila cakap ngan student perempuan, habis kena marah.
jadi siapalah saya untuk berhadapan dengannya. dah fed up!
kalau tak kerana pasal study plan saya tak akan jumpa beliau. dan to be informed, beliau bukanlah lecturer saya.

p/s : tahniah untuk kakak2 saya yang dapat sambung masters. ya Allah seronok mereka. insya-Allah 2 tahun lagi kami sama2 konvo.^^
doakan kejayaan kami semua.

nak sambung masters jugak ^_*


ya Allah, jika itu yang terbaik untukku, aku redha. kuatkanlah semangatku untuk terus menghadapi dugaanmu di hari yang mendatang tanpa rasa mudah berputus asa.

"dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakan. dan sesungguhnya usahanya kelak akan diperlihatkan kepadanya."
( Surah An-Najm: 39-40)









2 comments:

Nadzipah said...

Moga itu yang terbaik. Kita merancang. ALLAH juga merancang. Dan perancangan ALLAH itulah yang terbaik. Insya-ALLAH. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. *Mood berserah sepenuhnya kepada ALLAH. Tak nak fikir dah. Balik ke tak balik ke...*

Whoa~ Bestnya..dapat sambung master..Ini yang semangat nak study ni. Nak sambung master gak la..hee~

Bersabarlah ye. Macam-macam karenah manusia ni. huhu. ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar. Insya-ALLAH.

P/S: bila boleh chat eh? rindu la...huhuhu

hasnisyakila said...

insya-allah bersabar sebanyak yang mampu....

abbihkan 1st degree dulu deh. hehehee...

tau la orang tu buat saya fed-up...benci! sabar je la....

bila2 je...on9 je cuma tak on ym...huhuhu....

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH