Tuesday, August 31, 2010

perlu ke " pegang" ??????

salam a'laik....


kita menghormati manusia yang ada di sekeliling kita.....kita juga menghormati bulan RAMADHAN...Kita tak sabar bila nak masuk bulan puasa…tapi bila dah masuk bulan puasa ada kita hormat bulan Ramadhan?….benda yang dah terang lagi bersuluh haram tapi kita buat jugak…mesti kamu semua pelik kan???apa yang saya cakap ni…

Begini alkisahnya,minggu lepas keluar konon2 nak berbuka kat luar…okey,seronok la kan…..KELUAR…sapa tak suka…even anak sedare yang kecik tu pun tau bila maknya pakai tudung itu tandanya nak keluar….memang confirm akan ikut sebab SERONOK…hehehe…

Orait,sambung balik…habis buka puasa dan solat ,kami pun berjalan2 lah ambil angin..Pusing2 before balik….dan tiba2,dari kejauhan ku ternampak seperti seseorang yang kukenal….tengah berpegangan tangan..malah bukan setakat itu sahaja…tak perlu cerita…anda mungkin faham…

Dah tak jadi nak pusing sebelah sana…terus ajak kawan pusing tempat lain…tak nak la terserempak dengan dia..huhuhu..saya bukan orang yang baik untuk tegur…walaupun dah lepas waktu buka puasa,tapi masih bulan puasa kan???sanggup buat camtu….ASTAGHFIRULLAH…kita pulak jadi malu…

Tak perlu dimentionkan di mana saya keluar…huhuhu…itu tidak penting,okey!

Pegang sana pegang sini,belum tentu he or she jadi husband or wife anda…kamu kena ingat tu….tak kisah lah nak cakap saya jakun ke,outdated ke dengan alasan semua orang couple sekarangnonsense la…bukankah lebih indah jika bercinta lepas kahwin…bercinta dalam keadaan kita sudah sah untuk bersentuhan…

Takde rasa malu ke bila semua orang tengok…orang lain plak jadi tukang cuci mata…kalau dah suami isteri apa orang kisah…kami dah kahwin…sudah sah nak pegang2 tangan sampai tak nak lepas….

Adakah kita akan digelar “masyarakat kuno” kalau tak bercouple…????Common la…apa nak segan…sebab kita takde pakwe???so,tak boleh dating..memang la…kalau tak nak date ngan sapa….tapi buat apa kalau keluar dok pegang sana pegang sini dengan orang yang bukan mahram kita…huh!lebih baik duduk kat rumah layan ch611…hehehe….

Ntah la…tak tau nak cakap apa….teringat sepupu cerita kawan2 dia kat oversea tu…bila jauh dari parents makin menjadi2….couple sampai tak ingat dunia….sampai dia cakap “kawin lagi bagus”….buat sakit mata kita yang hari2 dok jumpa dia neh....huhuhu....boleh la anda bayangkan sendiri….

macam mana ni,kita nak berkat bulan puasa ni,tapi keberkatan tu hilang atas sebab kita sendiri..kita dah tahu benda tu salah tapi kita,buat jugak..bukan setakat salah,malah haram lagi berdua-duaan bersama orang yang sah nikah dengan kita tanpa apa2 hubungan yang sah....

saya pun tak tau nak komen macam mana...saya bukan ustaz,bukan ustazah,bukan orang tinggi agama....tapi itulah keadaan masyarakat kita sekarang...huhuhu....siapa yang bersalah,kena lah tepuk dada tanya iman...

"betul ke apa yang aku buat ni"...."kenapa perlu aku buat benda ni padahal kau tahu benda tu salah ,haram lagi"...


okey...setakat itu sahaja...sekadar perkongsian buat semua..semoga jadi tauladan buat diri kita...INSYA-ALLAH....seorang perempuan itu ada maruah,ada harga diri,jangan calari maruah kita dengan sesuatu yang buruk di mata masyarakat...


wallahua'lam...



wassalam...


Monday, August 30, 2010

catatan ramadhan (3) : ifthor di padang..~

assalamualaikum wbt...


oh...exam UNGS 2050K sudah lepas...ALHAMDULILLAH....so hari ni bolehlah update blog...hehehehe...masa yang sentiasa ditunggu-tunggu...

puasa kali ni sempatlah jugak pegi berbuka puasa dengan kawan-kawan kat padang....what???padang????apa kes...

oh ya buat pengetahuan semua,tradisi orang2 Kuantan ni berbuka puasa kat padang sekali sekala...sangat best..ramai2..walaupun tak semua kita kenal...tapi suasana itu indah....wah!
dan dekat padang tu ada bazar Ramadhan beserta dekat dengan masjid negeri....

sesuai kan???habis buka puasa terus boleh solat kat masjid depan padang tu...boleh dikatakan 95% la orang yang solat dekat situ....jadi terserah anda sama ada nak masak kat rumah atau nak je biar duit mengalir kat bazar tu..hehehe...
tapi yang nampaknya ramai beli kat bazar la...dan satu lagi bawak la tikar ke ape ke yang seangkatan dengannya untuk dibuat tempat duduk.....

sebenarnya,mengikut kakak saya yang sudah lama menetap di Kuantan,start orang buka puasa kat padang tu orang balik kerja....jalan kadang2 jem...so,mereka beli makanan kat bazar dan terus buka kat padang tu...tapi sekarang dah jadi satu aktiviti tahunan plak...hehehe...

ok..di sini ade sedikit gambar untuk di tengok...hehehe....
especially untuk kakak saya dan juga Kak Long yang dok terbayang-bayang macam mana buka puasa kat padang....okey dear????hehehe....



ini dia...masjid negeri...dekat saja...




ramai kan????





meriah bangat...!


itu sahaja untuk perkongsian...ada waktu boleh buka puasa kat padang lagi....


p/s: semalam junior2 lelaki (yang satu department ) seramai 5 orang terlibat dengan accident dekat Karak....keadaan mereka dilaporkan agak teruk.....masih lagi dirawat di HTAA....mohon doakan buat mereka....semoga semuanya selamat...INSYA-ALLAH....to Akif,semoga kamu kuat...

-next week sudah mahu pulang...
-to Kak Long: jangan sedih2 ye....berseronoks lah (^-*)...all the best in your new semester....fighting for calculus....



wassalam...





Saturday, August 28, 2010

Ramadhan Kareem (3) : 10 malam terakhir RAMADHAN



Assalamualaikum wbt.....


sedar tak sedar,cepat tak cepat,kita dah pun nak masuk ke 10 terakhir RAMADHAN 1431H...Alhamdulillah,kita sampai ke tahap ini...

seperti yang kita tahu,bila sebut pasal RAMADHAN,kita tahu dalam bulan RAMADHAN ada satu malam yang berkat dari seribu bulan,iaitu MALAM LAILATUL QADAR.....sesiapa yang beribadah pada salah satu malam-malam tersebut, digandakan pahalanya sebanyak pahala ibadah untuk 1000 bulan...MAHA SUCI ALLAH....siapa yang taknak pahala yang sebegitu kan?

Pada 10 malam tersebut juga, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra....

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran). (surah AL-QADR:1-5)


Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr yang saya baca dari Iluvislam.com.....sama-sama kita renungkan..INSYA-ALLAH....


1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama dari segi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera”

3. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

4. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.



tanda-tanda kehadiran LAILATUL QADAR......

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan.
Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.


Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.

Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan.

Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya lain iaitu :-
malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya,
pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu.

Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
.

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.
Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.



wallahua'lam...


wassalam.....

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan Kareem (2) : seminit bermuhasabah di bulan RAMADHAN

salam a'laik.....


macam dah lama tak update blog....ececece....tak la...agak la tak sempat....kerjanya sudah banyak sekarang...huhuhu...assignment mahupun mid term examinations....menarik bukan?????

ALHAMDULILLAH kita dah berjuang menahan hawa nafsu sudah sampai ke peringkat ini...apa khabar iman kita hari ini...?bagaimana ibadah kita setakat ni di bulan mulia ini...?semoga semuanya lebih baik dari semalam.....semoga kita bersabar dalam mengerjakan ibadah kepada ALLAH....Insya-ALLAH...

jadi hari ni nak kongsi sedikit "kudapan" buat rohani kita....diambil dari iluvislam .com...



Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan..

Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..

Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..


TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka



layakkah kita dengan SYURGA milik ALLAH?????


"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi
rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)


Semoga RAMADHAN kali ini menjadi "bulan tarbiyah" yang terbaik buat kita semua....mungkin RAMADHAN kali ini merupakan RAMADHAN kita ynag terakhir....atau mungkin sampai hari ini sahaja.....semua itu adalah kuasa ALLAH....


wallahu a'lam...


wassalam.

Saturday, August 21, 2010

Masih kuingat (8) : ~21082009-21082010~

assalamualaikum wbt.....


AL-FATIHAH buat arwah ayahanda tercinta...genap setahun pemergianmu hari ni...bersamaan 11 RAMADHAN 1431H....



Genap setahun kau pergi meninggalkan kami,

Pemergianmu yang memberikan seribu kenangan kita bersama,

Genap setahun aku kehilangan seorang ayah,

Setahun sudah tanpa kasih seorang ayah,

Setahun sudah tanpa sentuhan semangat seorang ayah,

Setahun sudah tanpa gelak ketawa seorang ayah,

Setahun sudah aku merinduimu,


Seringkali air mataku jatuh tatkala melihat gambar-gambarmu,

Gambar yang menjadi kenangan buat anak-anakmu,

Gambar yang menggantikan perasaan rindu anak-anakmu,

Itu sahaja yang mampu kami lakukan,

Disamping doa buatmu yang tidak pernah putus dari bibir,


Peristiwa setahun lalu terus berputar di fikiranku,

Terbayang wajahmu menahan sakit,

Teringat detik-detikku menemanimu,

Betapa aku tidak sanggup untuk melihat keadaanmu ketika itu,


teringat kembali detik-detik kau dikafankan,

menunggu kepulangan anak-anak dan cucu-cucumu,

untuk melihatmu buat kali terakhir,

untuk mencium dahi mu buat kali terakhir,

bagaikan terbayang jasadmu diangkat semasa meninggalkan rumah,

sebagai tempat yang meninggalkan memori-memori indah kita bersama,

bagaikan terbayang jasadmu diangkat untuk dikebumikan,

bagaikan masih terbayang jasadmu di ruang itu,


seperti aku terdengar esakan yang mengiringi pemergianmu,

terbayang kesedihan yang kami lalui setahun yang lalu,

terbayang gugurnya air mataku tatkala menatap wajahmu yang tak bernyawa itu,

terbayang gugurnya air mataku diwaktu mencium dahimu buat kali terakhir,

terbayang gugurnya air mataku di saat jasadmu diangkat,

terbayang gugurnya air mataku diwaktu pertama kali menziarahi pusaramu,

terbayang gugurnya air mataku dipagi hari raya pertama tanpamu disisi,

bagaikan ia terus melekat di fikiranku,

begitu sukar untukku melupakan semua itu.


Walaupun setahun sudah kau menyambut panggilan ilahi,

Tak pernah sedikit pun aku melupaimu,

Rinduku untuk mencium tanganmu,

Rinduku untuk memelukmu,

Rinduku untuk menatap wajahmu,

Rinduku untuk mendengar suaramu,

Rinduku untuk terus bersamamu,

Terubat rinduku dikala aku membaca ayat-ayat suci buatmu,

Terubat jua rinduku apabila melihat gambar-gambar kita bersama,


Tidak dapat dinafikan,

Diriku sungguh merinduimu wahai ayah,

Tak terucap oleh kata-kataku kerinduan untuk bersamamu,

Namun hanya ALLAH yang menentukan segala-galanya,

Semoga kau tenang di sana,

Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,


Terima kasih ayahku kerana telah mendidikku,

Akan kuingat kembali segala tunjuk ajarmu,

Akan ku kenang kembali segala nasihat-nasihatmu,

Sebagai panduanku pada masa kelak,

Terima kasih ayahku atas segala pengorbananmu,


Terima kasih YA ALLAH kerana kau mengurniakan aku seorang ayah yang baik,

Terima kasih YA ALLAH kerana meminjamkan aku kasih seorang ayah,

yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai ke bila-bila.


~Bahagianya hatiku,nikmatnya hidupku dengan sentuhan kasih seorang ayah selama 20 tahun…~



....Ayah saya….

Banyak yang boleh diungkapkan mengenai ayah saya…beliau seorang yang tegas dalam mendidik anak2….walaupun kadangkala sifat tegasnya tidak ditunjukkan…namun dari sudut hatinya,beliau mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya….

Ayah dahulu seorang guru…ya mungkin kerjayanya yang membuatkan beliau agak tegas dalam mendidik kami adik beradik…mengikut bekas cikgu dulu,beliau kata ayah sangat garang bila mana tak ingat sifir....hehehe....ok jugak kan?

dimarahi atas sebab2 tertentu adalah perkara biasa…yang mana mampu mengingatkan kami supaya tidak mengulangi lagi perkara tersebut….masa kecik2 dulu,kami dititikberatkan untuk mengaji quran dan….kalau tak pegi mengaji memang confirm kena marah….

Jadi tidak hairanlah jika sebahagian kakak2 dan abang2 saya memilih guru sebagai kerjaya mereka selain jurutera dan pensyarah….dari sudut hati beliau,nak juga salah seorang anaknya memilih kerjaya doctor,tapi itu semua tidak menarik minat…cukuplah dengan bermenantukan seorang Dr Fariza dan Prof Kamariah….manalah tahu rezeki cucu-cucumu kelak..Insya-Allah….

Alhamdulillah,berkat kesabaran arwah ayah dan juga bonda tercinta, semua abang2 dan kakak2 semuanya sudah memegang jawatan dalam bidang masing2….yang tinggal hanya kami berdua yakni saya dan kakak…beliau baru sahaja tamat belajar dan sedang menunggu untuk berkhidmat…dekat rumah pun sunyi takde orang....riuh bila masa cuti sekolah saja....boleh dengar suara anak2 kecil berteriak masa bergaduh sesama mereka....(^-*)

pernah sekali singgah di kedai milik kawan kepada arwah ayah...beliau cakap "tenang ayah pergi..anak2 dia dah berjaya semuanya...kalau pak cik takde sekarang,susah la...anak2 kecik lagi."...dan saya...diam seribu bahasa...takde komen...hanya memandangnya dengan pandangan kosong....

ALLAH dah tetapkan atas apa yang berlaku ke atas kita..siapalah kita untuk menidakkan.....


firman ALLAH dalam SURAH AL-A'RAF' ayat 34 :

"setiap manusia mempunyai ajal....Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan walaupun sesaat."



i miss you damn much my father!!!!


wassalam


Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH