Friday, January 28, 2011

mari menjadi diri sendiri

Assalamu'alaikum wbt...



Kejap je masa berlalu. Hari ni dah 28 hb. Nak masuk bulan 2 dah. Nak masuk bulan Rabiul Awal dah. Bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Selawat ke atas rasul junjungan, sahabat dan keluarga baginda.

Kita hidup di dalam ramai. Kita tak hidup sorang2. Hidup dalam ramai tak seperti hidup keseorangan, hidup keseorangan tak seperti hidup dalam ramai. Konklusinya, kita memerlukan antara satu sama lain. Kalau ikut formula ni, konklusi ini memang betul. Hehehe.
Seorang n ramai. ( Seorang intersection dengan ramai). Hahaha.

Kenapa saya tulis "mari menjadi diri sendiri". Ye, hidup dalam ramai buat kita jadi lupa untuk menjadi diri sendiri. Kita rasa orang tu lebih sikit, kita jadi takut. Kita jadi down. Kita jadi tak bersemangat.

Terkesan dengan post ini.

kawan2 !! aku bru realize satu mende.. kita slalu akn (x semua orang) dok tnya2 result kwn2 kita kan .. n then kita compare dgn result kita.. then kita rasa smgt or mungkin down or mungkin rs geram or jeles ..then macam2 ragam berlaku .

TETAPI ... penah ke kita tnya HOW they succeed ? adakah mereka jaga solat ...tidak meniru dlm exam ..siapkan keja2 umah atas usaha sndiri ,tidak copy paste je ...jaga pertuturan ..tidak mengutuk org... jaga pergaulan dan lain2 lagi..adakah mereka sedemikian?? then pnah ke kita compare dgn diri kita ..n then pnah ke kita cuba rasa nk berubah (bukan jd pak turut or ikut je tanpa rasa nikmat) wlaupun sedikit demi sdikit ..penah x kwn2 ??

just nak igtkan ..orang yang rasa nikmat Allah n nmpk hidayah Allah ibarat " orang yg gagal exam tp tidak tinggalkan solat adalah 1000 kali lebih baik dari org yang pass exam tp tggal solat ''

well kawan2.. if aku pun ada wat something ..tegur2 la ea.. kalo aku degil tidak bermakna aku x amik pengajaran . cuma perlukan pengawalan minda yang teratur agar nmpk perubahan yang baik.

Betul kan. Kalau kita nampak orang lebih sikit, mungkin ada perasaan buruk kita terhadap orang tu.

Sepatutnya kita bangga menjadi diri sendiri. Kita bangga dengan pencapaian kita. Kita bangga dengan apa yang kita dah buat. Sepatutnya kita tanamkan tekad untuk terus berusaha, bukan dengan rasa down. Sepatutnya kita tanya orang tu apa yang dia buat sampai dia jadi begitu. Kita ambil dan kita praktikkan dalam diri kita. Mudah kan?

Sekali kita cuba, Insya-Allah kita nak buat lagi, kalau benda tu betul2 memberi perubahan pada diri kita. Indah kan menjadi diri sendiri. Kita tahu mana kelemahan kita, kita tahu mana kelebihan kita. Kita tahu part mana yang kita kena ubah. dan kita tahu segala-galanya kerana itu adalh diri kita, bukan orang lain.

Kita adalah diri kita. Perubahan kita bukan ditentukan oleh orang lain. Tetapi perubahan kita ditentukan oleh diri kita sendiri. Orang berusaha, bukan kita yang dapat hasilnya. Kita nak. Kita lah yang kena buat. Mudah saja prinsipnya.

Menjadi diri sendiri, "meneroka" ke dalam diri mana kelemahan kita, kita cungkil mana kehebatan kita. Dan buat yang terbaik untuk diri kita. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Allah pun ada sebut, "Allah tak akan mengubah sesutu kaum itu melainkan mereka sendiri yang melakukan perubahan"

akhir kata, MARI MENJADI DIRI SENDIRI.. Ia jauh lebih indah daripada menjadi diri orang lain!




wallahua'lam....


wassalam...

Thursday, January 27, 2011

hari ini...~

salam a'laik....



Dah lama tangan ini tak "melompat-lompat" atas keyboard. Ditambah tak tau nak update ape. Plus, minggu ni minggu shiken. Mid term exam. Apa yang harus saya buat? Multiplication dalam melakukan senaman tangan dan otak di meja study. Tangan menari-nari di atas kalkulator. Satu demi satu kertas di tarik. Satu demi satu soalan di buat. Satu demi satu cerita ini direka. Hahaha.

Dan, jadual hari ni.

2.00-3.30pm :- Advanced Mathematical Methods (AMM) punya class.
3.30- 5.30 pm :- I suppose to have Theory of Probability (TOP) punya mid term.

Dan

^
*
*
^
*
*
^

Setengah jam class AMM bermula, kedengaran pintu di ketuk. Padahal tak dengar pon. Hahaha. Tiba- tiba muncul lah Dr Jesni (Lecturer TOP), beliau pakai baju batik hari ni. Nampak smart. Hehehe. Okey, selingan.

"Excuse me. May i have your attention. You'll have a mid term this evening, right? Can we postpone it.?

"HAH!" buat-buat terkejut. Eheh.

"We'll do it after the break. Maybe 2 weeks after the break."

Itu dialognya. Lebih kurang la. Hehehe. Aduih, bertambah satu beban kerja masa " cuti sekolah" ni. Huhuhu. Sebenarnya happy sakan exam postpone hari ni. tapi tak tunjuk je, hahaha. Sebenarnya terfikir, kenapa Dr Jesni postpone exam hari ni. Huhuhu.

Apa pun yang terjadi, bukan hak kita untuk menidakkan. Bukan kita yang pinta benda tu. semua tu Allah dah tetapkan. Walaupun kita rasa dah ready, sebab exam hari ni, tapi Allah nak suruh kita semua usaha lagi. Sebab tu exam hari ni postpone. Everything happens is because of a reason.
Jadi jangan sedih ye kawan-kawan semua! Hehehe. Happy la. Kan nak cuti ni. Bukan senang nak cuti. Hehehe.

Nak cuti seminggu, punyalah kena lalu macam2. Isnin hari tu exam RKUD, semalam MA, dan kalau ikit hari ni pun exam, tapi postpone. Huhuhu.
Jadi, hargailah cuti kita. Hehehe. Jangan sia-siakannya. (^-*)


p/s :- selamat "berpulang" buat semua. jangan lupa ulangkaji AMM, buat assignment RKUD ye kawan-kawan dan cik penulis.

Anda mampu membuatnya. Yakinlah kepada diri kerana di situ letaknya kekuatan diri kita. Kita tidak kuat untuk orang lain, tetapi kita kuat untuk diri kita sendiri. Kita tidak berubah untuk orang lain, tetapi kita berubah untuk diri kita sendiri. Yakinlah Allah itu sentiasa bersama-sama kita dalam apa jua keadaan pun.

Allah tak tengok berapa yang kita dapat, tapi dia tengok usaha kita. "Man Jadda Wa Jada."
Yakin dengan kelebihan diri sendiri yang Allah berikan kepada setiap hamba-hamba-Nya yang mungkin tidak dipunyai oleh orang lain.




wassalam....

Thursday, January 20, 2011

home sweet home

Assalamua'laikum wbt.....



Home is the place where you live. Home is the place where you come from. Sebut pasal rumah ni, tak ada sapa yang tak rasa rindu dekat rumah dia. Lama tak balik sikit dah rindu. Sampai dok terbilang-bilang berapa hari lagi nak balik. Berd, selamat berpulang nanti, hehe!

5 tahun saya di asrama. Pertama kali berjauhan dari rumah walaupun dekat. Perkara yang paling best ialah masa nak balik rumah. Kalau boleh hari tu dah tak nak belajar dah. Nak terus balik. Tapi bila dah nak balik asrama semula dah rasa lain. Rasa macam tak nak balik asrama je. Sekolah dulu balik sebulan sekali, melainkan kalau ada apa dalam minggu ke-3 pun boleh balik. Nak sangat balik ke rumah, saya sanggup outing semata-mata nak balik rumah. Itu masa form 1 and 2. Dapat makan tengah hari kat rumah pun jadi la. Hehehe.

Itu dulu. Sekarang pun, kalau lama tak balik mula lah rasa nak balik. Itu baru kat Kuantan. Tersangat-sangatlah dekatnya. Huhuhu. Mereka2 di oversea sana, tersangat-sangatlah survive. Tapi kalau saya di tempat mereka pun akan begitu juga. Dah tak ada cara lain. Setahun sekali balik, itu sudah normal. Walau anak tokey petronas sekalipun, belum tentu dia dapat balik sebulan sekali kalau dok oversea. Kan? Dapat balik setahun sekali pun sudah cukup. Kos nya bukan macam makan KFC. Huhuhu.

Kalau belajar, ada cuti boleh balik. Itu sudah pasti. Bila dah kerja nanti susah sikit. Kalau dah kahwin lagi lah susah. Ada 2 tempat yang nak kena balik. Kakak2 dan abang2 saya yang dah kahwin, kalau boleh, nak balik rumah masing2 (rumah Ma) lebih lama. Tapi apa kan daya, kenalah juga balik rumah mertua masing2. Walaupun mereka sudah berkeluarga, tapi kalau bab balik rumah kadang2 ni boleh menumpahkan air mata. Kalau tak raya kat rumah lagi lah. Menangis cakap dalam telefon. Saya sendiri, kalau baru2 balik dari rumah, homesick terus. Itu bukan barang main-main tu. Hehehe.

Lihat, hebatkan kuasa rumah kita. Tempat kita bermain, tempat kita buat itu ini, dari kecik hingga lah pertama kali berpisah dengan keluarga. Bertambah rindu kalau lama tak balik. Saya kira, bukan lah banyak sangat perubahan di rumah walau lama kita tak balik. Tapi, tak tau nak express macam mana, bila sebut rumah, jadi tak sabar nak balik.

Betul, dekat rumah ada orang-orang yang kita sayang. Rindu nak balik tu sebenarnya rindu insan-insan tersebut. Walaupun ada yang sudah pergi, tetapi nostalgia itu tetap ada. Rasa nak balik itu pasti muncul. Kerana itu adalah rumah kita. Kerana itu adalah tempat kita. Kerana itu adalah home sweet home!

We’ll always want to go home, back to the place where we are belong, where is the love is always been enough for us. Because it’s our home, our sweet home, our sweet place that we’ve ever had. Yes, of course, its our home sweet home. "Less salt". Hahaha!

Saya pun tak sabar nak balik. OUCH! Walaupun rumah haku rasa macam dekat je. Hahaha. Tapi agak la jauh. Naik bus dalam 5 6 jam. Lama la tu. Eheh! Sabar eh. Tak lama dah.



p/s :- Minggu depan "shiken". Mid term exam, for the first three papers. The rest will go on after the break. Jadi, silalah membawa pulang buku2 anda untuk "distudykan". Hahaha. Sila jangan berpulang dengan tangan yang begitu kosong. Hehehe. Mid term tu, penting amat!

Okey, do pray for me.

None of success caused without effort! Go go "Saudari Effort". saya sentiasa ada belakang awak. Hehehe. Bajet cumel la tu. Sudah la! Ana Sudah mau pergi. Selamat membaca untuk "entaorang". " gara-gara lepas g talk Ustaz Ridha!"



wassalam.......


Sunday, January 16, 2011

My first books in 2011

Salam a’laik


I went to Popular Book Store yesterday in order to find business reference book. Unfortunately, it was not there. I wish to have MPH here. Hahaha. Then, I bought these two books as I’ve already seen one of it few weeks ago. I have the decision to buy that book. Hehehe. My wish is to complete all Cecelia Ahern’s books. I just need one more. Please treat me, anybody? Hahaha. But, I bought Julia Quinn’s book.



See, I bought Faisal Tehrani’s book. It was hard to say, because I don’t read his books as my sister did. She is a big fan of FT. I don’t know why. Huhuhu. Of course, she didn’t believe that I bought that book.




Julia Quinn. This is the first time for her book. I don’t know how to explain. Let me finish it first. Hehehe.


I feel that I miss my home. My mother especially. Huhuhu. I can’t wait until the end of this month. Mid break for one week. Huhuhu. But I have to have my paper first. Mid term paper. I have to do my assignment, my presentation for parenting, complete proposal for TnE and many more. Rasa macam tak ready untuk mid term. Huhuhu.

But, I have my time to update my blog. Weird! Hahaha. Okeh, stop rambling. Focus on your work!



wassalam....

Friday, January 14, 2011

....n3 tak ada tajuk....

salam a'laik.....



sila lah...:))


seronok ke??? tunggu Simple Plan tak datang2...hahahaha...konon!



p/s :- My first business class will start tomorrow morning. agak la excited nak pergi. dah hampir sebulan lebih takda kelas. huhuhu.

"talks on cinta" malam ni. jom! hehehe...





Wassalam.....

Thursday, January 13, 2011

Masih kuingat (12) : sekuntum kemboja yang gugur

salam a'laik....



~ Sekuntum Kemboja Yang Gugur ~

Artis : Hijjaz
Senilagu : putra Aiman (Hijjaz Records)
Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)

Biar luput dari pandangan
Tidak pupus di dalam ingatan
Kehilangan sebutir bintang di persada seni
Menjadi kenangan

Terukir senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyayangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu

Bersemadi jasadmu yang kaku
Diiringi gerimis yang sendu
Airmata tak terbendung lagi
Menangisi perpisahan ini

Sekuntum kemboja yang gugur
Menemani dikau di pusara
Biar detik dan musim berlalu
Hingga kini tiada pengganti

Di pagi hari yang mulia
Dikunjungi teman dan saudara
Bersama harapan dan doa
Moga berbahagia di negeri yang baqa’



p/s : AL-FATIHAH buat almarhum ayahanda tercinta.!



Wednesday, January 12, 2011

12012002-12012011

salam a'laik.....



Hari ni
12 January 2011. hari ke-11 2011. In a friendship instead of relationship. Hehehe. In a friendship with 5terz 0206. Selamat mengenang kembali sahabat-sahabat. Detik2 kita melangkah ke Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh 12 January 2002. Melangkah ke Dewan Srikandi, Dewan Sri Gemilang, melangkah masuk ke blok Arif, Bestari, Cekal dan Dinamik. Melangkah ke bangunan Cemerlang, Gemiland dan Terbilang. Sama-sama berjemaah di Musolla Rabiatul Adawiyah.

Sama2 mengenakan
baju batik peach. Hahaha. Cumel. Sama2 beratur panjang nak tunggu amik makanan. Sama2 tunggu hari dan waktu nak balik rumah. Sama2 tunggu parents datang melawat. Semua tu dah lama berlalu. Dah hampir 9 tahun kita kenal, 9 tahun kita bersahabat. 5 tahun kita bersama-sama belajar, buat itu ini. rasa macam baru je. Rasanya majority last jumpa masa Majlis Graduasi dulu.

Sekarang semua dah sibuk.
Belajar di segenap negara, di setiap negeri. Alhamdulillah! Ayuh kita sama-sama berusaha. Ada yang sudah di final year sekarang. All the best buat anda. Dah nak melangkah ke alam pekerjaan. Insya-Allah.

Semoga kita semua dapat jumpa satu hari nanti. Yang jauh2 di negara orang sana, jangan lupakan sahabat2 di Malaysia. Kalau balik, bagi la tau, mana tau kot2 boleh jumpa. Nak pergi jalan2 pun apa salahnya bagi tau, mungkin ada yang boleh join sekali.

~sahabat semalam, sahabat untuk hari ini, bahkan sahabat untuk hari esok dan selamanya.~


sekolah saya....heheh...



5 hajar 2006




hari last kat sekolah. sebelum majlis sireh pulang ke gagang.




gambar zaman muda2 dulu. hahahaha. sekarang cun habis.. hehehe.!




itu sahaja...jumpa lagi teman2...Insya-Allah...semoga berjaya di mana sahaja anda berada..





wassalam...

"benkyou"

salam a'laik....



"benkyou"...Thanks to Siti Norhidayah...ada Nihongo vocabulary....sebab kadang2 i didn't understand certain words...hehehe....itu tajuk n3 saya kali ni...benkyou ialah study dalam bahasa Jepun....manakala dalam istilah Melayunya ialah belajar...hehehe....dalam Arabic pulak "Darasa"....ok, sesi belajar bahasa....cukup untuk itu!

Jika anda seorang pelajar, anda tahu betapa sukarnya. Anda mungkin tahu betapa banyak cabarannya. Dari menghadiri lecture, mengejar due date assignment, masuk kelas tutorial, join any discussion, sehinggalah di hari terkahir, shiken (exam) bagi setiap semester. Tak ada yang senang kan?

Macam saya, ni baru degree. Macam mana yang amik Master dan PhD. Amik pulak Mathematics je. Macam mana yang amik Medic, macam mana yang amik Engineering. Baru tahun dua. Macam mana tahun tiga, final year. Belajar pun kat Malaysia. Macam mana yang belajar kat oversea nu. Kalau ikut kan, kesusahan saya "benkyou" tak la sesusah orang lain belajar. Tapi mengikut pandangan masing2. Belajar, takde yang senang.

Masih jugak tak puas hati? Na'uzubillah.

Saya akui, tidak semudah menghafal abc, tidak sesenang mengingati lagu Simple Plan untuk memegang satu scroll yang membuktikan anda sudah melepasi tahap pengajian anda. Best bukan? Akan tetapi, banyak halangan yang datang dan pergi sepanjang kita belajar. Kalau belajar ni senang lagak macam tengok tv, mesti ramai jadik scientist kan. Hehehe.

Bohong kalau saya kata takde yang stress masa belajar. Soalan sama, masa sama, tapi dapat markah lain2. Apa kamu rasa. Riang gumbira kah? Tipu la kalau suka.Nak dapat dean's list, punya lah bersengkang mata kan? Kalau tak usaha tak dapat, melainkan miracle. Kalau tak dapat pun, jangan salahkan diri sendiri, kita dah berusaha. Mungkin Allah nak suruh kita usaha lagi. Bukan usaha setakat itu saja.

"Apabila engkau selesai sesuatu urusan, maka tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain pula." (Al-Insyirah : 7)

Dapat markah tinggi, pun kena usaha lagi. Tinggi sekarang tak semesti tinggi jugak akan datang. Rendah sekarang pun tak semestinya rendah jugak akan datang. Hidup ni kan macam roda, ada kala kita di atas, di bawah dan di atas semula. Oleh itu, redha dan syukur lah atas kehendak-NYA. Dia tahu yang terbaik untuk kita.

Saya tidak sehebat Albert Einstein dalam menghasilkan formula. Saya tidak sehebat Isaac Newton dengan teori Newton nya. Tidak terlawan dengan mereka2 seperti Al-Khwarizmi, Al-Razi dan yang lain2. Tetapi cukuplah menjadi hebat untuk diri sendiri walaupun tidak gah di mata orang lain.

We are as we think, don't bother others.
Our life is in our hands,no matter where we are, no matter what was happened in our life, we can change our life.
work hard, and then turn to Him.


Don't let's hear stand in the way of success.
How, in your darkest moment, the most fearful times,
when faced, became your bravest.
When feeling at your weakest you end up showing more strength,
when at your lowest are lifted above higher than you've ever been.



" Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkan mu dari jalan Allah." (Surah Saad: 26)


~Pesanan Imam Shafie~

ilmu tidak diperolehi melainkan memiliki 6 perkara :-

  1. Kebijaksanaan
  2. Semangat
  3. Mengasingkan diri (dari khalayak ramai)
  4. Usaha keras
  5. Melalui petunjuk guru
  6. Sepanjang masa (dalam menuntut ilmu)

Semoga itu semua tergolong dalam diri kita. ameen! Insya-Allah.


wallahua'lam


wassalam.

Monday, January 10, 2011

Bila si kecil bercakap…

assalamua'laikum wbt...


Izinkan saya berceloteh buat seketika... hehehe.....

Bila dengar si kecil bercakap boleh buat kita gelak…hehehe…..kadang2 tak masuk akal…biasalah,budak2..tambah2 kalau yang baru dapat mulut…eceh..macam dah banyak experience je…hohoho…

Ini cerita anak sedare bukan anak sendiri…


Cerita satu:-

“Cik Shu La (cik su la),Aicah (Aisyah) nak duit seribu.

“hah. Cik Su La mana keje lagi.”

Terkejut saya dengar….macam mana dia terfikir nak cakap gitu tak tau la…hehehe…mintak seribu pulak tu…dia ingt saya cop duit barangkali…hehehe….bagi singgit boleh la…nanti dulu ye sayang….tapi bukan bagi seribu la….banyak tu….

ha, sekarang aisyah dah darjah satu...tu masa dia tadika dulu2...hehehe....



Cerita dua:-

Si kecil ini tak leh sebut “k” dengan betul.

Tengah2 bukak baju nak mandi sama mama dia…tiba2…

“nanti dulu mama. Tak Cik nak tencing la. (Kak Cik kencing)”

Hahaha…cumil kan…kadang2 saje je suruh Wahidah sebut…masa tu tengah gila bola,adalh gambar Kaka pemain Brazil tu..so suruh la dia sebut…

“Kaka.”

Wahidah sebut.”tata (Kaka).”

Kakak jadi “tatak” dan perkataan2 t yang lain…hehehe…

hari tu masa kat rumah Tok Ma...

"ayah, matan...tatak, matan."

cumel kan...hahahahaha....



Cerita tiga:-

Ha,yang ni plak tak ley sebut “l”

Bila Tanya…

“sapa nama?”

“Wan Nur Maisyarah Nabiyah (Maisarah Nabilah).”

“bowa (bola) Yah.”

“ni sapa?”

“Shukiya.”cube teka ape dia…hehehe..(Sukila)

“makan k eche (KFC).”

Maisarah suka iklan "aku tak bodoh." dia ajuk2 cara Adibah Nor cakap...hehehe....."beg baru."



Cerita empat:-

Nama Wan Muhamad Amir….

“Tawe.”

Oh,panggil Tok Wan rupanya…hehehe….

“Amir nak pinjam duit boleh?nak beli air bina(air ribena)”

Pandailah dia…nak pinjam duit..hahaha….

“Amir, I love you.”

“I bitu.” (I love you too)

“ibu, amir nak makan “kechepchi” la.”

Hah,apa dia tu….nak makan KFC…hehehe…

Amir dah masuk tadika....jangan tidur lambat ye...



Cerita lima:-

Ni plak Naim….Naim ni tak boleh cakap sangat lagi…Baru nak masuk 3 tahun...sikit2 boleh la….bila dengar memang kelakar..

Dulu panggil ibu dia “mbu”(ibu)…hahaha…cumil…

“Gugu2”

Ek,apa tu????

Tunggu la….hehehe….

Bila nak kira nombor, kita sebut satu dia sebut dua dan seterusnya…

“satu”

“uaa”(dua)

“tiga”

“apak”(empat)

“lima”

.

.

.

“sepuluh”

“uyuh”(sepuluh)

Sekarang boleh bilang sampai 20…hehehe….well done naim!



Cerita enam:-

Seterusnya Husaini…

Bila Tanya.

”Along mana?”

“Along “oloh”(sekolah)

“Angah?”

“Angah “oloh ugok”(sekolah jugak)”

“abah “ayam”…maksud dia abah sembahyang….

“adak umu” (badak sumbu)

Kadang2 kena mama dia translate baru semua paham…hehehe….tengok,hebat ibu kita kan?



Cerita tujuh:-

Ini kes pelik…sebab beliau tak cakap bm…hahaha….biasa lah Sarah…dia tak suka diganggu bila dia tengah bermain…kadang2 saje kacau dia….sampai dia cakap…

“hei, don’t disturb me. I hate you.”

Hahaha…garang kan…buat I takut you…hehehe…..



Cerita lapan:-

yang lain dah besar2...cakap pun ok maybe...hahahaha...

ini cerita tambahan...esok ade quiz...6 subtopic...caM nak "naik juling" mata buat latihan....huhuhu....

do pray for me...

Harith kena chicken pox....get well soon dear...


p/s :

buat kamu..i hope you read this...welcome back to Malaysia again....don't forget ole2 untuk kakakmu ini...hahahahaha...moga2 sempat merasa "winter" di Malaysia...ngeee!

see you soon...I'll be at home on 29th January...hopefully...Insya-Allah....don't forget to inform me...yippee!



wassalam.....

Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH