Friday, September 30, 2011

uhibbukum fillah

salam 'alaik




2 minggu Ma di Kuantan. rasa macam kejap je. Ahad yang lepas kakak balik hantar. Ma pun kata lama sangat dah kat sini. tapi saya happy, sebab rasa dekat. hari tu lepas Ma balik rasa homesick pulak. T_____T

2 minggu Ma di Kuantan, saya dapat pakej berulang alik dari rumah ke kelas daripada kakak. oh, sungguh gembira di hati. tapi minggu pertama sahaja saya terima tawaran tu dek kerana assignment dah pun bertamu di minggu pertama tahun tiga.

beberapa bulan saya di rumah dengan Ma. puasa penuh di rumah tahun ni dengan Ma. Alhamdulillah. walaupun berdua tapi seronok. biarpun kadang2 saya sendiri mengalami kesukaran untuk ke mana-mana. bila mana rumah yang sunyi kembali riuh, Allah suka nya. tak tau nak cakap macam mana. tapi bila dah semua pergi sunyinya hanya Dia yang tahu.

2 tahun 1 bulan 8 minggu dan 2 hari saya telah kehilangan ayah tercinta. kehilangan sebelah kekuatan Ma yang mengubah segala-galanya.
bermula tarikh itu Ma dah jarang kat rumah. ke sana ke mari di rumah anak2 yang segenap negeri itu. tapi itu belum puas seperti berada di rumah sendiri, yang bebas untuk segenap perkara, terutamanya mudah untuk solat di masjid.

2 tahun 1 bulan 8 minggu dan 2 hari rumah saya bagaikan tiada penghuni. rumah yang bertingkat dua itu bagaikan kosong yang hanya diduduki 2 penghuni (masa saya bercuti). dan sekarang Ma berseorangan sambil di temani jiran (waktu malam je). abang2 dan kakak kalau balik pun weekend je. masing2 sibuk. yang jauh mahu pun yang dekat.

dan saat2 yang paling ditunggu-tunggu adalah bila masa semua orang berada di rumah. seronoknya. rumah penuh kembali. gelak- ketawa kedengaran semula, yang selama ini hanya kedengaran di tv sahaja.

sehingga ke saat ni, setinggi-tinggi syukur saya ucapkan kerana Allah telah mengurniakan saya keluarga yang bahagia. abang2 dan kakak2 yang bertanggungjawab yang tak pernah lupa untuk memberi.
kekuatan yang tak akan muncul dalam hidup saya jika tanpa mereka.

hanya satu yang sayan pinta di setiap doa-doa, semoga Allah memberi nikmat kesihatan yang baik untuk bonda tercinta dengan nikmat ibadah yang sempurna. semoga Allah melindunginya walau di mana sahaja berada. semoga Allah melindungi kami sekeluarga daripada kecelakaan. semoga Allah sentiasa menjaga dan menyatukan hati kami semua tanpa sebarang perpecahan.

saya seronok mempunyai ahli keluarga yang ramai. pemergian arwah we lebih mendekatkan kami semua. memang lah rapat tapi sekarang lebih daripada itu. setiap orang tahu apa tanggungjawab masing2.
itu yang kami lakukan di setiap perjumpaan keluarga, bermesyuarat tentang hal bersama, mengambil kata sepakat antara satu sama lain.

dan sungguh, hari keluarga itu mendekatkan kami semua. berkumpul di dalam satu rumah, solat berjemaah, bacaan yaasin untuk yang tiada, interaksi antara satu sama lain, yang bukan untuk di sia-sia kan, tetapi sebagai medium untuk mengukuhkan ukhuwah kami kerana Allah.
Dia yang mengurniakan segala-galanya untuk kita.


Ya Allah, kuatkanlah ukhuwah antara kami. jadikan kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur. satukanlah hati kami dan perkuatkanlah persudaraan ini. peliharalah kami daripada perbuatan mungkar. kurniakan kami kasih sayang dan cinta sesama kami hanya kerana-MU Ya Allah.


sebahagian kekuatan saya. may Allah bless all of you!


love u so much ^^


dearest brothers and sisters, i don't say this often but i love you. may Allah bless all of us. may He gives us strengthen in our ukhuwah.
let's us take the guidance from Allah and Rasulullah. we can face the world, we can make it through the night.


"dan dia Allah yang mempersatukan hati orang yang mereka (orang yang beriman)"
(Al-Anfal:63)




nota kaki :

planning untuk family day next year is otw. insya-Allah. mintak2 masa tu saya bukan tengah practical. kalau ikut jadual, masa cutI sekolah tahun depan saya tengah practical...:(
i miss the time that we were together...the precious moment in my life.

Sunday, September 25, 2011

inspirasi diri

salam 'alaik



kegagalan menyelesaikan soalan assignment mengundang rasa geram, marah nak rasa nak menangis. then, i started asking myself, what did i learn in the class? did i 100% understand the lecture? did i focus to the lecturer's explanation? and so on.

saya tak tau bagaimana nak buat FYP kelak. hari2 haku menagis kot? T____T

dan insya-Allah, sesusah mana pun ada jalan penyelesaiannya. sesukar mana pun soalan tu ada jalan kiranya. sesibuk mana pun harus asignment itu di submit tepat pada harinya.

"setiap kesusahan ada kesenangan."

"dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya sahaja. dan sesungguhnya usahanya kelak akan diperlihatkan kepadanya."

"what you give you get back."

"today is better than yesterday, and tomorrow must be better than today."


lagu ini memberi inspirasi untuk saya nak buat jugak sampai dapat..^^


MENUJU WAWASAN



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia




"dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang."

ya Allah, jadikan aku insan yang tidak mudah berputus asa, dan beriku kekuatan untuk terus berusaha mendampingi ilmu-ilmumu. kurniakanlah aku ilmu yang bermanfaat, wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani.




nota kaki : sekarang musim orang naik stage dengan berpakain jubah dan bertopi serta ambil scroll atau dengan kata lainnya convocation day.
tahniah untuk sahabat-sahabat saya yang dah grad tahun ni. anda memberi inspirasi kepada saya untuk semangat nak belajar. dan insya-Allah saya bakal mengikut jejak langkah anda semua. ^^


p/s: convest (convocation festival IIUM ) adalah dua minggu lagi. jom sama-sama memeriahkan convest IIUM di Gombak. saya pun nak pergi kalau tak banyak kerja. insya-Allah. rindu nak g Gombak. eheh! >_<

p/s/s: oh ya, kalau adik awak nak ikut pon boleh jugak. hee. saya bawak pusing2 UIA gombak. insya-Allah...^^

Wednesday, September 21, 2011

my study plan

salam 'alaik



masih di mood belajar secara kabur-kabur. ini lupa itu lupa, memang masalah. belajar apa di semester lepas tak ingat dah. kalaulah ingat masakan boleh tertukar nak integrate dan differentiate. memang masalah besar!

program saya bertempoh 4 tahun. jadi tujuan short semester saya adalah untuk memendekkan tempoh dalam 3 tahun setengah, tetapi bila tiba hari ni lain jadinya.

status saya sekarang adalah pelajar tahun 3, yang mana semester ni saya ambik 3 subjek core course, 2 subjek minor, 1 subjek elective (pre-major subjek) dan skill yang mana berjumlah 18.5 hrs. tidak lah terlalu busy.

jadi perancangannya 2 subjek major (statistics insya-Allah) saya akan ambil dalam satu semester yakni my final semester (4th year 1st sem). dan arahan HOD pada beberapa hari lepas 'two major subjects are not allowed to be taken in one semester'. jadi ternyata my study plan really contradict. instead of to finish within 3 and half years, i need to finish within 4 years. to get the true story, my friend and i went to see our HOD to get more explanation and confirmation.

yes, we got the true picture. so, i need to change my study plan that is back to basic, 4 years period. the problem is, as a PTPTN holder, i should follow the agreement which is required me to have at least 12 hrs in one semester. so, to fulfill the requirement, i must drop one of my subject this semester to have at least 12 hrs in another semester. and i only have one subject for my final semester.

kata HOD " final sem satu subjek ok la, you have 2 days to attend the lecture and the rest you have time to look for a job (or attending an interview)."

jadi setelah mendengar kata-kata HOD yang begitu lembut, saya terfikir betul jugak kan. tapi muncul jugak rasa frust dalam diri kalau gitu kenapa dulu aku buat short sem, kalau tahu jadi gini baik tak payah buat. astaghfirullah.

kenapa nak melawan takdirkan. setiap yang berlaku ada hikmahnya. sekarang saya redha. walau 4 tahun sekalipun, saya tahu itu yang terbaik untuk saya. tak nak fikir pasal benda ni lagi. tapi kalau lecturer major bagi "green light" to approve her students to take 2 major subject in one semester saya syukur sangat2. insya-Allah.

kalau kesudahannya 4 tahun pun saya syukur jugak. kita merancang Allah juga merancang. tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
DIA nak saya usaha lagi yang terbaik. DIA telah merancang ini untuk saya hadapi.


kalau habis cepat tanpa dapat maintain kan result awak, mana awak pilih dengan korbankan 14 minggu lectures atau result yang bagus? betul. biar lambat asalkan selamat.



nota kaki: hajat hati nak jumpa HOD tercapai. setakat ni masih ok. terus jumpa HOD lagi baik daripada saya jumpa hamba Allah ni, cakap dengan orang lelaki punyalah pijak semut tak mati. tapi bila cakap ngan student perempuan, habis kena marah.
jadi siapalah saya untuk berhadapan dengannya. dah fed up!
kalau tak kerana pasal study plan saya tak akan jumpa beliau. dan to be informed, beliau bukanlah lecturer saya.

p/s : tahniah untuk kakak2 saya yang dapat sambung masters. ya Allah seronok mereka. insya-Allah 2 tahun lagi kami sama2 konvo.^^
doakan kejayaan kami semua.

nak sambung masters jugak ^_*


ya Allah, jika itu yang terbaik untukku, aku redha. kuatkanlah semangatku untuk terus menghadapi dugaanmu di hari yang mendatang tanpa rasa mudah berputus asa.

"dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakan. dan sesungguhnya usahanya kelak akan diperlihatkan kepadanya."
( Surah An-Najm: 39-40)









Tuesday, September 20, 2011

Indahnya kalimah maaf itu

assalamu'alaikum wbt



Baru ini saya mendapat berita mengenai pergaduhan. Pergaduhan kecil saya kira, tetapi bila dah melarat-larat jadi besar. Saya dah pun tahu sebelum ni, tetapi secara biasa-biasa saja. Dan semalam saya dah dapat keseluruhan jalan ceritanya. Mohon untuk tidak diceritakan di sini, untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Pergaduhan yang mana kalau tiada solusinya boleh mematahkan ukhuwah yang telah terbina, walaupun darah daging sendiri. Pergaduhan dan kemarahan yang saling melengkapi, di mana syaitan sudah pun menguasai keseluruhan anggota kita pada waktu itu. Na’uzubillah.



Memang betul kalau kita marah sangat-sangat susah untuk menuturkan perkataan maaf itu. Kalau ada pun hanya sekadar menghiasi bibir tanpa ada kesannya di hati. Allah itu maha pengampun maha pemaaf, tak kanlah kita hamba yang hina, yang daif,yang ada cacat celanya, yang tidak pernah sempurna, yang belum tentu cukup amal ibadahnya tak boleh memaafkan. Hebat sangatkah kita jika dibanding dengan kehebatan Allah? Jangan riak untuk menuturkan maaf.

Sebanyak mana dosa yang dilakukan oleh seseorang dan dia bertaubat, Allah mengampunkan dosa mereka yang melakukan kesalahan.

firman Allah :

“Barangsiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan dan memperbaiki diri, maka sesuhngguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah maha pengampun, maha penyayang.”(Al-Ma’idah:39)


firman Allah yang lainnya bermaksud :

“Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan orang lain , maka sungguh Allah maha pemaaf maha kuasa.”(An-Nisa’:149)


Tak nak ke kita jadi seorang yang penyayang sesama makhluk di muka bumi ini apatah lagi sesama keluarga, adik beradik, ipar duai, sahabat-sahabat handai.

Rasulullah SAW juga seorang yang pemaaf. Kita imbas kembali sejarah baginda yang dikelilingi orang yang memusuhi baginda, sentiasa menyakiti baginda, tetapi bagaimana reaksi baginda? Rasulullah SAW tetap memaafkan setiap apa yang dilakukan terhadap baginda, tanpa sedikit dendam pun. Subhanallah. Tingginya dan terpujinya akhlak Rasulullah.SAW.

Apa gunanya bergaduh kalau hati tak tenang. Apa gunanya bergaduh kalau ianya menyakitkan hati. Apa gunanya bergaduh kalau tautan ukhuwah itu semakin renggang. Apa gunanya bergaduh kalau jasad menginginkan penyelesaian, tetapi tingkat ego itu lebih tinggi.

"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah(atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim". (Asy-Syura [42] : 40)

4 golongan yang tidak diterima doanya oleh Allah iaitu golongan yang syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa, golongan yang bergaduh dengan saudaranya melebihi tiga hari dan yang meminum arak. yang menakutkan kita adalah golongan yang ketiga iaitu bergaduh melebihi tiga hari. ayuh sama-sama kita bermaaf-maafan sesama kita. semoga Allah memberkati ukhuwah kita.

Kita perlu ingat dua perkara, kesalahan kita kepada orang dan kebaikan orang kepada kita. Lupakan jua 2 perkara, kebaikan kita kepada orang dan kejahatan oarng kepada kita.

Jadi sama-sama kita memaafkan antara satu sama lain. Ingat, orang yang memaafkan kesalahan orang lain dengan redha dan ikhlas akn mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Sebelum kita tidur setiap malam tu, ikhlaskan hati kita untuk memaafkan semua kesalahan oang terhadap kita. insya-Allah hati kita akan tenang.

seperti dalam firman Allah :

.hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)


jangan kita mudah menilai kesalahan orang terhadap kita, tetapi nilailah kesalahan kita terhadap Allah yang tidak ternilai banyaknya. semoga Allah memberi pengampunan.

ya Allah, kukuhkanlah ukhuwah yang terbina antara kami, jangan kau jadikan kami orang yang memutuskan silaturrahim. ya allah, tenangkanlah hati kami dan jadikanlah kami orang yang sntiasa bersyukur atsa segala nikmat yang telah engkau kurniakan. ya Allah ya tuhan kami, bibitkanlah rasa cinta kasih dan sayang antara kami hanya kerana-MU ya Allah.

“sesungguhya 0rang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”(Al-Hujurat:10)




Nota kaki: di saat saya mengetahui mengenai pergaduhan ini, hati kecil menangis, kenapa mesti berlaku. dan sewaktu saya mendengar cerita yang menemui kesudahnnya, air mata mengalir di pipi. Alhamdulillah, ia dah berakhir. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya hanya mampu berkata begini, “I don’t say this often, but I love all of you."

p/s: maafkan segala salah silap andai terkasar bahasa, mahupun perbuatan yang menyakitkan terhadap semua. sesungguhnya hamba bukan lah manusia yang sempurna, masih banyak yang perlu diperbaiki.:)





Saturday, September 17, 2011

4 tahun = 4 laptop ^^



salam 'alaik



Hari ketiga di UIA, baru berkesempatan “melawat kawasan” di OCD aka office of campus director atau pun admin building. Masuk sem baru ni admin buiding baru je siap. So, segala department di Kuliyyah of medicine dah berpindah ke admin buiding termasuk library yang dah ada bangunan sendiri. Tapi saya belum sempat nak melawat library. Payah sikit ni. Library pulak tu. Hee^^


new COD ^^

Ke OCD besrsebab, nak mencari ITD office gara-gara wifi tidak boleh disambung di dell berdarahku. Huhuhu. Mana boleh duduk kalau lagu tu. So, usahakan diri la ke OCD untuk mencari ITD. Hehehe.

Cantik la OCD ni, kelas gitu ^_*


Sampai kat ITD, disapa staff yang nak keluar makan:-


Staff: nak pegi ITD ke?

Saya: ha’ah.

Staff: tak pgi makan dulu ke? masuk sana ade staff yg tgh tunggu.

Saya: ok


Sebentar kemudian saya dilayan. Hehehe.


Staff: student baru ke? (sebabnya bila pasal wifi mesti student baru. Laptop baru la katakan.^^)

Saya: tak, saya 3rd year. (eheh, nak sebut pun segan. 3rd year)

Staff: 091 la ni. Kos apa

Saya: ye, KOS (kuliyyah of science).

Staff : laptop baru la ni. Wah,(sambil2 belek plastic yang tak dicabut lagi)

Saya : ye. (senyum2)

Staff: mana laptop lama?

Saya : kena curi.

Staff: hah, kena curi. Kat mana?

Saya : sini la, mahallah maimunah.

Staff : kalau gitu 4 tahun 4 laptop la ye. Hehehe, ok dah siap. Cuba cek.

Saya: eh, tak la. Hehehe. Dah boleh. Terima kasih. (yes, boleh on9 kat bilik ^_*)


Teringat benda tu, saya jadi bengang sendiri. Laptop hilang sebab orang ambil. Doesn’t make any sense, right. Geram sampai ke habis. Huh!

Sampai ke hari ni saya dengan sarjen mat noor tak setel lagi pasal ni. Tapi sebab beliau dah tak contact, so saya consider dah selesai. Hehehe.

Rasa macam nak panggil CSI MIAMI je solve this problem. Hahaha. Mesti Berjaya punya. Nak2 ade Mr H tu. Miss Natalia, Ryan and others. Fuh, dengar suara Mr H cair dowh. Hahaha.


4 tahun =/= (not equal) 4 laptop. Insya-Allah. Sampai hati staff tu cakap gitu. Hehehe.


p/s : kepada si pengambik, saya halalkan semuanya. semoga awak sedar apa yang telah awak lakukan. kecewanya mak ayah awak kalau dia tahu. sedihnya bakal suami/isteri dan anak2 awak kalau tahu kisah silam umi/ayah nye dahulu. ambik barang orang atau dengan kata lain *mencuri* (kasar je bunyinya kan) ni haram kan.

semoga Allah menyedar awak. kalau saya tahu siapa kah gerangannya saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan awak.


وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ‌ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ

"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)




Thursday, September 15, 2011

bersyukurlah dengan apa yang ada

assalamu'alaikum wbt



Alhamdulillah, Alhamdulillah, all praises to Allah, all praises to Allah.


Manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada. Kadang-kadang manusia ni tak tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang dia dapat. Kadang-kadang juga manusia itu malu apabila hidupnya tidak pernah sesempurna orang lain. Kadang-kadang juga manusia itu bermegah dengan kehidupan mewahnya. Tetapi pernahkah kita fikir, siapakah yang menganugerahkan kita apa yang kita rasa selama ini.

Penciptaan manusia itu adalah unik. Daripada setitis air mani, Allah jadikan sesuatu yang melekat, kemudian menjadi segumpal daging, daripada segumpal daging, Allah jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu dibungkus dengan daging. Kemudian, Allah menjadikan makhluk yang berbentuk lain, seperti yang terkandung dalam surah Al-Mukminuun ayat 12-14.

Tetapi kenapa yang lemah terus berasa lemah dan yang kuat terus bermegah dengan kekuatan yang ada. Dan lumrah manusia juga mengingati Allah hanya apabila ditimpa musibah atau kecelakaan, apabila waktu senang mereka dengan sekelip mata melupai Allah. Astagfirullah. Na’uzbillah.

Maka benarlah kata cerdik pandai, kalau kita berkasut maka pandanglah mereka yang berselipar, kalau kita berselipar maka pandanglah mereka yang berkaki ayam. Perbandingan melebihi batasan atau kemampuan kita menimbulkan satu persaan negative dalam diri kita. Maka timbullah perasaan hasad dengki hanya bersebab kelebihan orang lain lagi hebat berbanding kita, dan kalau boleh tak nak benda baik terjadi dekat seseorang itu. Bermegahlah seseorang itu dengan kelebihan mereka yang lebih berbanding orang lain.

Cuba kita jadi open minded yang mana perbandingan itu bukan hanya dari segi kelebihan bahkan dari segi kekurangan. Seperti yang disebut tadi, kita berkasut pandanglah orang berselipar dan seterusnya pandang mereka yang berkaki ayam. Jika dibandingkan kita lah yang lebih untung daripada mereka yang berselipar dan berkaki ayam kerana kita berkasut.

Bandinglah dengan seseorang yang kurang daripada kita, secara automatic kita rasa “beruntungnya aku. At least aku ada ini ada itu daripada mereka yang takde langsung.” Dalam sekelip mata sahaja kita jadi bersyukur dengan apa yang kita ada. Subhanallah. Allah masih memberi kelebihan untuk kita berbanding golongan yang tiada.


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152 “maka ingatlah kepada ku, aku akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada ku dan jangan kamu ingkar terhadapku.”

Yakinlah Allah tidak akan membebankan kita apa yang kita tidak mampu. Sesuatu yang Allah kurniakan kepada kita dibawah kemampuan kita. Sesusah mana pun akan ada jalan keluarnya. Allah itu maha yakin bahawasanya kita mampu melalui setiap apa yang telah direncanakan. Kekurangan kita menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Kekurangan kita mampu menjadikan kita salah seorang golongan yang sabar dan redha dengan ketentuan ilahi.

Ingat, innallah ma’ssobirin. Allah sentiasa disamping orang bersabar.

Allah juga berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 139 “ dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.”


“ dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bahagian yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian kurnianya. Sungguh, Allah maha mengetahui segala-galanya. (surah An-Nisa’ :32)



semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah. jangan pernah bersedih dengan apa yang kita ada. jangan mudah membuat perbandingan, tetapi berbandinglah dalam hal ibadah. yakinlah sesuatu dalam diri kita adalah yang terbaik untuk diri sendiri.


wallahua'lam


Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH