Sunday, December 30, 2012

Sweet December 2012

Assalamu'alaikum wbt





Alhamdulillah, paper pertama final examination dah selamat 'berlepas'. Ada sedikit lagi masa untuk next paper 'tahun depan'. Hehehe. :)

December 2012; banyak yang nak diskongsikan. Suka dan duka. Ewah!

Sabtu terakhir December 2012.

December; ramai jugak anak buah yang ulang tahun. Semalam 29.12.12, Azzahra ulang tahun yang pertama.

 Azzahra; mahal sungguh senyuman dia. penat nak agah!


25.12.12 yang lepas, Abang Qeemi aka Abang Harith ulang tahun yang ke-3. Sempat kami celebrate beramai-ramai. Cikda masak spaghetti, Mok Cek goreng bihun, Cumi buat puding roti, Papa dia buat air. Saya 'amik kontrak' susun-susun je :P





18.12.12 hari tu hari kelahiran insan baru yang baru diberi nama oleh Papanya. Wan Muhammad Haqeemi nama diberi. Alkisah nama Haqeemi ni. Papanya nak yang bermula dengan huruf "H". Kami ibu-ibu saudaranya mencadangkan bermacam-macam nama yang bermula dengan huruf "H". Tapi the daddy still wants Haqeemi for his second child. okey. Comel jugak Haqeemi pun. Kan Qeemi ?





Dah luluskan nak pegang ank kecil? Eheh!


16.12.12 pulak, Kakak my first niece ever ulang tahun yang ke-21. Dah besar  rupanya anak sedara sulung saya.

4.12.12; ulang tahun Mirah yang ke-19.


Di bawah ini gambar sebahagian anak-anak sedara kesayangan saya dan kami semua :")



Imani. Masa kat KL hari tu, Imani nak je ke mana orang nak dukung dia, especially saya la. Sampaikan masa nak balik tu, dia nangis tak nak balik sebabnya nak duduk dengan Sukila. Owh, Imani :")


 
Sebahagian anak sedara 'teruna'



Yusuf, Ridhwan dengan Ummi dia :")


 
Sebahagian anak saudara perempuan. Dua-dua orang ni melampau tinggi. Ikut bapak le :")


Harith dan Maisarah. Kat tiang tu Husaini. Kt rumah abang di Sungai Buluh



 Sebahagian family saya. masa kenduri 22.12.12 hari tu. Semua ada. Seronok!
Tema sebenarnya putih hitam, tapi my eldest brother camana boleh terbawak baju melayu merah. Ayah Long paling menyerlah. Kata si anak buah :")



Dilema generasi apa ye. Semua tab bagai. Dia pulak lagi pandai dari kita :P



That's the kenduri that i meant before :")


Alhamdulillah, selesai. Majlis tunang saya dan pasangan. Hahahah :P


They are growing faster. How fast time flies. How i missed the oldest time with all of you. Peluk, cium, dukung, mandikan, pakaikan baju etc. May ALLAH bless all of you. My Du'a always be with you. Semoga membesar jadi anak soleh dan solehah untuk keluarga, bangsa dan negara. Saaayang kamu semua Fillah :")

Semoga ALLAH pertemukan kita semua di syurga-NYA kelak. Insha-ALLAH :")

Rasa macam semalam baru dok dokong, peluk cium, sekarang dah boleh buat kawan :")



I love you,
you love me,
We are happy family,
Forever and ever,
Infinity,
Until Jannah 
Insha-ALLAH :") 


"Katakanlah, Aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan"
[Asy-Syura:23]



 

Nota 1 : Selamat masuk darjah 1 Amir. Belajar rajin-rajin ye :")

Nota  2: Doakan saya menempuh final exam minggu ni dan miggu depan. Semoga dipermudahkan :")











Wednesday, December 19, 2012

Welcome Little H :")

Assalamu'alaikum wbt




Alhamdulillah, sudah memasuki minggu terakhir lecture. Tinggal esok sehari je kelas. Lepas tu study week and then final examination will take place. Insha-ALLAH :")

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
Bertambah seorang hamba ALLAH di muka Bumi-NYA.
Semalam jam 11.42 malam, 18 December 2012, bertambah anak saudara saya yang ke. Hmm, sekejap nak kira balik. Oh ya, new little nephew ni cucu Tok Ma dan arwah Tok Wan yang ke-42. Boleh rujuk di sini :")

Okay, presenting Little nephew, Little H maybe. Adik Abang Harith :")


 Abang Harith tak tengok baby dia lagi, sebab budak kecil tak boleh masuk ward :(
Abang tunggu baby balik deh :")




Little hero with his daddy :")


Ahlan wasahlan, welcome my new little nephew.
Congratulations to my beloved brother Abe Ja and SIL Kak Atun and also the new "abang" Abang Harith :")

"Moga-moga diberkati untukmu pada kurnia-NYA, kamu bersyukur kepada tuhan yang memberi kurnia, menyampaikan kepada usia dewasa dan dijadikan sebagai anak yang berbakti"








 

 Sukila will meet you this Friday Little H. Insha-ALLAH :")


Hugs and kisses for you Little H :")



"Dan ALLAH menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian DIA menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan mengandung dan melahirkan, melainkan dengan pengetahuan-NYA. "
[Fatir:11]





Sunday, December 16, 2012

Kakak; first niece ever :")

Salam 'Alaik





Kakak, another name for my first niece ever :")

Ya, Kakak atau Kakak Anis dilahirkan pada tahun 1991. Dua tahun muda daripada saya. Maksudnya umur saya dua tahun, i already got my first niece. Hehehe. Masih terlalu muda saya kira :D

Betul la, masa kecik-kecik memang kami main sama-sama. Saiz baju pun lebih kurang. Tapi sekarang dah tak la. Hehehe. Masih saya kakak saya beli baju untuk saya, tapi Kakak yang pakai :")

Kakak ialah cucu perempuan pertama Tok Ma dan arwah Tok Wan selepas Firdaus. Tok Wan panggil Kakak Ipah, bukan kakak. Nama tu hanya special untuk Tok Wan sorang je :")
Kakak pun mesti rindu Tok Wan kan? Dua tahun Kakak duduk dengan Tok Wan dan Tok Ma sebabnya sekolah kat kampung masa form 4 dan form 5.




Kakak, bertudung hitam
Sebelah kiri saya kakak ipar
Si kecik kat belakang tu pun kakak jugak, Kakak Alia :")


 Sekarang dah umur 21, saya plak 23. Jadi bila kami keluar sama-sama orang kata macam adik beradik or kawan-kawan. Plus saya lagi kecik daripada Kakak :D


Alhamdulillah, lepas belajar kat Politeknik Johor, Kakak dah banyak berubah. Semoga terus thabat di jalan tarbiyah. Jalan yang sangat panjang dan berliku-liku Kakak. I have faith in you, you can do better :")
Sentiasa memohon kepada ALLAH supaya ditetapkan hati di gerabak tarbiyah ini.

Tahun depan Kakak dah nak konvo. Lagi awal pada Maksu dia nampak gayanya. Insha-ALLAH :")



Dan hari ni 16.12.12; hari lahir Kakak. Selamat Hari Lahir Kakak. Semoga sentiasa dibawah rahmat dan redha ALLAH sepanjang masa. Semoga peningkatan umurmu sejajar dengan peningkatan ibadahmu kepada si DIA. Insha-ALLAH :")

p/s:  Kalau Kakak dan ready nak kawen pun okey je Kak. Bakal "Pak Su" Kakak pun tak muncul lagi ni. Hehehe :P


 I don't say it often, but i love you Fillah :")







Nota 1: Sehari dua ni hujan mencurah-curah. Salah satu daripada tanda kekuasaan ALLAH, yang menurunkan hujan untuk menyuburkan bumi. Dengan suburnya bumi pokok-pokok pun berbuah yang mana menjadi makanan untuk manusia dan ciptaan yang lain. Subhanallah! 
"Maka nikmat tuhanmu yang mana yang kau dustakan?"
31 kali ALLAH ulang.

Nota 2: Seronoknya "Adamukhriz" di Korea sekarang. Dia sebenarnya tak g London pun. Hihi. Untunglah boleh rasa nun. Hehehe. Kita nanti rasa panas je la. Kak Long dih? :D

Nota 3: BBW? Nak g ke tak nak?

Nota 4: Last but not least, good luck for "your" final examination. Selamat study dalam suasana winter ye. Itu baru ganas. Mencabar :D
Nak tido sama banyak dengan nak study. Hee~
Pergi kelas jalan molek-molek, nanti licin :")
Doakan saya jugak :")







Saturday, December 15, 2012

Bertemu Tak Jemu Berpisah Tidak Gelisah

Assalamu'alaikum wbt





Alhamdulillah, Alhamdulillah, Thummalhamdulillah.
Kita masih diberi nikmat iman dan islam, kesihatan yang baik sehingga hari ni. Segala puji bagi ALLAH yang memberikan kita segala nikmat tanpa perlu bayaran. Subahanallah!

Saya juga hanya tinggal seminggu lecture berbaki.Begitu pantas masa berlalu. Bayang perpisahan sudah ternampak. Tapi hati dan perasaan rasa macam tak nak je. T__T

Itulah adatnya kan. Setiap perjumpaan akan pasti adanya perpisahan. No matter how and where we are.

Ada orang kata masa belajar ni la paling best. Hanging out dengan kawan-kawan. Pergi makan sama-sama. Shopping sama-sama. Jalan sama-sama. Masih ada cuti. Seronok kan? Bila dah kerja, dah berkeluarga nanti (Insha-ALLAH) lagi susah untuk berjumpa balik dengan kawan-kawan. That's the truth :")


Saya teringat satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

7 golongan yg mendapat NAUNGAN ALLAH DI AKHIRAT:

1. Pemimpin Adil

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kpd ALLAH.


3. Orang yang hatinya terkait pada masjid

4. Dua orang yang berkasihan (bersahabat) kerana ALLAH, tak berjumpa dan berkumpul kecuali semata2 kerana ALLAH


5. Org yg berzikir di tempat sunyi sehingga menitiskan air mata takut kepada ALLAH.

6. Lelaki yang menolak ajakan zina wanita cantik dan kenamaan kerana takutkan ALLAH.


7. Orang yangg bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yangg disumbangkan oleh tangan kanan.

(HR Bukhari dan Muslim)




Golongan naungan yang ke-4. Tidakkan kita mahu tergolong dalam golongan tersebut?



Gambar untuk AGD hari ty. 
I'll really missed all the time with all of you.
Walaupun dulu ada yang tak dapat masuk (sebab saya susah nak tegur orang dulu) 
tapi sekarang nak "kamceng" je. Hehehe. 
Boleh bergelak ketawa, bergurau senda sama-sama :")


Nak kenal classmate saya boleh la ke sini :")






Nota 1: Get ready for the final exam. Fighting!


Nota 2: 12.12.12; a few days ago. There's no niece/nephew. Unfortunately he/she was not well prepared to come out. He/she is still happy in mummy's tummy. Hehehe. :")
Hoping by the next week, i wish to see you little baby. Silalah keluar dengan cepat :D







Sunday, December 9, 2012

IKOD '12; Kenangan Sebelum Grad :")

Salam 'Alaik





Alhamdulillah, baru tadi berakhir IIUM Kuantan Open Day (IKOD) 2012. Acara yang saya kira paling grand yang pernah saya hadiri :")
At least before saya grad.

Alhamdulillah, cuaca elok sepanjang IKOD (bermula Khamis malam). Cuma pagi tadi hujan renyai-renyai. Menandakan 'kesedihan' IKOD bakal berakhir.

Begini sebenarnya. Setiap tahun open day diadakan di UIA Kuantan. Kalau di UIA Gombak sudah sebati dengan Convocation Festival (Convest) yang saban tahun diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang grad. Pelajar di UIA Gombak dan Kuantan. Jadi, di UIA Kuantan,kami mengadakan Open day. Walaupun tak semeriah Convest :")





Namun, Open Day kali ni paling meriah. Ada I-Baz, exhibition, Book fair, Chocolate fair dan aktiviti-aktiviti lain. Opening Ceremony IKOD '12 diserikan lagi dengan kehadiran Saudara Mat Luthfi, Vlogger yang famous dalam kalangan remaja. Erk, ye ke? Agak la famous. Sayang sekali saya tak sempat untuk ke opening ceremony.

Chocolate fair, sikit je tak macam dekat Gombak hari tu. Tapi okey la dari tak ada langsung kan? Hehehe. Sempat juga saya consult dengan students dietetic di booth mereka. Hmm, I was suggested
to consume more fat
. Kenapakah? Rasa dah terlebih fat dah ni T___T
"Akak makan nasi, kemudian makan roti pulak."
Hmm, itulah makanan ruji saya. Roti!Kalau tak makan nasi saya hanya makan roti :")

Open day tahun ni juga sahabat saya yang juga mengendalikan jualan tudung online membuka gerai jualan tudung-tudung. Maka, kami pun turun padang, tolong jaga gerai. Sambil-sambil 'cuci mata' di IKOD, yang tak sempat saya lakukan semasa Convest baru-baru ini.










International food festival, bersempena Ummatic Week :")
Tapi saya makan sikit je. Anak tekak kurang untuk menerima. Hehehe. Memang perut purely Malay la katakan. Eheh!
Macam mana orang makan sushi yek?


 Cik Tipah bertudung cantik. Comel dia. Hehehe :")
Ini dia. Gerai Hijabaheera. Untuk anda semua, boleh la tekan butang like di page Hijabaheera, atau boleh buat tempahan tudung secara online.
 Insha-ALLAH berpuas hati. Saya pelanggan tetap Hijabaheera :")


 Fruits Festival. 
Bayar RM5 anda boleh makan sebanyak mana durian, rambutan dan manggis yang anda suka.
Memang heaven! Tapi saya makan 3 ulas je durian. Yang lain bantai manggis. Oh, sedap sekali!



Yummy! Alhamdulilah :")


 Inilah dia durian crepe yang pakat dok cerita semenjak dua menjak neh. Hmm, for me, saya tak boleh makan. Hehehe. Tak boleh nak terima oleh si anak tekak :(



Sebelum tutup gerai :")


Semalam closing ceremony Ummatic Week diikuti dengan persembahan Shoutul Harakah, yang tidak asing lagi di bumi Malaysia. Subhanallah! Bersemangat sekali mereka. Teruskan perujuangan kalian. :")



IKOD 2012, yang paling menarik kalau nak compare dengan IKOD 2010, mahupun I-FEST 2011 yang agak kurang memuaskan. Nasib ada Ustaz Ridha je :")
Walaubagaimanapun, tahniah untuk semua Committee members yang bertungkus-lumus menjayakan IKOD 2012. Thumbs up saya berikan. Five stars. Untuk tahun-tahun mendatang, semoga lagi baik. Insha-ALLAH :")



" Setiap hela nafas adalah isyarat untuk rindu, cinta dan kasih. Izinkan hela nafas itu menjadi nikmat untuk aku bersyukur"
[Jalaluddin Al-Rumi]


~The best moment  made off~




Nota 1: Berakhir sudah IKOD 2012. Esok kelas bermula kembali. Berbaki 2 minggu untuk lecture. Tak lupa juga presentation proposal. Semoga ALLAH permudahkan. Insha-ALLAH :")

Nota 2 :Hati dah jadi tak sabar untuk berjumpa semua orang. Insha-ALLAH, semoga semuanya dibawah perlindungan ALLAH :")

 Nota 3 : koleksi Cecelia Ahern, Julia Quinn sudah ada. Sedang berkira-kira mahu membuat koleksi buku-buku Salim A Fillah yang bisa menerbangkan saya ke awan. :")















Thursday, December 6, 2012

December; terakhir untuk 2012

Assalamu'laikum wbt




Sudah di bulan terakhir tahun 2012. Begitu juga saya, membilang detik terakhir lecture. Hanya ada 2 minggu lagi sebelum final examination bertamu. Begitu pantas masa berlalu. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis. Jumaat, Sabtu dan Ahad cuti. Terus bersambung lagi. Dan seterusnya. Insha-ALLAH :")

Namun, hari-hari terakhir di tahun terakhir ni ternyata sibuk memanjang. Walaupun ada masa untuk beron9, tapi kerjanya banyak. Minggu depan presentation proposal, quiz terakhir untuk Stochastic dan berusaa untuk menghabiskan topic. Doakan saya :")

December 2012, sudah 6 hari berlalu. menjangkau ke 2013. Bertambah lagi umur. Insha-ALLAH.



Semasa perkongsian usrah sebentar tadi, kami mengulas mengenai ikhlas. Apa definisi ikhlas yang sebenarnya. Susah nak define ikhlas. Tapi kalau yang biasa kita dengar, ikhlas adalah melakukan sesuatu hanya mengharapkan balasan daripada ALLAH. Bagaimana nak menggapai 'status' ikhlas dalam diri? Bersama kita perbaharui niat dan sering mengingatkan diri bahawasanya apa yang kita lakukan hanya kerana ALLAH. 

Saya masih ingat, tadi nak print borang task daripada lecturer mengenai promosi tabung masjid. Tangan bergerak tapi dalam hati merungut kenapa sir suruh buat itu ini. Dan sesungguhnya ALLAH memang membalas keburukan hamba-hamba-NYA.  Semua yang saya print tadi tak menjadi plus tersalah print. Terpaksa print lain. :(

Kalau ALLAH nak tunjuk sekejap je. Tak perlu tunggu. ALLAH "bayar cash!"
Astaghfirullah!

Nak masuk penghujung semester ni rasa macam-macam. Agak down sedikit. 'Syndrom' nak dekat final la katakan :P

Jadi banyak lagi yang kena diperbaiki untuk kehidupan ini. Bermujahadah untuk syurga yang 'sweet' itu. Siapa yang tak nak.


"Dan mereka yang bermujahadah demi Kami, pasti Kami bimbing mereka  ke arah Kami. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang membuat kebaikan"
[Al-Ankabut: 69]



Semoga diberi kekuatan untuk segala urusan. Jangan mengejar keperluan hidup tanpa tujuan hidup. Jangan mengejar tujuan hidup tanpa keperluan hidup. Seimbangkan antara keduanya :")



REBAH; bukan petanda kita lemah dan lelah. Tetapi ia adalah tangga-tangga usaha yang perlu didaki untuk sampai ke kumuncak :")
Jangan rebah ketika hampir ke garisan penamat!




“Berangkatlah dalam keadaan ringan ataupun berat!”
 Haaza Min Fadhli Rabbi :")








Nota 1: Malam ni opening ceremony IKOD di UIA. Bersama Mat Luthfi. Hmm, talking about him, saya bukanlah peminat tegar beliau. Tapi video beliau salalu jugak la tengok :")
So, tak pergi malam ni masih lagi okey. Jadi saya 'gegarkan' IKOD esok pagi. hehe :D

Nota 2: Tak sabar jumpa semua orang :")


 


Sunday, December 2, 2012

Wordless Saturday :D

Salam 'Alaik
















 Boys in the class :")









 Colorful group


EOP's trip 2012 :")
Thank you everybody
A great moment made of
All the best in our final examination
Work hard and then turn to HIM
May ALLAH bless all of us :")









Blogger templates

About this blog

"Ya Allah bukakanlah pendengaran hatiku untuk mengingatiMu,kurniakanlah bagiku ketaatan kepadaMu dan ketaatan pada RasulMu serta beramal dengan kitabMu"....

Blogger news

Lilypie Angel and Memorial tickers

Cheeky Quotes

peringatan...~

sesaat matamu berkedip ingatlah ALLAH sedetik jantungmu berdegup ingatlah ALLAH sehalus budimu ditabur ingatlah ALLAH sekilas hatimu ditaut ingatlah ALLAH